Imam Ghazali : Menguji Minda

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

6 Persoalan Imam Ghazali Kepada Anak Muridnya

.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya lalu beliau bertanya 6 soalan :

.

.

Soalan Pertama

.

Imam Ghazali =  “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

.

Murid 1 =  “Orang tua”
Murid 2 =  “Guru”
Murid 3 =  “Teman”
Murid 4 =  “Kaum kerabat”

Imam Ghazali =  “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.”

.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, 185;

3:185

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan pahalamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah beruntung dan berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

.

.

.

Soalan Kedua

.

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

.

Murid 1 =  “Negeri Cina”
Murid 2 =  “Bulan”
Murid 3 =  “Matahari”
Murid 4 =  “Bintang-bintang”

.

Iman Ghazali =  “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.”

.

39:56

“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: `Amat besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)!”

.

.

.

Soalan Ketiga

.

Iman Ghazali =  “Apa yang paling besar di dunia ini ?”

.

Murid 1 =  “Gunung”

Murid 2 =  “Matahari”

Murid 3 =  “Bumi”

Murid 4 =  “Laut”

.

Imam Ghazali =  “Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

.

Firman Allah SWT dalam Surah Al A’raf, 179;

7:179

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.”

.

.

.

Soalan Keempat

.

Imam Ghazali =  “Apa yang paling berat di dunia.”

.

Murid 1 =  “Baja”
Murid 2 =  “Besi”
Murid 3 =  “Gajah”
Murid 4 =  “Unta”

.

Imam Ghazali =  “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, 72;

33:72

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan (perkara bodoh).”

.

.

.

Soalan Kelima

.

Imam Ghazali =  “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

.

Murid 1 =  “Kapas”

Murid 2 =  “Angin”

Murid 3 =  “Debu”

Murid 4 =  “Daun-daun”

.

Imam Ghazali =  “Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Munafiqun, 9;

63:9

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”

.

.

Soalan Keenam

.

Imam Ghazali =  “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini.”

.

Murid- Murid dengan serentak menjawab =  “Pedang!”

.

Imam Ghazali =  “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri.”

.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl, 62;

16:62

“Dan mereka menetapkan bagi Allah apa yang mereka sendiri membencinya, dan lidah mereka mengucap dan memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan sesungguhnya merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).”

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: