Motivasi: Rasulullah SAW Tidak Memilih Kerja

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  tidak suka menganggur dan bermalas-malasan. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa mengucapkan: Ya Allah! Daku berlindung kepadaMu dari kemalasan, ketidakupayaan dan sesuatu yang tak ada nilainya.” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering menyuruh kaum Muslimin untuk kuat bekerja dan kreatif.  Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga selalu mengatakan bahawa kemuliaan itu mempunyai tujuh bahagian, dan bahagian terbaiknya adalah mencari rezeki dan nafkah dengan halal.

Junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  amat kita sanjungi baik dari sudut akhlaknya, zuhudnya, imannya dan pelbagai aspek kehidupannya yang sememangnya mulia. Satu aspek positif dari sudut kerjaya yang dapat kita ambil dari Baginda ialah Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam  tidak memilih dalam soal bekerja.

Kita telah tahu bahawa di awal usia baginda, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  mula mengenal alam pekerjaan dengan hanya bekerja sebagai pengembala kambing. Sememangnya bekerja mengembala kambing hanyalah mendapat upah yang sedikit. Sekadar cukup untuk diri sendiri. Namun apa jua kerja yang diceburi, sebenarnya apa yang mahal adalah pengalaman kerja. Terlalu memilih kerja akan menghilangkan peluang anda untuk mengutip pengalaman-pengalaman berharga dalam profesion. Bayangkan mengurus haiwan seperti kambing sebenarnya memberikan hikmah bahawa mengenali kesusahan dan juga mengenali erti sara hidup.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  berjaya dalam hidupnya sebagai seorang yang pakar dalam perniagaan. Walaupun awalnya hanya membantu Abu Talib dalam perniagaannya, namun berkat kesabaran dan kejujuran baginda telah ditawarkan Siti Khadijah untuk menguruskan perniagaannya pula. Bukan mudah mendapat kepercayaan dalam mengurus perniagaan lebih-lebih lagi dari seorang yang telah diiktiraf jutawan kehormat seperti Siti Khadijah.

Moral dari sejarah kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  sangat besar. Baginda mengajar kita memulakan sesuatu perkara biarlah bermula dari bawah. Jangan terburu-buru menggapai jawatan yang tinggi. Ijazah dan master belum cukup untuk menjadikan kita seorang pekerja yang baik. Terjun dalam arena realiti pekerjaan memerlukan banyak kemahiran yang tidak dipelajari secara formal di dalam bilik kuliah.

Apa yang paling penting jangan rasa rendah diri, jika sekarang anda hanya memegang jawatan yang rendah dengan gaji yang rendah. Jadilah seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang tidak terburu-buru untuk naik dan berjaya.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

2 responses to this post.

  1. Ramai orang memilih kerja kerana bagi mereka, mereka patut dapat yang terbaik untuk diri mereka… saya pun rasa begitu cuma saya tidaklah terlalu taksub dengan mesti kerja di bank, atau mesti kerja di bahagian kewangan kalau tak, tak nak kerja…

    Saya tak buat begitu..

    Reply

    • السلام علبكم
      Sebagai hamba Allah, marilah kita renungi maksud firman-Nya: “…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: