Marhaban Al-Muharram

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

.

Bulan Muharram adalahBulan Suci’ bagi perayaan-perayaan musim memetik anggur serta Puasa Perdamaian daripada zaman pra-hadis. ‘Muharam’ yang membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dilarang’.

 .

Pada bulan ini semua suku kaum atau kabilah di Semenanjung Arab sepakat untuk mengharamkan peperangan dan pertumpahan darah, tetapi larangan ini terpaksa ditamatkan akibat penindasan melampau kaum kafir pada zaman permulaan Islam iaitu setelah pembukaan Makkah.

 .

Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah, sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang haram (dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagai-mana mereka memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.”     (Surah at-Taubah; ayat 36)

 .

Muharam adalah bulan pertama tahun Hijrah, sebelumnya kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hari pertama dalam takwim Islam dikira dari mula penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Yathrib (Madinah).

.

Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam berhijrah, disebabkan penyeksaan melampau yang dilakukan oleh golongan Musyrikin Quraisy terhadap golongan minoriti Mukmin. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan peringkat kedua 100 orang dengan 17 daripadanya wanita, temasuk orang tua dan kanak-kanak.

 .

Dengan hijrah ini permulaan pertolongan Allah kepada Rasul-Nya dan agama Islam ditegakkan. Hasilnya, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat pelbagai kejayaan besar.

 .

Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam dari segi dakwah Rasulullah SAW, ukhuwah dan syiar Islam, sehingga meletakkan Islam ke mercu kejayaan hingga tersebar ketiga suku dunia.

 .

Daripada Aishah r.a. katanya: “Rasulullah SAW ditanya orang mengenai Hijrah, maka bersabda Baginda SAW: “Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhilah.” (Sahih Muslim)

 .

.

.

Fadhilat Bulan Muharam

Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini. Berikut adalah beberapa hadis yang menyatakan fadilat bulan Muharam:

 .

1.  Jelas Ibni Abbas lagi: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud; “Wahai Tuhanku! Dikaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada-Mu semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan-Mu, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Dikau wahai yang Mulia.”

.

2.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)

.

3.  Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)

.

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)


.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: