Paus Benedict XVI Terkejut: Injil Kuno Menyatakan Kedatangan Nabi Muhammad SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

REPUBLIKA.CO.ID, ISTANBUL, Isnin, 27 Februari 2012 – Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut ternyata meramalkan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Isa (Yesus) di bumi.

Bahkan Alkitab rahsia ini mencetuskan minat yang mendalam dari Kota Vatican. Paus Benedict XVI mengaku berkeinginan melihat buku 1,500 tahun lalu itu. Sebahagian orang meramalkan Injil ini adalah Injil Barnabas yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun terakhir.

Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan dengan tinta emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Yesus sehari-hari. Dan di dalam injil ini dijelaskan ajaran asli Yesus serta ramalan kedatangan penerus kenabian setelah Isa.

Injil kuno berusia 1,500 tahun ini bersampul kulit haiwan, ditemui polis Turki tahun 2000 lalu semasa operasi anti penyeludupan. Kitab kuno ini sekarang di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki.

Satu salinan satu laman dari naskah kuno tulisan tangan Injil ini dianggarkan berharga 1.5 juta. Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan, buku tersebut boleh menjadi versi asli dari Injil. Dan sempat tersingkir akibat penindasan keyakinan Gereja Kristian yang menganggap pandangan sesat kitab yang meramalkan kedatangan penerus Yesus.

Gunay juga mengatakan Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari teks yang kontroversial menurut keyakinan Kristian ini. Kitab ini berada diluar pandangan agama Kristian sesuai Alkitab Injil lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.

.

.

Injil Meramalkan Kedatangan Nabi Muhammad Ditemui di Turki

 

Sebuah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang lalu yang menyatakan bahawa Yesus menubuatkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi, telah menarik perhatian Vatican minggu ini.

Paus Benedict XVI dilaporkan telah diminta untuk melihat kitab tersebut, yang telah tersembunyi di Turki selama 12 tahun berakhir, menurut laporan Daily Mail.

Injil yang dilaporkan bernilai $ 22 juta, dilaporkan mengandungi ramalan Yesus akan datangnya Nabi Muhammad.

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan demikian kepada akhbar Inggeris.

“Seiring dengan keyakinan Islam, Injil yang ditemui ini menyatakan bahawa Yesus sebagai manusia dan bukan Tuhan. Injil ini menolak idea dari Tritunggal Kudus dan Penyaliban dan mendedahkan bahawa Yesus meramalkan kedatangan Nabi Muhammad.” lapor Daily Mail.

.

Dalam satu versi Injil tersebut, Yesus mengatakan kepada para muridnya: “Bagaimana Mesias disebut? Muhammad adalah namanya yang diberkati.”

“Dan di tempat lain, Yesus menyangkal menjadi Mesias, mendakwa bahawa ia akan menjadi Ismail, istilah yang digunakan untuk orang Arab,” tambah akhbar itu.

Menurut laporan tersebut, umat Islam mendakwa teks yang banyak dikatakan adalah Injil Barnabas, ia adalah tambahan dari kitab-kitab Injil yang sudah ada iaitu Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.

St Barnabas secara tradisional dikenal pasti sebagai pengasas Gereja Siprus, seorang Kristian awal yang kemudian menjadi rasul.

Gunay mengatakan bahawa Vatican telah secara rasmi diminta untuk melihat injil tersebut, yang Turki dapati semasa operasi anti-penyeludupan polis pada tahun 2000.

.

.

Keaslian naskhah tulisan tangan kuno ini mula diragui 

Pendeta Protestan Ihsan Ozbek mengatakan versi Injil tersebut dikatakan berasal dari abad kelima atau keenam, sementara St Barnabas hidup pada abad pertama sebagai salah satu Rasul Yesus.

“Salinan di Ankara mungkin telah ditulis oleh salah satu pengikut St Barnabas,” katanya kepada akhbar Today Zaman.

“Tapi kecurigaan sebenarnya akan dapat diselesaikan dengan mudah. Usia sebenar Injil tersebut boleh segera ditentukan oleh kajian ilmiah untuk menjelaskan apakah itu ditulis oleh St Barnabas sendiri atau pengikutnya.” Demikian kata Profesor teologi Turki Ömer Faruk Harman kepada Daily Mail.

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

One response to this post.

  1. Posted by ahauw on 12/02/2013 at 5:28 pm

    Injil barnabas kepalsuannya sudah diakui dunia. Jadi bisa dipastikan kitab ini juga palsu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: