Lahirnya Rahmat Seluruh Alam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Ada yang menarik menjelang hari-hari terakhir kelahiran manusia suci ini, iaitu Allah SWT melimpahkan anugerahNya kepada Sayyidah Aminah sejak malam 12 sehinggalah malam sebelum kelahiranRahmatan Lil’alamin’, Nabi umat manusia di seluruh dunia dan Rasul Akhiruzzaman iaitu Muhammad Rasulullah.

.

‘Rahmatan Lil’alamin’ adalah istilah qurani dan terdapat dalam Al-Quran, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ‘ayat 107:

21:107

“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”

.

Ayat tersebut menegaskan bahawa kalau Islam dilakukan dengan betul, dengan sendirinya akan mendatangkan rahmat, bagi orang Islam mahupun untuk seluruh alam. Namun sebelum Rahmatan Lil’alamin terkandung dalam kitab suci Umat Islam, Rahmatan Lil’alamin telah ada pada diri Muhammad menjelang hari kelahirannya, tepatnya 12 hari sampai saat-saat bayi Muhammad akan keluar dari rahim perempuan terpilih.

.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Shihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-Syafie di dalam kitabnya “An-Ni’matul Kubraa’alal Aalam” di halaman 61, sebagai berikut:

.

Pada Malam Pertama

Allah SWT melimpahkan segala kedamaian dan ketenteraman yang luar biasa sehingga beliau (ibunda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam), Sayyidah Aminah merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya.

.

Pada malam ke 2

Datang seruan berita gembira kepada ibunda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Allah SWT.

.

Pada malam ke 3

Datang seruan menyatakan: “Wahai Aminah … sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam yang sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah SWT.”

.

Pada malam ke 4

Sayyidah Aminah mendengar seruan beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan jelas.

.

Pada malam ke 5

Sayyidah Aminah bermimpi dengan Nabi Allah Ibrahim as.

.

Pada malam ke 6

Sayyidah Aminah melihat cahaya Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam memenuhi alam semesta.

.

Pada malam ke 7

Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan melawat kediamannya membawa khabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak.

.

Pada malam ke 8

Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil mana-mana, suara tersebut terdengar dengan jelas mengumandangkan “Bahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Allah SWT Pencipta Alam Semesta.”

.

Pada malam ke 9

Allah SWT semakin mencurahkan rahmat belas kasih sayang kepada Sayyidah Aminah sehingga tidak ada sedikit pun rasa sedih, susah, sakit, dalam jiwa Sayyidah Aminah.

.

Pada malam ke 10

Sayyidah Aminah melihat tanah Tha’if dan Mina ikut bergembira menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

.

Pada malam ke 11

Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita mengiringi kelahiran Sayyidina Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

.

Pada malam ke 12

Malam saat-saat kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, tepat tarikh 9 Rabiul Awwal jam 2 pagi. Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikit. Saat itu Sayyid Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam) sedang beribadat di sekitar Kaabah. Sayyidah Aminah sendiri di rumah tanpa ada seorang pun yang menemaninya.

.

.

Tapak rumah Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam kini dibina sebuah perpustakaan

.

.

Tiba-tiba Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat anggun, cantik, dan jelita diliputi dengan cahaya yang memancar berkilau serta semerbak harum memenuhi seluruh bilik.

.

Wanita pertama datang berkata, “Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan sekalian alam. Beliaulah Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam. Kenalilah aku, bahawa aku adalah isteri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh umat manusia., Aku diperintahakan Allah untuk menemanimu.”

Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaiakan khabar gembira, “Aku adalah isteri Nabi Allah Ibrahim as diperintahkan oleh Allah SWT untuk menemanimu.”

Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga, Aku adalah Asiah binti Muzahim, diperintahkan Allah untuk menemanimu.”

Datanglah wanita ke empat, Aku adalah Maryam, ibunda Isa as menyambut kehadiran bernama Muhammad Rasulullah.”

.

Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam yang tidak boleh terlukiskan dengan kata-kata. Keajaiban seterusnya Sayyidah Aminah melihat sekumpulan demi sekumpulan manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki bilik Sayyidah Aminah dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dengan pelbagai macam bahasa yang berbeza.

Detik berikutnya Sayyidah Aminah melihat bumbung rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa yang sangat indah berkilau saling berterbangan.

.

Detik berikutnya Allah bangun dari singasanaNya dan memerintahkan kepada Malaikat Ridwan supaya mengarahkan seluruh bidadari syurga agar berdandan cantik dan rapi, memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutera dengan bermahkota emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menyebarkan wangi-wangian syurga yang harum semerbak ke segala arah lalu ratusan ribu bidadari itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridwan dengan terlihat wajah bidadari itu gembira.

.

Lalu Allah SWT memanggil: “Ya Jibril … serukanlah kepada seluruh arwah para nabi, para rasul, para wali agar berkumpul, berbaris rapi, bahawa sesungguhnya Kekasihku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka mnyambut kedatangan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

Yaa Jibril … perintahkanlah kepada malaikat Malik supaya menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau denagn sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasihKu Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

Yaa Jibril … bawalah Trilyunan malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah KekasihKu Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam telah bersedia untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.”

.

Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan ratusan ribu malaikat. Lalu ibunda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di bumi, beliau melihat malaikat itu pun berdatangan membawa kayu-kayu gaharu yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya. Pada ketika itu juga mereka semua berzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada masa itu pula datanglah burung putih berkilau cahaya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu lahirlah Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan tidak Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam bersujud kepada Allah seraya mengucapkan, “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Walhamdulillahi katsiro, wasubhanallahibukrotan wa asiilaa.”

Semakin memuncaklah kegembiraan seluruh alam dunia dan semesta dan terucaplah Ya Nabi Salam Alaika… Ya Rasul Salam Alaika… Ya Habib Salam Alaika… Sholawatullah Alaika…”

Matanya bagaikan telah dipakaikan sifat mata, senyum indah terpancar dari wajahnya dan hancurlah berhala-berhala dan bergembiralah semua alam semesta menyambut kelahiran Nabi yang mulia …

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

4 responses to this post.

  1. […]  1.  Lahirnya Rahmat Seluruh Alam […]

    Reply

  2. […]  1.  Lahirnya Rahmat Seluruh Alam […]

    Reply

  3. […] Dalam Islam, Nabi Muhammad ﷺ adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan […]

    Reply

  4. […] Lahirnya Rahmat Seluruh Alam  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: