Panduan Solat Qasar Dan Jamak

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1. Solat Qasar

.

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

.

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 91 kilometer.

.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (91 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

.

.

2.0 Solat Jama’

.

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

.

2.2 Syarat Solat Jama’

.

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

.

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

.

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

.

Sumber: e-solat.gov.my

.

.

17 responses to this post.

  1. As salam ustaz…saya xberapa faham tentang jama’ takhir beserta qasar dan jamak takhir 4 rakaat. Boleh ustaz terangkan dgn lebih lanjut dan caranya, sb sy selalu (outstation).semoga dgn penjelasan dan cara solat jamak dpt menyakinkan sy dgn solat tersebut.terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Jamak Takhir bermaksud mengerjakan solat fardu yang pertama dalam waktu solat ke dua (mengakhirkan); contohnya,
      a. Solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar.
      Atau
      b. Solat Maghrib dan solat Isyak dalam waktu Isyak.

      Sebelum itu hendaklah dipastikan telah berniat jamak Takhir dalam waktu pertama (Zuhur atau Maghrib) iaitu nyatakan pada diri untuk melakukan solat Zuhur atau solat Maghrib dalam waktu kedua (Asar atau Isyak).

      2. Solat Qasar pula bermaksud memendekkan solat yang mempunyai empat rakaat (Zuhur, Asar dan Isyak.) menjadi dua rakaat. Dalam pada itu solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan. Solat Qasar ini sebagai suatu kemudahan dan hanya disyariatkan kepada orang yang bermusafir sahaja.

      Rasulullah SAW bersabda: “Solat Qasar adalah suatu sedekah Allah SWT. kepada umat Islam.”

      3. Solat Jamak Takhir bermaksud dirikan solat pertama seperti biasa (4 rakaat) dalam waktu solat kedua dan selepas salam bangun semula berniat untuk melakukan solat fardu yang kedua sebanyak 4 rakaat lagi.

      4. Solat Jamak Takhir beserta Qasar pula adalah memendekkan kedua2 solat tersebut kepada 2 rakaat..2 rakaat.

      Contoh Lafaz Niat Qasar dan Jamak Takhir;

      a. Solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar
      i/
      أُصَلِّىْ فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الْعَصْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى.
      Daku solat fardhu Zuhur dipendekkan dua rakaat dan dihimpunkan Asar kepadanya, tunai kerana Allah Ta’aala.

      ii/
      أُصَلِّىْ فَرْضَ الْعَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ مَجْمُوْعًا إِلَيْ الظُّهْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى.
      Daku solat fardhu Asar dipendekkan dua rakaat dan dihimpunkan kepada Zuhur, tunai kerana Allah Ta’ala.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by Nor Hasnah on 08/02/2013 at 3:20 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin tahu adakah Solat Jamak Takhir beserta Qasar tersebut didirikan hanya dengan 2 rakaat 1 salam atau 4 rakat 1 salam atau 2 rakaat 2 salam ? Terima kasih mohon halalkan ilmu..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Jamak Takhir beserta Qasar dilakukan dengan 2 atau 3 rakaat dan 2 salam:-

      A) Jamak Takhir dan Qasar

      Jamak Takhir adalah :-
      a) Melakukan Solat Zuhur dalam waktu Asar atau
      b) Melakukan Solat Maghrib dalam waktu Isyak.

      Qasar adalah :-
      a) Memendekkan solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat
      b) Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan, ia tetap 3 rakaat

      B) Syarat Jamak Takhir dan Qasar
      Mesti diniatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu solat pertama iaitu:-

      a) “Aku nak Jamak dan Qasar (himpun dan pendekkan) Solat Zuhur dalam waktu Asar”
      b) “Aku nak Jamak dan Qasar (himpun dan pendekkan) Solat Magrib dalam waktu Isyak”

      C) Cara Melakukan Solat Jamak Takhir dan Qasar

      1) Solat Asar dan Zuhur

      Lakukan Solat Asar 2 rakaat sehingga salam selepas itu di ikuti pula solat Zuhur 2 rakaat selesai salam.

      a) Niat untuk Solat Asar ialah “Daku solat fardu Asar 2 rakaat Qasar dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala”.

      b) Niat untuk Solat Zuhur ialah “Daku solat fardu Zuhur 2 rakaat Qasar dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala”.

      2) Solat Isyak dan Maghrib

      Lakukan Solat Isyak 2 rakaat sehingga salam kemudian di ikuti pula solat Maghrib 3 rakaat sehingga selesai salam.

      a) Niat untuk Solat Isyak ialah “Daku solat fardu Isyak 2 rakaat Qasar dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala”.

      b) Niat untuk Solat Maghrib ialah “Daku solat fardu Maghrib 3 rakaat Qasar dengan Jamak Takhir kerana Allah Taala”.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Nor Hasnah on 13/02/2013 at 2:14 pm

        Assalamualaikum Ustaz..

        Alhamdullilah..terima kasih. Bagaimana pula dgn solat yg telah saya dirikan selama ni silap. Perlukah saya qada kan semua solat2 tsb.. YA ALLAH ampunkan dosa silap saya. Saya yg jahil ini mohon keredhaanMu Ya ALLAH..

  3. Assalamualaikum Ustaz…

    Sekiranya melakukan solat jamak taqdim … (“Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala”) adakah setiap solat fardu Zuhur dan Asar tersebut dilakukan sebanyak 2 rakaat? Bagaimana pula cara perlaksanaan solat tersebut? Ada berapa salam, 1 salam atau 2?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Setiap solat 2 rakaat dan 1 salam.

      Reply

  4. Posted by Kamarul on 09/08/2013 at 11:42 pm

    As salam, boleh ke kita Jamak solat Jumaat dgn Asar ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Hanya dibolehkan solat Jamak Takdim sahaja.

      Reply

      • Posted by Kamarul on 13/08/2013 at 1:24 am

        Tqvm atas penjelasan. Adakah kita terus bangkit & menjalankan solat Jamak selepas selesai solat Jumaat atau kita boleh tunggu doa, solat sunat etc. ?

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Ya, terus bangkit untuk melakukan solat Jamak selepas imam beri salam…

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  5. Posted by sofian on 16/08/2013 at 3:19 pm

    assallam,
    1. Jarak dari rumah saya ke tempat kerja adalah 100 km .Hari2 saya berulang alik bolehkah saya solat jamak dan qasar untuk zohor dan asar?Untuk makluman juga di tempat kerja ada di sediakan rumah dan kadang2 saya balik berehat dan tidor jika penat sangat nak ulang alik.

    Reply

  6. Posted by Kamarul on 07/09/2013 at 1:20 pm

    As salam,
    Semalam saya solat Maghrib, berimamkan imam Jamak Takdim. Semasa mula ikut, saya tak tahu yg imam itu membuat solat Jamak/Qasar. Dia sudah berada dlm rakaat ke2 Isyak (terakhir). Apa hukumnya solat saya ? Adakah saya boleh terus sambung lagi 2 rakaat selepas imam memberi salam ?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Harus dan sah bagi makmum yang mengerjakan solat tamam/sempurna berjemaah bersama imam yang mendirikan solat Jamak.
      Selepas imam beri salam, Akhi Kamarul terus bangun untuk menyambung 2 rakaat lagi solat Maghrib…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. Posted by Laila on 29/07/2014 at 4:47 pm

    Assalamualaikum. Terima kasih atas info. Saya ingin bertanya. Saya brtolak ke kampung pukul 4 pagi dan smpai pukul 8 pagi. Soalan saya, saya melakukan solat jamak dan qasar pada waktu zohor dan asar pada hari itu. Sah ke? Tq

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Sah… malah masih boleh melakukannya sehingga lima hari, termasuk hari pergi dan hari pulang.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  8. Posted by hamba allah on 04/06/2015 at 8:23 pm

    Alhamdulillah.. Syukran atas prkongsian ilmu. Moga dbrkati Allah. 😊

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: