Redha Dan Yakin Kepada Qada Dan Qadar

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد

 

Umat Islam perlu redha dan yakin kepada Qada dan Qadar Allah SWT serta meninggalkan kepercayaan dan amalan nenek moyang yang melakukan perkara bidaah dan khurafat serta menganggap Safar adalah bulan turunnya bala bencana dan malapetaka.

Firman Allah SWT (Subhanahu Wata’ala):

2:195
“Belanjakanlah (apa yang ada padamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan perelokkan perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Kepercayaan seperti itu boleh menyebabkan rosaknya akidah. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi syirik kerana percaya kepada bulan, bukan pada kuasa Allah.

.

Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang keras sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala:

9:51

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”   (Surah At-Taubah ayat 51).

 .

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Semua peristiwa buruk atau baik, berjangkit atau tidak sesuatu penyakit adalah atas kekuasaan dan kehendak Allah SWT. belaka, bala sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila masa saja yang dikehendaki Allah.

 .

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

 .

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 268:

2:268
“Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu kepada kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan, dan ingatlah, Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya.” 
Melalui ayat di atas kita dapati sedikit sebanyak setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan ‘tathayyur’ (dengan melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara yang buruk disebabkan sesuatu perkara) ini akan tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah akan menghilangkan perasaan tersebut dari jiwa kita.

 .

Sekiranya telah terjebak dalam perlakuan tathayyur ini, untuk menebusnya hendaklah kita melakukan Solat Sunat Taubat; Dan Rasulullah SAW telah mengajar kita untuk mengucapkan:

اللَّهُمَّ لاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ وَلاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ

“Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan (malang) daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain Diri-Mu.”   (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748.)

.

Hendaklah kita menghindari amalan khurafat dan syirik dari dengan melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara yang buruk disebabkan sesuatu perkara (tathayyur) kerana Islam telah mengajar kita melakukan dengan lebih baik iaitu beristiqamah melakukan ibadah Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Istikharah.

.

Wallahu A’lam bishowab

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; Shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: