Hanya Logo Halal JAKIM Diiktiraf

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berkuat kuasa 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara.

Serentak itu, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember 2011 dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu JAKIM.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.

.

Fakta:

  1. Jabatan Agama Islam negeri akan memproses permohonan peniaga dan pihak industri sebelum dihantar ke Jakim untuk tujuan pengeluaran sijil logo halal.
  2. Pengusaha restoran yang sijil halalnya akan tamat, boleh memohon secara ‘on line’ dengan JAKIM tanpa perlu menunggu sehingga akhir tahun kerana proses kelulusan kira-kira sebulan.
  3. Bayaran permohonan untuk memperbaharui sijil logo halal ialah RM100 untuk kedai makan, RM400 untuk industri kecil dan sederhana manakala RM700 buat syarikat multinasional.
  4. JAKIM bersetuju menangguhkan selama setahun bagi pihak industri kerana ada yang telah membuat cetakan dalam jumlah yang besar.
  5. JAKIM akan menentukan status 53 logo sijil halal dari luar negara yang sedia ada.
  6. KKPDN akan menguatkuasakannya pada 1 Januari 2012, bermakna selepas itu tidak ada lagi logo halal lain selain Jakim boleh digunakan, terutamanya di premis makanan dan restoran.
  7. Penguatkuasaan akan melibatkan lebih 1,500 pengusaha premis makanan dan industri.
  8. Tindakan boleh dikenakan sama ada denda RM250,000 dan tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali, manakala bagi individu denda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

.

https://shafiqolbu.wordpress.com

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: