Kemuliaan Hari Asyura

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Asyura diambil dari perkataan ‘ASYARAH’ dalam bahasa Arab yang bermaksud 10 (sepuluh). Jadi Hari Asyura itu bermakna hari yang kesepuluh bulan Muharam. Ia merupakan hari agung yang amat digalakkan berpuasa, bersolat, berzikir dan mengerjakan amalan sunat lain.

 

Hari Asyura diraikan semua agama langit dan antara sebabnya adalah Nabi Adam AS menerima pengampunan Allah pada hari berkenaan; Nabi Nuh selamat mendarat di Bukit Judiyy selepas banjir besar; Hari Raya Nabi Musa (Yaum al-Zinah); Nabi Musa dan pengikutnya terselamat daripada Fir’aun.

 .

Rasulullah SAW menjawab pertanyaan para sahabat; “Adakah Allah SWT telah melebihkan Hari Asyura dari hari-hari lain?”;  “Memang benar! Hari Asyura (10 Muharam), Allah telah menjadikan langit dan bumi, bukit-bukau, laut, Syurga dan Neraka,  menjadikan Adam dan Hawa, memasukkan Adam ke Syurga, Nabi Ibrahim a.s dilahirkan, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada kepanasan api, menenggelamkan Fir’aun, Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub, Allah memberikan taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya Kiamat pada hari Jumaat 10 Muharam.”

.

.

Hari Memperingati Kebesaran Allah

Allah SWT telah melebihkan Hari Asyura (10 Muharam) daripada hari-hari lain kerana mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Islam, iaitu:

  1. Allah SWT ciptakan Arasy.
  2. Allah SWTciptakan Syurga.
  3. Allah menjadikan Malaikat Jibrail.
  4. Allah menjadikan Luh Mahfuz (papan catatan).
  5. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
  6. Hari pertama Allah menciptakan alam, langit dan bumi.
  7. Hari pertama Allah turunkan hujan dari langit.
  8. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  9. Nabi Adam a.s dan Hawa diciptakan.
  10. Nabi Adam a.s. diterima taubatnya.
  11. Nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga.
  12. Nabi Idris a.s. dinaikkan darjat.
  13. Nabi Yunus a.s. dikeluarkan dari perut ikan Nun selepas 40 hari 40 malam terkurung di dalamnya.
  14. Nabi Nuh a.s. dan bahteranya diselamatkan setelah 6 bulan terapung akibat bumi dilanda banjir besar.
  15. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan.
  16. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari pembakaran Raja Namrud.
  17. Nabi Ismail a.s. diselamatkan dari sembelihan.
  18. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara.
  19. Nabi Yaakob a.s. dipulihkan penglihatannya yang hampir buta.
  20. Nabi Musa a.s. menerima Kitab Taurat daripada Allah SWT.
  21. Nabi Musa a.s. terselamat dan ditenggelamkan Fir’aun di Laut Merah.
  22. Nabi Daud a.s. diampunkan dosanya.
  23. Nabi Sulaiman a.s. dianugerahkan kerajaan yang besar.
  24. Nabi Ayub a.s. disembuhkan penyakit kulitnya.
  25. Nabi Isa a.s. dilahirkan dan pada Hari Asyura juga diangkat ke langit.
  26. Hari Qiyamat akan terjadi pada Hari Asyura.

 

 .

.

SEPULUH KEMULIAAN

Para ulamak berpendapat, dinamakan Hari Asyura kerana ia mengandungi sepuluh waktu dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah SWT kepada umat Islam untuk menebus dan membersihkan dosa-dosa. Waktu-waktu tersebut adalah:

    1. Kemuliaan Bulan Rejab. Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat Islam di atas lain-lain umat.
    2. Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
    3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
    4. Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
    5. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah).
    6. Hari Sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
    7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
    8. Hari Idul Adha iaitu hari berkorban.
    9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
    10. Hari Asyura yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

 .

.

LARANGAN

1.  Muharam bukanlah bulan larangan dan bulan bala seperti kepercayaan dan amalan serong puak syiah yang memandangnya sebagai bulan dukacita dan bulan berkabung di atas terbunuhnya cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussain di Karbala. Mereka memukul, menghentam, membakar dan menumbuk diri dengan dakwaan kononnya itu adalah ajaran Islam dan ingin merasakan apa yang dirasakan Imam Hussein.

2.  Tidak dilarang menganjurkan majlis keramaian dan perkahwinan pada bulan Muharam, kerana perkahwinan adalah satu kebajikan. Larangan lebih keras daripada bulan yang lain, hanya terhadap perlakuan maksiat dan kezaliman.

3.  Muharram termasuk dalam 4 bulan yang dilarang melancarkan peperangan kecuali darurat yang tidak dapat dielakkan. Firman Allah Subhanahu Wataala: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah, sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang haram (dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagai-mana mereka memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.”     (Surah at-Taubah; ayat 36)

.

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki dan limpah kurnia-Nya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan Awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.

 

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. […] Asyura diambil dari perkataan ‘ASYARAH’ dalam bahasa Arab yang bermaksud 10 (sepuluh). Jadi Ha… […]

    Reply

  2. Posted by MNJ Boo-Lart on 23/11/2012 at 5:36 pm

    Assalamualaikum..
    Terima kasih atas info. 🙂
    Tapi boleh tak mohon perjelas yang no. 26 tu. “Hari Qiyamat akan terjadi pada Hari Asyura.”
    adakah bermaksud kita boleh predict sebenarnya bila berlakunya qiamat – cuma tak tahu tahun bila?

    Reply

  3. Posted by wan on 24/11/2012 at 2:28 am

    minta izin share…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: