Ilmuwan Islam Syor Guna Waktu Makkah Ganti GMT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi

Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa ‘Greenwich Meridian Time’ atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi, selaras umat Islam yang menghadap ke kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.

Seorang pakar geologi berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara. Menurutnya lagi, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, sudah tiba masa perkara itu diubah.

Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.

Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan, sains moden akhirnya mengakuikan bahawa Makkah adalah pusat Bumi. “Bukti Makkah adalah pusat bumi, sebenarnya juga adalah ‘kiblat’ yang bermaksud arah umat Islam menunaikan solat.”

‘Ijaz al-Quran’ (mukjizat al-Quran) adalah kepercayaan dan kebenaran saintifik yang didedahkan dalam al-Quran. Sains moden telah menggunakan asas bukti daripada al-Quran.

Yasin a-Shouk, seorang penduduk Islam Perancis telah mencipta jam dan saat Makkah. Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam yang membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: