Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Pada bulan Rabiulawal ini berbagai majlis dan sambutan diadakan semata-semata untuk memperingati hari lahir Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam. Kelahiran Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam merupakan satu rahmat dan secara tidak langsung membuka ruang dan peluang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara berkaitan dengan Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam.

 .

Allah akan meredhai di atas kesediaan kita untuk mengetahui sirah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan ahklak Baginda serta memperbetulkan kesilapan kita. Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah contoh ikutan yang mempunyai akhlak mulia sepertimana Firman Allah di dalam Al-Quran;

68:4

“Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang mulia.” (al-Qalam: 4).

.

.

Membakar Semangat Juang

Apabila kita mengimbau kembali sirah Nabi, sebagaimana dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir di dalam kitabnya. Antara cara untuk membakar dan meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain dan menakutkan para musuh semasa peperangan ialah dengan berselawat dan bercerita mengenai akhlak Baginda dengan bersayembara syair.

Pada hari tersebut Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam telah bersabda; “Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib.”

 .

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji kerana ianya merupakan perintah Allah dan Baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepadanya. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, kita juga sebenarnya melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

 .

Terdapat juga hadis riwayat Bukhari di dalam ‘al-Adab al-mufrad’ dan kitab-kitab lain, Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat hikmah di dalam syair”; dan kerana itu bapa saudara Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, Al-’Abbas mengarang syair memuji kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam seperti di dalam rangkap berikut:  “Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin.”

.

.

Peperangan

Dalam bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati kisah-kisah para rasul dan nabi yang banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada manusia sejagat. Pada bulan ini jugalah berlakunya beberapa peperangan. Antaranya ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

 .

Setelah hijrahnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang Anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab.  Kekuatan dan ekonomi Madinah telah berkembang dan menjadi kukuh.  Orang-orang Arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

.

.

Perang Badar

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah SWT telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.  Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang sentiasa menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

 .

Dikisahkan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terlebih dahulu sampai di sumber mata air Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat itu. Dan itu merupakan sebahagian dari strategi agar pasukan kaum muslimin dekat dengan sumber air. Melihat hal itu, Habab ibn Mundzir mengemukakan pertanyaan, “Wahai Rasulullah! Mengapa engkau memilih tempat ini sebagai pemberhentian kita? Apakah tempat ini memang telah ditentukan Allah kepadamu dan kita tidak dapat memajukan atau mengundurkannya sedikitpun, ataukah ini adalah sebahagian dari pendapat dan strategi perang?”

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Ini hanyalah sekadar pendapat, stategi dan taktik perang.”

Maka Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika demikian halnya, aku juga ingin mengemukakan pendapatku. Menurutku, tempat ini tidak tepat untuk kita berhenti. Sebaiknya kita terus berjalan hingga sampai di mata air yang paling dekat dengan perkemahan bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki tempat tersebut dan kita hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya dan menjadikannya kolam penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu dengan air dan kita baru menyerang mereka. Dengan begitu, nescaya kita akan dapat minum air itu sedang mereka sama sekali tidak boleh meminumnya.”

Pada ketika itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Pendapatmu sangat bagus!”

Kemudian, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menjalankan taktik yang dicadangkan oleh Habab ibn Mundzir radhiallahu ‘anhu. Pedapat yang diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat munqathi’ -Ibnu Hisyam (2/312-313).

.

Ketika mereka telah berjaya menduduki tempat yang dimaksud, Sa’ad ibn Muadz berkata kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, “Wahai Nabi Allah! Tidakkah kami perlu membangun kemah khusus untuk tempat istirehatmu, menyiapkan haiwan kenderaanmu dan kemudian kita baru menyerang musuh kita? Seandainya Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada kita atas musuh-musuh kita, maka itulah yang diingini. Namun, apabila keadaan yang terjadi adalah sebaliknya, maka engkau sudah bersedia untuk menyelamatkan diri dan menemui kaum kita. Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada beberapa kaum yang menantimu di tanah air kita dan kecintaan mereka terhadapmu lebih besar dari kami. Sehingga, bila mereka mendengar bahawa engkau berperang, nescaya mereka pun tidak akan berdiam diri. Allah pasti akan melindungimu dengan mereka. Sebab mereka pasti akan memberimu pertimbangan dan sentiasa berjuang di belakangmu.” Maka, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menyetujui pendapat Sa’ad tersebut.

.

.

Ikut Berperang

Perlu diketahui bahawa ketika terjadinya perang Badar tersebut, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam turut berperang aktif dan terlibat sama dalam pertempuran. Jadi, beliau tidak hanya berada di dalam kemah dan berdoa saja sebagaimana difahami oleh sebahagian ahli sejarah.

 .

Ahmad berkata: Ali radhiallahu ‘anhu menceritakan, “Kamu tentu telah menyaksikan bagaimana kami pada ketika meletusnya perang Badar. Ketika itu, kami berlindung di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, sewaktu Baginda membawa kami mendekati musuh, Baginda adalah orang yang paling berani ketika itu. “

Dengan sanad yang sama, sebuah hadis lain menyatakan, “Ketika keberanian mulai memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak bersama-sama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Bahkan, Baginda adalah orang yang paling berani. Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling dekat dengan musuh selain Baginda.”

Muslim meriwayatkan: Pada peperangan Badar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata kepada para sahabatnya, “Jangan ada seorang pun di antara kamu bergerak sebelum aku memberi arahan.”

Ibnu Katsir berkata, “Baginda terjun dan terlibat secara langsung dalam pertempuran itu dengan segenap jiwa dan raga. Demikian halnya dengan Abu Bakar ash-Shiddiq. Sehingga, kedua-duanya tidak hanya berjuang dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah di dalam khemah saja, tetapi juga turun ke medan pertempuran dan bertempur dengan mengerahkan segala daya dan upaya. “

.

.

Berdoa Dan Memohon Kepada Allah

Demikianlah, setelah pada siang harinya mengerahkan segala kemampuan dan daya upaya yang mungkin boleh dilakukan untuk memenangi pertempuran, pada malam harinya Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menghabiskan waktunya untuk terus berdoa dan memohon kepada Allah untuk memberikan kemenangan terhadap pihak tentera Islam.

.

Adapun salah satu doa beliau saat itu adalah seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim ini: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”

.

Sebuah riwayat mengatakan: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terus berdoa sampai kain serbannya terjatuh dari kedua pundak Baginda. Kemudian, Abu Bakar datang menghampiri Baginda, mengambil serban yang terjatuh dan kemudian memakaikannya kembali ke pundak Nabi. Setelah itu, ia pun melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di belakangnya. Setelah itu, Abu Bakar berkata, “Wahai Nabi Allah, tidakkah sudah cukup permohonanmu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, kerana sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya kepada kamu?”

.

Maka Allah berfirman,

8:9

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang bertutut-turut’.” (Surah Al-Anfal: 9)

Dan benar, esok harinya, Allah menghantar bala bantuan kepada mereka berupa pasukan tentera malaikat.

.

Adapun doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada saat perang Badar yang diriwayatkan oleh Bukhari adalah: “Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah selepas hari (peperangan) ini.”

.

Riwayat lain menceritakan: Lalu Abu Bakar memegang tangan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan kemudian berkata, “Sudahlah Rasulullah, engkau sudah meminta dan mendesak Tuhanmu tanpa henti!”

Esok harinya, Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam mempergunakan baju besi dan kemudian keluar dari kemahnya seraya berkata,

54:45

“Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” (Surah Al-Qamar: 45)

Ibnu Hatim menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika diturunkannya ayat ‘golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang …’, ” Umar berkata alam hati, “Golongan manakah yang akan dikalahkan itu? “

.

Umar radhiallahu ‘anhu juga menceritakan: “Ketika perang Badar bermula, aku melihat Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam mempergunakan baju besi sambil berkata, Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang. Maka, aku akan mengetahui maksud ucapan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut.”

.

Pada hari Jumaat pagi, tarikh 17 Ramadhan, tahun ke-2 hijrah, tepatnya ketika kedua-dua belah pihak (muslim dan Quraisy) satu sama lain dan sedang mengambil ancang-ancang untuk saling menyerbu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah, itulah kaum Quraisy yang telah datang dengan sombong dan bongkaknya. Mereka memusuhi-Mu, menyalahi perintah-perintahMu, dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya meminta pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada hamba. Ya Allah, binasakanlah mereka pagi ini! “

.

.

Merapatkan Barisan

Setiap kali akan berangkat bertempur, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu terlebih dahulu merapatkan barisan pasukan kaum muslimin. Dia melakukan pemeriksaan barisan sambil menggenggam sebuah anak panah. Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sedang melakukan pemeriksaan barisan, tiba-tiba Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menekankan anak panah Baginda ke perut Sawad ibn Ghaziyyah. Puncanya, waktu itu ia agak sedikit keluar dari barisan.

Baginda berkata kepadanya, “Sawad, luruskan barisanmu!” Sawad pun menjawab, “Rasulullah, engkau telah menyakitiku, maka bolehkah aku membalasmu?” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membuka bahagian perut Baginda seraya berkata, “Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata tidak jadi membalas, tetapi justeru memeluk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan mencium bahagian perut Baginda. Dengan hairan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya, “Apa yang membuatmu seperti ini, Sawad?”

Sawad menjawab, “Wahai Rasulullah, seperti itulah yang aku inginkan. Sesungguhnya aku telah berharap agar mati setelah boleh menyentuhkan kulitku dengan kulit kamu.” Lantas, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun mendoakan Sawad dengan hal yang baik-baik.

Setelah itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memberikan berbagai arahan dan pengarahan kepada pasukan muslim tentang berbagai hal yang berkaitan strategi dan siasat mereka hari itu.

.

Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Apabila mereka mendekati kamu, maka serang mereka dengan anak panah kamu dan jangan sampai didahului oleh mereka! Ingat, jangan sampai kamu melupakan pedang hingga kamu lengah dan boleh dirobohkan.”  Setelah berpesan demikian, Baginda lantas menyemarakkan semangat pasukan muslimin dengan berkata,  “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di genggaman-Nya, setiap orang yang berperang melawan mereka (pasukan Quraisy ) hari ini, kemudian mati dalam keadaan tabah, mengharapkan keredhaan Allah, maju terus pantang mundur, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.”

.

.

Menuju Syurga

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dikatakan bahawa ketika kaum musyrikin telah semakin dekat, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Bangkitlah kamu untuk menuju syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi.”  Mendengar ucapan Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam tersebut, Umair ibn Humam al-Ansari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah benar syurga memiliki luas seperti luas langit dan bumi?”  Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Benar.”  Dengan terasa amat kagum, Umair berucap, “Oh, betapa besarnya syurga itu!”  Lalu, Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam bertanya kepada Umair, “Mengapa engkau berkata demikian?”  Umair menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi Allah, aku hanya berharap menjadi sebahagian daripada penghuninya.”  Baginda berkata, “Engkau akan menjadi salah satu penghuninya.” Kemudian, dia mengeluarkan beberapa biji kurma dan memakannya. Setelah itu, ia berkata, “Seandainya aku masih hidup dan boleh memakan kurma-kurma ini, maka itu adalah kehidupan yang sangat panjang.” Lalu ia melemparkan kurma yang ada di genggamannya dan kemudian menjadi bersemangat, beliau bertempur sehingga akhirnya syahid.

.

Auf ibn Harith (putra Afra) berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang membuat Allah tersenyum ketika melihat hamba-Nya?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke tengah-tengah musuh tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu juga Auf membuka pakaian besi yang melindunginya, dan kemudian melemparkannya. Setelah itu, ia menghunus pedangnya dan bertempur di medan perang sampai terbunuh.

.

.

Tidak Membunuh

Sebelum bermulanya peperangan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam meminta kepada para sahabatnya untuk tidak membunuh orang-orang dari Bani Hasyim dan beberapa orang lain. Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota Mekah dan berperang kerana dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan namanya oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah Abu Bukhtari ibn Hisyam (salah satu orang yang pergi ke Kaabah untuk merobek surat pemboikotan bangsa Quraisy terhadap kaum muslimin dan ia sama sekali tidak menyakiti Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam) dan Abbas ibn Abdul Muttalib.

.

Ketika Abu Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata, “Apakah kami harus membunuh bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, dan keluarga kami, sementara kami harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila aku bertemu dengannya, nescaya aku akan menebasnya dengan pedang.”  Akhirnya, ucapan tersebut sampai ke telinga Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Maka, Baginda pun berkata kepada Umar, “Wahai Abu Hafsah, benarkah ia akan memukul wajah bapa saudara Rasulullah dengan pedang ?  Umar berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk memenggal lehernya dengan pedang. Demi Allah, ia telah berbuat kemunafikan.” Sementara itu, beberapa waktu kemudian, Abu Hudzaifah berkata, “Aku merasa tidak tenteram dengan kata-kataku ketika itu. Bahkan sampai sekarang aku masih merasa takut, kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.

.

Dikisahkan bahawa sebelum peperangan bermula, Asad ibn Abdul Asad al-Makhzumi keluar dari pasukan Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku sungguh-sungguh akan meminum air kolam mereka, akan merosakkannya (kolam air), atau mati di hadapannya.”  Maka, ketika ia sudah dekat, Hamzah pun merintanginya dan menyerangnya. Hamzah berjaya memukulnya hingga kakinya retak. Akan tetapi, Asad masih terus merangkak menuju ke kolam guna memenuhi sumpahnya dan Hamzah terus mengikutinya, memukul, dan akhirnya membunuhnya di depan kolam tersebut.

.

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam pintar mengendalikan taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

One response to this post.

  1. […] tentera Islam dikerah untuk bertindak ke atas Bani Nadhir di mana kampung mereka mesti diserang. Rasulullah ﷺ menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: