Semangat Ramadhan Bantu Beristiqamah Di Bulan Syawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas bercuti panjang Aidilfitri, ramai yang mengambil kesempatan memulakan puasa sunat enam hari pada Syawal. Tahniah kepada mereka yang sudah memulakannya sejak 2 Syawal lagi.

Puasa sunat Syawal adalah kesinambungan daripada amalan puasa Ramadhan yang menjadi buruan umat Islam, bagi meraih ganjaran besar yang tersedia.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan, kemudian diiringi puasa enam hari pada Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis riwayat Muslim)

.

Pelaksanaan puasa sunat Syawal juga sebagai pendorong untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan amal kebaikan selepas diberi hari mulia meraikan kejayaan melawan nafsu sepanjang Ramadhan, hati masih kental berpuasa pada saat mencabar.

.

Dalam melakukan kebaikan kita harus berdepan pelbagai cabaran yang datang dari kelemahan diri sendiri serta tekanan faktor sekeliling. Tatkala orang lain menikmati juadah hidangan meraikan Aidilfitri, kita terus menahan diri dengan berpuasa sunat yang digalakkan dilaksanakan secara berturut-turut. Ini tanda kejayaan serta peningkatan ketakwaan kepada Allah SWT.

Tidak pasti apakah kita masih berpeluang bertemu Ramadhan dan Syawal akan datang, kerana puasa Ramadhan dan puasa sunat Syawal yang datang hanya setahun sekali.

.

.

Membaca al-Quran

.

Beristiqamah atau melakukan amal baik secara berterusan ini adalah menuntut dan memerlukan daya kesabaran, ketekunan dan semangat yang tinggi.  Beruntunglah mereka yang meneruskan amalan bertadarus atau mengamalkan bacaan al-Quran harian.

Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis riwayat Muslim)

.

Jika kita beristiqamah membaca sekurang2nya 2 muka al-Quran selepas tiap solat fardhu, maka kita boleh khatam setiap 3 bulan. Maka sehingga bulan Ramadhan mendatang, kita boleh, bakal dan akan berjaya khatam sekurang2nya sebanyak 4 kali.

.

Membaca al-Quran ibadah yang boleh mendekatkan seseorang kepada Allah. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya.

.

Hadis riwayat daripada Abu Hurairah pula menyebut: “Ada pun rumah dimana al-Quran sering dibacakan, nescaya ahli keluarganya akan mendapat kelebihan dan rahmat akan berganda, malaikat akan mengerumuninya, sementara syaitan akan lari meninggalkannya. Sebaliknya rumah di mana tiada dalamnya alunan bacaan al-Quran akan sering menjadi tegang serta hilang keberkatan, malaikat akan menyisihkan dirinya, manakala syaitan akan berlindung di dalamnya.”

.

Pembaca al-Quran juga bakal memperoleh kemuliaan, dan diberikan rahmat kepada ibu bapanya.

Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya mahkota pada hari kiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Quran).” (Hadis riwayat Abu Daud)

.

Maka pada Syawal yang mulia ini, kita harus bertekad untuk beristiqamah mengembalikan diri dan seluruh hidup kepada al-Quran dan fitrah. Sesungguhnya al-Quran mempunyai hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.Antaranya adalah menjiwai kehidupan dan beramal dengan seluruh isi kandungannya.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

Advertisements

One response to this post.

  1. […] Beristiqamah Dalam Beramal Soleh […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: