WW #15 Jawatan Kosong

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’

«~~~»

‘Solatlah di belakang Imam sebelum kamu disolatkan di depannya’.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

4 responses to this post.

  1. Posted by iman nabilah on 15/02/2012 at 10:48 am

    assalamualaikum.saya ingin bertanya adakah solat berjemaah itu lebih utama atau solat di awal waktu? Kerana bagi perempuan,lebih afdhal solatnya di rumah.Jadi adakah lebih baik solat bersendirian tetapi pada awal waktu atau solat berjemaah tetapi lewat solatnya kerana menunggu jemaah.terima kasih.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَم

      ~ Keutamaan adalah diberatkan pada solat berjemaah daripada solat di awal waktu kerana lebih afdal dan banyak fadhilatnya;

      Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
      عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
      “Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

      Manakala Abdullah bin Mas’ud r.a pernah berkata;
      عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ, فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى, وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى, وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ, وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ …وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
      “Sesiapa yang suka untuk berjumpa Allah di kemudian hari (qiamat) dalam keadaan muslim (selamat), maka hendaklah dia menjaga solat-solat fardu (dengan dilakukan berjemaah) di mana sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada Nabi kamu sunanul huda (jalan-jalan hidayah), dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada sunanul huda. Maka jika kamu bersolat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat… Dan sesungguhnya kami (para sahabat) menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk berjemaah melainkan orang munafiq yang jelas kemunafiqannya. Dan sesungguhnya ada seorang lelaki (di kalangan kami yang uzur) dibawa (juga untuk berjemaah) dengan dipapah oleh dua orang sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf (solat).” (Hadis riwayat Muslim).

      ~ Untuk pengetahuan Iman Nabilah, solat berjemaah boleh dilewatkan sedikit sekiranya ada majlis ilmu. Memang benar wanita lebih afdal solat fardhu di rumah tetapi tidak lelaki dan tuntutan solat berjemaah tidak dikenakan kepada perempuan, kanak-kanak dan juga para musafir.

      ~ Adalah lebih afdal bersegera ke masjid terutama kepada para imam bagi mengelakkan ahli jemaah tertunggu-tunggu dan keadaan tergopoh-gapah dan yang lebih utama adalah bagi merebut pahala solat Tahiyatul Masjid.

      وَالسَّلاَم

      Reply

  2. Posted by Dzulkifli on 15/02/2012 at 4:46 pm

    Cara yg cukup kreatif mengajak solat berjemaah. Kepujian kpd empunya idea…

    Reply

    • Memandangkan kebanyakan masjid sekarang hanya terdapat 1 – 2 saf sahaja dipenuhi, elok benarlah banner sebegini diletakkan di setiap masjid bagi memberi peringatan ahli kariah dalam usaha mengimarahkannya. Apa kata Dzul sponser satu…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: