Mukjizat Nabi Muhammad SAW ~ Keberkatan Makanan dan Minuman

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Tidak terkira banyaknya mukjizat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Mukjizat berkenaan dengan keberkatan makanan dan minuman telah diperlihatkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melalui peristiwa-peristiwa luar biasa yang mana ahli-ahli sihir pun tidak dapat melakukannya. Itulah perbezaan antara mukjizat dengan sihir, yang mana sihir hanyalah khayalan dan ilusi yang dikerjakan oleh jin dan syaitan, manakala mukjizat adalah nyata berlaku dan hanya terjadi kepada para nabi sebagai bukti kebenaran yang dibawa mereka.

Peristiwa Khandaq

Keajaiban di rumah Jabir bin Abdullah r.a

.

Daripada Jabir bin Abdullah r.a, katanya, “Sesungguhnya pada hari berlakunya Peperangan Ahzab ataupun Khandaq, kami semua telah menggali tanah sebagai banteng perlindungan diri sebelum berlakunya peperangan.”

.

Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a tentang kisah penggalian Khandaq. Dia berkata, “Aku melihat rasa lapar yang amat sangat pada diri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Aku segera mengeluarkan kuali yang di dalamnya ada satu takar gandum dan kami juga memiliki seekor anak kambing kacung.”

.

Dalam riwayat lain, dari Jabir disebutkan bahawa beliau berkata, “Sebelum Perang Khandaq kami menggali parit. Dalam penggalian itu kami terhalang oleh batu yang sangat keras. Mereka datang menemui rasul dan berkata, “Ini adalah batu yang sangat keras yang menghalangi penggalian.”

“Aku akan segera turun,” sabda baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Dalam keadaan berdiri baginda menganjalkan perutnya dengan batu. Selama 3 hari kami tidak akan merasai apa-apa. Lalu tanah yang keras itu dipukul oleh nabi yang kemudian hancur berkeping-keping.

.

Keadaan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersama para sahabat ketika itu amat menyedihkan. Bayangkan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat telah mengikat perut masing-masing dengan seketul batu kerana menahan lapar! Selama 3 hari mereka tidak menjamah apa-apa makanan sedikit pun.

Melihatkan keadaan itu aku berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku pulang ke rumah.” Baginda pun mengizinkan aku pulang.

.

Sampainya di rumah aku berkata kepada isteriku, “Aku melihat sesuatu pada diri nabi, yang bila saja aku melihatnya tentu aku tidak akan sabar. Apakah kamu mempunyai sesuatu?”

“Kita mempunyai secupak gandum dan seekor anak kambing betina, jawab isteriku.

Anak kambing itu pun aku sembelih, gandumnya isteriku uli dan daging kambing tersebut dimasak di dalam periuk lalu aku menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Isteriku berkata, “Janganlah kau membuatkan aku malu di hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan orang-orang yang bersamanya kerana makanan yang dibawa hanya sedikit.”

.

Setelah bertemu aku berbisik pada rasul, “Wahai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kami telah menyembelih haiwan kami dan memasak satu takar gandum kami. Kemarilah engkau bersama satu orang bersamamu, asal jangan lebih dari sepuluh orang.”

.

Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami mempunyai sedikit makanan yang telah kami buat. Kemarilah engkau wahai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama seorang atau dua orang sahaja.”

.

Sabda baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, “Katakanlah kepada isterimu agar periuknya jangan diangkat dulu dari tungku begitu adunan rotinya sampai aku datang.” Sesudah itu baginda melaungkan, “Wahai semua penggali parit, sesungguhnya Jabir telah membuat makanan. Marilah semuanya segera ke mari!”

Setelah aku bertemu isteriku aku berkata kepadanya, “Sungguh teruklah kamu, nabi datang bersama semua orang Ansar dan Muhajirin.”

“Apakah Baginda bertanya berapa banyak makananmu?” tanya isteriku.

“Ya”, jawabku.

“Allah dan rasul lebih mengetahui. Kita membuat roti apa yang ada pada kita sahaja.”

.

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir berkata, “Aku pulang ke rumah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pula datang bersama semua orang. Isteriku mengeluarkan adunan roti, lalu baginda meludahi adunan itu lalu memberkatinya. Kemudian rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menuju ke periuk kami, meludahinya dan berdoa agar diberkati. Sesudah itu, baginda bersabda kepada Jabir, “Panggillah tukang pembuat roti agar dia membuatnya bersama isterimu.”

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda kepada isteriku, “Ceduklah isi periuk ini, tetapi periuknya jangan engkau turunkan.”

Mereka datang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seramai kira-kira seribu orang, didudukkan sepuluh-sepuluh, lalu mereka semuanya makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Sampai akhirnya mereka meninggalkan makanan, maka periuk kami dan adunan roti kami masih seperti mula-mula tadi. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Makanlah dan hadiahkanlah.” Sehingga pada hari itu kami dapat memakannya dan memberikannya kepada jiran tetangga.

.

Dan dalam riwayat lain disebutkan “Kami dapat makan dan memberikannya kepada tetangga. Dan setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam keluar, maka makanan itu pun habis pula.”   (Diambil dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

.

Dan peristiwa seakan-akan sama seperti di atas juga telah berlaku di rumah Thalhah r.a kemudiannya. Dan berbagai mukjizat lagi  yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas Rasul terakhir, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

4 responses to this post.

  1. Posted by hj hairil anwar hj abdul karim on 19/03/2012 at 5:28 pm

    bolih dicatitkan doa dari rasulullah tersebut untuk pedoman

    Reply

    • Assalamualaikum Hj.Hairil… Maaf tidak pula disertakan doanya dalam kisah di atas… walau bagaimanapun boleh dibaca doa-doa yang berkaitan seperti;

      Daripada Anas,
      اللَّهُمَّ ارْزُقْهُ مَالًا، وَوَلَدًا، وَبَارِكْ لَهُ
      “Ya Allah, tambahkanlah rezeki padanya berupa harta dan anak serta berkatilah dia dengan nikmat tersebut.” (HR. Bukhari no. 1982 dan Muslim no. 660)

      Reply

  2. Posted by siti ramzan on 01/08/2012 at 1:30 pm

    Assalamualaikum en Shafi. nak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan nabi S.a.w meludahi adunan. memang meludah ke dalam makanan tersebut ke?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Segala cecair yang keluar dari tubuh Rasulullah SAW adalah berkah.. air mata dan peluh Baginda amat harum dan menjadi rebutan di kalangan para isteri dan sahabat..SUBHANALLAH!! Ini termasuklah air liur, merupakan mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada Baginda bagi menyembuhkan penyakit dan mempercukupkan rezeki yang sedikit kepada tentera Muslim dalam situasi genting peperangan.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: