Haram Melakukan Puasa Enam Syawal

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Aidil Fitri. Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan kepada mereka yang terpaksa meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit.

 

Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja seperti alasan tidak bersahur, sengaja membatalkan puasa atau sengaja tidak mahu berpuasa Ramadhan, adalah golongan yang rugi kerana tidak beriman dengan kelebihan Ramadhan.

.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis: “Sesiapa yang berbuka puasa satu hari pada Ramadhan dengan sengaja, maka puasa satu tahun tidak dapat membayarnya, sekalipun dia mengerjakannya.”

.

Mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja dan tanpa uzur syarie ini adalah wajib menyegerakan qada puasa tersebut. Dan mereka diharam melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam hari di bulan Syawal.

.

Ganjaran pahala puasa enam juga adalah tidak sama dan berbeza antara mereka yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja dan juga mereka yang penuh puasa Ramadhannya. Bagi mereka yang sempurna puasa Ramadhannya dan ditambah pula dengan Puasa Enam mereka dijanjikan dengan ganjaran yang amat lumayan iaitu seperti setahun berpuasa.

.

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).

.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

.

Selain ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT, dari segi sains kesihatan pula, Puasa Enam ini amat bermanafaat untuk sistem pencernaan tubuh badan manusia, terutama bagi memberi ruang dan peluang pada sistem penghadaman untuk bersedia dalam menerima makanan setelah sebulan ianya direhatkan.

.

Maka kepada mereka yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dengan sengaja dan tanpa uzur syarie, diharam melakukan puasa sunat puasa enam di bulan Syawal. Mereka wajiblah menyegerakan qada puasa bagi meraih segala ganjaran tersebut.

.

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: