Tauladanilah Rasulullah SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah sebaik-baik tauladan bagi seluruh manusia. Keperibadian Baginda adalah yang paling baik di antara Nabi-Nabi Allah yang lain. Hanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sahaja dalam catatan sejarah yang menjadi ‘Uswatun Hasanah’ (contoh tauladan) dalam segala macam aspek kehidupan. Banyak pekara yang boleh dipelajari dan dicontohi daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam; di antaranya :

• Jika anda seorang yatim piatu, ayahanda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  meninggal ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  masih di dalam kandungan kemudian ibunya pula meninggal ketika Baginda hanya berusia 6 tahun.

• Jika anda seorang anak dan ibu, perhatikan ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  masih kecil di susukan oleh Halimatul Sya’diah jauh di pendalaman dengan penuh kasih sayang.

• Jika anda seorang murid dan pelajar, maka dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  ketika Baginda  berguru dengan Jibril as.

• Jika anda seorang rakyat lemah, anda boleh mengambil tauladan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika Baginda dianiaya di bawah kekuasaan orang-orang musyrikin Makkah.

• Jika anda termasuk orang yang kurang mampu dalam hal kebendaan, maka lihatlah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika meninggalkan tempat tinggalnya dan berhijrah ke Madinah, Baginda tidak memiliki dan membawa sebarang harta.

• Jika anda seorang suami, maka bacalah sejarah dan kehidupan yang jujur dan adil terhadap suami Khadijah dan Aisyah.

• Jika anda seorang ayah terhadap anak-anak anda maka belajarlah terhadap apa yang telah di lakukan oleh ayahanda Fatimah az Zahra atau datuk Hasan dan Husein ini.

• Jika anda seorang pengajar, maka anda boleh mengambil contoh dari Baginda sewaktu  mengajar para sahabatnya di masjid.

• Jika anda seorang penasihat dan pembimbing yang dipercayai, maka dengarlah dan ikutilah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  ketika menasihati para sahabatnya di masjid Nabawi.

• Jika anda seorang pemuda, maka selamilah perjalanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  sebagai seorang penggembala haiwan ternak di Makkah.

• Jika anda seorang peniaga yang melakukan perjalanan membawa barang dagangan, maka perhatikanlah keadaan pemimpin kafilah yang hendak menuju ke Basrah itu.

• Jika anda seorang hartawan, tauladanilah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika Baginda berdagang dengan membawa barang dagangan antara Hijaz dan Syam, serta bagaimana menguasai perbendaharaan Bahrain.

• Jika anda seorang pemenang, anda juga boleh mengambil contoh dari kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika Baginda meraih kemenangan melawan musuh-musuhnya pada perang Badar, Hunain dan fathu Makkah.

• Jika anda seorang yang kalah, ambilah contoh dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika Baginda sedang berperang pada perang Uhud.

• Jika anda seorang pemimpin contohilah Baginda tetap berada di tengah-tengah para sahabat yang terbunuh dan yang dalam keadaan lemah akibat kecederaan.

• Jika anda seorang pemerintah maka ikutilah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan perbuatan-perbuatan Baginda ketika menjadi pemimpin orang Arab, Baginda menguasai beberapa negeri dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka tunduk kepada Baginda.

• Jika anda seorang hakim, maka perhatikan kearifan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menangani permasalahan ketika para pembesar Makkah saling berselisih dan hampir berperang untuk merebut meletakkan hajar aswad pada tempatnya, lihatlah bagaimana Baginda menyelesaikan perkara tersebut dengan penuh kebijaksanaan ketika Baginda   berada di halaman masjid Madinah, Baginda berlaku adil,  tidak pilih kasih dan menyamakan hak antara orang kaya dan miskin.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  adalah contoh peribadi agung yang telah hadir di dunia ini. Bagaimanapun situasi yang dialami dan lalui, baik siang atau malam, maka kita seharusnya mencontohi kehidupan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagai petunjuk dan contoh tauladan terbaik. InsyaAllah kita akan dapat memperbaiki segala urusan yang membingungkan dan seterusnya menceriakan masa depan kehidupan kita.

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: