بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
98. Ar Rasyhid
The Guide/ Infallible Teacher And Knower
Maha Cendekiawan / Yang Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin / Yang Memberi Petunjuk / Pembimbing Kepada Kebaikan / Pemimpin Ke Arah Kebenaran – Dialah yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
.
Fadhilat Ar Rasyhid
.
- Bagi menambah kecerdasan berfikir, asma ‘Ya Rasyhid’ dibaca setiap pagi dan petang.
.
- Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah berzikir dengan ‘Ya Rasyhid’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah otak kita akan menjadi bertambah cerdas dan pantas berkerja.
.
- Segala rancangan atau perjalanan tugas akan menjadi terang nyata samada dalam mimpi atau ilham jika dizikirkan ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali setiap hari
.
- Sesiapa menyebut ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah segala kebuntuan dan kesusahannya akan hilang.
.
- Sesiapa menzikirkan ‘Ya Rasyhid’ setiap hari, InsyaAllah akan berjaya dalam urusan kewangan dan selamat daripada sebarang kemalangan.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
https://shafiqolbu.wordpress.com/
.