Biodata Rasulullah SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Membincangkan mengenai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memang tidak akan ada sudahnya. Tiada suatu pun keburukan dari akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Sehingga Allah SWT menjadikannya sebagai ‘Uswatun Hasanah’ bagi seluruh umat manusia. Dan kita sebagai umat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada baiknya dan seharusnya kita mengetahui latar belakang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

.

.

BIODATA RASULULLAH SAW

Berikut adalah biodata manusia yang paling mulia di muka bumi ini :

 

Nama

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.

 

Tarikh lahir

Subuh hari Isnin, 9 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

 

Tempat lahir

Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

 

Nama bapa

Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.

 

Nama ibu

Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..

 

Pengasuh pertama

Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

 

Ibu susu pertama

Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

 

Ibu susu kedua

Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

.

.

.

PERJALANAN HIDUP RASULULLAH SAW

.

USIA 1 HARI

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan suci bersih, cahaya terpancar dari tubuhnya dan tali pusatnya sudah sedia terpotong serta telah siap berkhitan.

.

USIA 5 BULAN

Pada usia 5 bulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pandai berjalan dan berlari.

.

USIA 9 BULAN

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada usia 9 bulan sudah mampu berbicara dengan lancar.

.

USIA 2 TAHUN

Ketika usia 2 tahun, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah boleh dilepaskan bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing yang saiznya lebih besar daripada tubuhnya. Baginda juga selama beberapa waktu menggembala kambing orang Mekah di kawasan Qararit.

.

USIA 4 TAHUN

Dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi mengambil jantung dan hatinya, kemudian malaikat membukanya untuk mengeluarkan darah kotor dan menyucikan hatinya dengan hikmah dan salju. Peristiwa ini disaksikan oleh anak-anak dari keluarga Sa’d yang berlari pulang sambil berkata kepada ibu-bapanya: “Saudara kami yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan.”

.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muthalib.

.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muthalib pula meninggal dunia. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

.

USIA 12 TAHUN

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika sedang beristirehat di wilayah Bushra dalam perjalanan untuk berdagang bersama bapa saudaranya, Abu Talib ke Syam (Syria). Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) menceritakan kepada ketua-ketua rombongan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Pendeta Bahira telah melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Beliau menceritakan bahawa kedatangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Dia juga sempat berdialog dengan Baginda dan menyaksikan adanya sebuah Khatamun Nubuwah / ‘cop kenabian’ (tanda kenabian) di badan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

.

USIA 40 TAHUN

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

.

USIA 63 TAHUN

  • Kali ke dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum dibawa Mi’raj ke Sidratul Muntaha.
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Isra ke Masjidil Aqsa, Palestine dari Masjidil Haram, Makkah lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha di langit k etujuh dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tarikh 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
  • Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

 .

 .

.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  1. Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a
  2. Saudah binti Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
  3. Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar r.a)
  4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin al-Khattab r.a.)
  5. Ramlah binti Abu Sufian r.a (digelar Ummu Habibah)
  6. Hindun binti Abu Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
  7. Juwairiyah ( Barrah ) binti Harith bin Abu Dhiror
  8. Safiyyah binti Huyay bin Akhtab
  9. Zainab binti Jansyin
  10. Maimunah Binti Harith Al-Hilaliyah
  11. Asma’ binti al-Nu’man al-Kindiyah*
  12. Umrah binti Yazid al-Kilabiyah*
  13. Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)*

 * Ulama berselisih pendapat tentang kesahihan isterinya ini.

 

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:

Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya berkahwin dengan isteri-isteri Baginda 3 tahun setelah kewafatan Siti Khadijah.

 .

 .

.

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra ‘

 .

Rasulullah hanya mempunyai anak dari Siti Khadijah:

a. Putra

  1. Al-Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim

-Ketiga-tiganya meninggal waktu usia masih kecil.

.

b. Putri

  1. Zainab menikah dengan Abil Aash ibnu Rabi ‘bin Abdus Syam
  2. Ruqayah menikah dengan Utbah bin Abi Lahab
  3. Ummu Kaltsum menikah dengan Utaibah bin Abi Lahab
  4. Fatimah Az-Zahra menikah dengan sayidina Ali bin Abi Talib ra

 .

Anak Tiri Rasulullah SAW

Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda. Anak Saidatina Khadijah bersama bekas suaminya, Hind bin Habbasy bernama;

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi.

 .

 .

.

SAUDARA SUSUAN RASULULLAH SAW

 

Saudara Sesusuan Dari Ibu Susuan, Thuwaibah

  1. Hamzah
  2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

 

Saudara Sesusuan Dari Ibu Susuan, Halimah Al-Saidiyyah

  1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
  3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
  4. Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

 .

 .

.

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

 (Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)

Bapa Saudara

  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah *
  5. Al-Abbas *
  6. Abu Thalib
  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  8. Abdul Kaabah
  9. Hijl
  10. Zirar
  11. Ghaidaq

Ibu Saudara

  1. Umaimah
  2. Atiqah #
  3. Arwa #
  4. Umaimah
  5. Barrah
  6. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  7. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

* Sempat masuk Islam.

# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

 .

.

Kasihi Keluarga Rasulullah SAW

Berdasarkan kepada hadis-hadis, ketahuilah mencintai keluarga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallamadalah wajib dan haram hukumnya membenci mereka sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Sesiapa yang mencintai keluargaku maka wajib bersamaku di dalam syurga dan sesiapa yang membenci keluargaku maka haram baginya mendapatkan syafa’atku nanti di hari kiamat.”

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

.

Allah SWT berfirman :

33:21

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan/rahmat) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan mengingati Allah dalam masa susah dan senang.”  (Surah Al-Ahzab; ayat 21)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

2 responses to this post.

  1. adakah ni sama dengan latar belakang nabi muhammad s.a.w ?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: