Semangat Merdeka Seorang Insan

MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!

Hari ini, 31 Ogos 2011, maka genap 54 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan. Penghormatan perlu diberikan atas usaha pemimpin dan pejuang terdahulu, membawa Tanah Melayu kemudiannya Malaya menjadi sebuah negara yang Aman Merdeka.

Rakyat Malaysia seramai 29 juta pada hari ini amat bertuah kerana ianya diteruskan oleh pemimpin terkemudian yang telah membawa Negara Malaysia ke arah kesepaduan, kecemerlangan, kemajuan, bebas dan aman untuk didiami.

.

Bagi sesetengah masyarakat, terutamanya bukan Melayu dan generasi muda pasca merdeka, emosi untuk merayakan hari kebebasan ini, agak ‘kureng’. tidak lebih hanya mengikut trend semasa, ataupun sekadar mengambil bahagian dalam mengibarkan Jalur Gemilang sahaja.

Golongan veteran pramerdeka yang masih hidup hingga ke hari ini, lebih bersemangat dan berjati diri tatkala tiba bulan kelapan tahun Masehi. Nama-nama besar seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak memang terkenal dan dikagumi. Usaha dan jasa mereka mendapatkan kemerdekaan untuk negara seharusnya tidak disangkal,

Perarakan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di Pekan Kuala Pilah,

bagi mendapatkan kemerdekaan dan mengumpul dana ke London.

.

.

Mengimbau Sebuah Kisah

Mari kita berkongsi kisah dengan salah seorang perjuangan pramerdeka, Datuk Siti Rahmah Kassim, 86, yang menjelaskan bahawa jalan untuk merdeka tidak semestinya dengan berperang dan menghuru-harakan keadaan.

Dia merupakan orang pertama menyerahkan barangan kemas bagi membantu rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan.

.

Liputan meluas

Kisah Siti Rahmah dipukul oleh ibunya sehingga bajunya berlumuran darah kerana memberi gelang perkahwinan pemberian ayahnya pada sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir Melaka juga mendapat liputan luas akhbar-akhbar di Tanah Melayu.

.

.

Ucapan Tunku Abdul Rahman

“Semasa Tunku berucap di hadapan ratusan ahli UMNO di Dewan Hang Jebat, Melaka pada tahun 1956, saya berani menyatakan, pada ketika itu, seluruh tenaga, jiwa raga dan darah saya adalah untuk sama-sama berjuang memerdekakan negara.

“Saya masih ingat lagi ucapan Tunku yang ketika itu dalam loghat Kedah. Katanya: “Saya ini dengan Duli Raja-Raja hendak jumpa dengan baginda Queen untuk merundingkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Tapi, UMNO tadak duit, saya pun tadak duit. Saya nak juai istana tapi ayahanda murka. Baginda suruh saya jadi raja tetapi saya lagi suka jadi Presiden UMNO dan bekerja untuk orang Melayu.”

Ketika itu Tunku sebak. Selesai tamat ucapan baginda, saya yang ketika itu duduk di barisan hadapan, bangun seraya berkata, “Saya akan menyahut seruan Tunku!” cerita wanita kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan ini.

.

 .

Serah gelang

Tanpa ada yang menyuruh namun atas semangat mahukan kemerdekaan, Siti Rahmah lantas menanggalkan gelang, rantai dan subang yang dipakainya lalu diletakkan di atas selendang merah UMNO yang digunakan ketika itu.

“Saya hulurkan barang kemas itu kepada Tunku sambil memohon supaya baginda menerima barangan tersebut.”

Kata saya kepada baginda, ‘Tunku, gelang ini gelang kesayangan saya kerana hadiah perkahwinan daripada ayah. Tetapi, hari ini, saya ikhlas dan reda menyerahkannya kepada Tunku sebagai bantuan untuk membayar tambang rombongan kemerdekaan ke England.”

Tunku menerimanya dengan linangan air mata. Pada masa yang sama, saya turut merayu kepada para hadirin di dewan tersebut untuk turut menyumbang.

 
Datuk Siti Rahmah Kassim, 86, Masih Tetap Bersemangat!

Kaum lelaki turut tidak ketinggalan. Tongkat dan jam yang bersadur emas turut diserahkan sebagai tanda sokongan.

.

Kena sebat

Berita tentang usaha beliau menyerahkan barangan kemasnya itu tersiar dalam akhbar keesokan harinya. Malangnya, tindakan itu tidak direstui ibunya.

“Ibu saya masih berfikiran konservatif. Saya fikir ibu bangga dengan saya tetapi sangkaan itu meleset.

Ibu menunggu kepulangan saya dengan rotan belah empat. Dia tidak boleh menerima tindakan saya menyerahkan gelang hadiah perkahwinan itu kepada Tunku.

“Ibu merotan belakang saya sebanyak lima kali di tempat yang sama. Saya menangis namun ibu tidak hiraukan dan dia hanya berhenti merotan selepas baju saya dibasahi darah, ujarnya yang mula terbabit dalam arena politik sejak tahun 1946 ketika berusia 18 tahun.

.

.

APAKAH PULA SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA MALAYSIA TERCINTA?

SAYANGI DAN HARGAILAH SEMANGAT DUA MERDEKA YANG KITA KECAPI KINI!

MAKA KEMBALILAH KEPADA FITRAH….

.

Sumber; KOSMO

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: