Syukran Jazilan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.

Alhamdulillah, Segala Puja dan Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda yang suci dan para sahabat kesemua.

.

Kepada para pembaca dan yang mengikuti blog ini, harap anta semua dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. Sempena melangkah ke 6 digit kunjungan, Jutaan terima kasih atas sokongan anta semua yang tak pernah jemu singgah ke blog shafiqolbu ini walaupun ia menghidangkan ‘ilmu ringan’ dan bukan baharu, tetapi diharap ianya masih relevan di ruangan ini.

.

.

Syukran Jazilan.. kerana anta semua sudi membaca dan mengamalkan serba sedikit input dari blog kerdil ini, ana amat gembira dan berbesar hati kerana setiap kali menulis, selain kerana Allah SWT, anta semua adalah pendorongnya.

.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan marilah kita berusaha untuk memahami, mendalami dan mengamalkan ajaran Islam menerusi doa yang disarankan oleh Allah Ta Ala dan Rasul-Nya. Antaranya:

 اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧

 “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”  (Surah al-Fatihah, ayat 6-7)

.

Dan doa dalam Surah To-Ha, ayat 114:

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا.

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”.

 

Ana merupakan insan biasa dan penulis kerdil yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadis dan sebagainya, sila maklumkan shafiqolbu melalui email. Kepada yang mengikuti blog ini, harap ada komen dan idea dari anda semua. Setiap komen, teguran dan pandangan amat dihargai dan diterima baik dengan hati terbuka.

.

Semoga Allah menunjuki kita jalan yang lurus ke arah kebenaran dan moga kita sentiasa di dalam limpahan Nur Rahmat-Nya. Mudah-mudahan kita tidak mati melainkan di dalam Iman dan Islam.

Marilah bersama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat…  Amin!

 
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: