Puasa Enam Bulan Syawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam usaha menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, digalakkan bersegera melaksanakan puasa enam hari selepas Aidilfitri, yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’.

Ibadat puasa perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT, demi menundukkan hawa nafsu dan membersihkan diri.

Sabda Rasulullah SAW.: “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”   (Riwayat Imam Bukhari)

.

.

FADILAT PUASA ENAM

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”   (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

.

Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:

  1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
  2. Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  3. Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  4. Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
  5. Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.

.

.

PAHALA SETAHUN PUASA

Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.  Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”  – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.

 .

 .

CARA PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:

1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

.

Lafaz niat puasa enam;

.

.

HIKMAH PUASA ENAM
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:

  1. Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
  2. Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
  3. Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari.
  4. Penyempurna daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
  5. Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
  6. Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
  7. Segera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
  8. Berpuasa selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.

.

.

QADA’ DAN PAHALA SUNAT

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

by;

shafiqolbu

19 responses to this post.

  1. Posted by wan zulaiha on 24/08/2012 at 1:28 pm

    السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
    boleh tak ustaz berikan niat puasa qada n puasa enam dalam satu niat.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً وَصَوْمَ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى.
      Daku berpuasa ganti Ramadhan yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Ta’ala.

      Reply

  2. Posted by fahri97 on 25/08/2012 at 11:43 pm

    ustaz bolehkah puasa enam secara berturut-turut

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Puasa Enam yang paling afdal ialah berpuasa 6 hari berturut-turut terutama mulai Hari Raya Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

      Reply

  3. Posted by Mohd-faisal on 26/08/2012 at 11:24 am

    Ustaz kalau berpuasa 6 hari d pertengahan yg ke 15 syawal ble ka?

    Reply

  4. Posted by ana on 29/08/2012 at 10:59 am

    salam.
    kadang-kadang saya keliru, boleh ke niat puasa 6 dengan gantikan puasa sekaligus?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sesetengah pendapat mengharuskannya..tetapi yang paling afdal adalah qadha puasa dahulu baru diikuti dengan puasa 6.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by Sudarmono on 10/08/2013 at 11:31 pm

    2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

    Maaf, Ustad.. Saya tak paham dengan kalimat itu.. boleh dijelaskan Ustad.?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Akhi Sudarmono boleh baca ‘Cara Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal’ di sini..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by jarif jafar on 14/08/2013 at 1:19 pm

    alhamdulilah perkongsian yg mbwa manfaat kpada kita smua umat islam . insya ALLAH

    Reply

  7. Posted by Saudara Islam on 18/08/2013 at 3:26 am

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya keliru dengan keterengan ini “menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.”

    maksudnya qada puasa Ramadhan atau qada puasa enam pada bulan Zulkaedah?

    Reply

  8. Posted by asmadi on 05/08/2014 at 9:16 am

    waktu niat puasa….semasa masuk waktu subuh boleh niat puasa

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Waktu berniat puasa:-

      1. Puasa wajib/nazar/qadha – bermula sejak waktu Maghrib sehingga Imsak
      2. Puasa sunat – bermula Maghrib sehingga Zawal (sebelum masuk waktu zuhur).

      Reply

  9. Posted by Anur on 06/08/2014 at 4:26 pm

    As Salam… Ustaz, bolehkah sekiranya saya melakukan puasa sunat enam dulu sebelum menggantikan puasa disebabkan keuzuran untuk golongan wanita? Saya takut saya tak sempat utk melakukan puasa sunat enam. Terima Kasih…

    Reply

  10. Posted by Nurul Farhana on 12/08/2014 at 8:09 pm

    As’salam ustaz nk tya nie,puasa sunat plg afdal 6 ari berturut2 mulai 2 syawal shgga 7 syawal …klu puasa scara berturut2 @ selang seli tp bermula slps 7 syawal blh x ustaz??

    Reply

  11. Posted by fatah rahman on 14/08/2014 at 4:08 pm

    saya rasa terjemahan hadis ini kurang tepat :

    Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    matan sebenar :

    من صام يوماً في سبيل الله باعد الله بينه وبين النار سبعين خريفاً

    Reply

  12. Posted by Zulkarnain on 11/07/2016 at 12:39 am

    Assalammualaikum. Mohon share..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: