Penentuan Arah Kiblat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 

Kiblat atau juga dieja qiblat, merupakan perkataan Arab (القبلة) yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat). Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini.

.

Hanya satu kes khas wujud: apabila bersolat dalam Kaabah sendiri. Apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dari dalam Kaabah, seseorang Muslim boleh menghadap dimana-mana dinding keluar yang terdapat dalam Kaabah semasa solat namun disunatkan untuk solat pada tapak dan arah dimana Nabi Muhammad SAW bersolat di dalam Kaabah, manakala bagi mereka yang berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana dinding atau penjuru pada binaan Kaabah untuk bersolat kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.

.

Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.

.

Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi berbentuk seperti bebola, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21° 25′ 24″ N, 39° 49′ 24″ E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

.

Pada masa silam, umat Islam yang mengembara menggunakan astrolob untuk menentukan arah Kiblat. Pada tarikh tertentu dalam tahun apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah, arah bayang di semua tempat akan menunjukkan dengan tepat arah Kiblat.

.

Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

.

Beliau berkata, semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat. Mazhab Syafie menetapkan tiga syarat yang boleh diguna pakai bagi memenuhi syarat menghadap kiblat.

.

.

.

Kaedah Tradisional Tentu Kiblat

.

1.  Matahari Istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.

  • Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
    • Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.
    • Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.

.

 2.  Kaedah Buruj Bintang

 

  • Buruj bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
  • Langit dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Bintang yang berada pada satu kawasan sama adalah dalam satu buruj.
  • Sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah dikenal pasti seperti bentuk haiwan dan geometri.
  • Dengan mengetahui bentuk buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.
  • Menggunakan kedudukan Belantik (buruj) atau Buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu MintakaAn Nilam dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.

.

3.  Kaedah Matahari Terbenam

  • Secara umum, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.
  • Ia boleh digunakan sebagai satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan jika mengetahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.

 

.

.

.

Kaedah Moden Tentu Kiblat

1.  Pengiraan Arah Kiblat

  • Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).
  • Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

.

 2.  Kompas Prismatik

  • Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.
  • Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.
  • Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.
  • Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.

.

.

. 

 3.  Penggunaan Teodolit

  • Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
  • Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.
  • Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
  • Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.

.

.

 4.  Penggunaan Internet

Menggunakan aplikasi internet adalah amat senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama Bandar atau poskod, diikuti dengan nama negara, Petunjuk arah kiblat akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat seperti contoh berikut:

Klik Di Sini

.

Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: