Doa-Doa Meteorologi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Dalam musim angin kencang dan hujan seperti sekarang ini, perubahan cuaca mendadak tidak dapat dielakkan dan telah menjadi pemandangan biasa. Di satu segi ianya sebagai petanda akan turunnya hujan, namun sisi lain boleh menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kerana angin ribut ada kalanya mampu menumbangkan pokok-pokok saka, merebahkan tanam-tanaman, menjejaskankan bangunan dan penyebab terjadinya banjir.

.

Sejak kebelakangan ini semakin kerap terjadi hujan dan ribut petir yang telah meragut beberapa nyawa dan memusnahkan banyak rumah di beberapa kampung di seluruh negara. Sebagai hamba Allah, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan, di samping berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Walau bagaimana pun dalam berhadapan keadaan seperti ini kita tidak boleh mencela segala ciptaan dan ketentuan-Nya.

.

.

1.  Doa Angin Kencang

.

Apabila angin bertiup kencang, disyariatkan mengucapkan zikir dan doa kepada Allah SWT seperti yang diajarkan Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam:

.

”Allahumma Innii As’aluka Khairaha  wa Khaira Maa Fiihaa wa Khaira Maa Ursilat  Bihi wa ’Udzu Bika Min Syarriha wa Syarri Maa Fiihaa wa Syarri Maa Ursilat Bihi”

.

Dari Ubai bin Ka’ab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah kamu mencaci angin. Lalu apabila engkau melihat yang tidak menyenangkan, maka berdoalah:

اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيْحَ وَخَيْرِ مَا فِيْهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحَ وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.” (HR. Al-Tirmidzi)

.

.

Apabila Dikhuatiri Angin Ribut Akan Merbahayakan

Asy-Syafi’i r.a. menerangkan, apabila terjadi angin kencang, Rasulullah SAW selalu duduk berlutut dan membaca doa di bawah:

.

.

.

.

2.  Doa Ketika Mendengar Petir

.

Firman Allah SWT  dalam Surah Ar Ra’ad;12-13:

2:19

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, disertai gelap-gelita, guruh dan kilat; mereka menyumbatkan jari ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”

.

Ketika menafsirkan surah al-Baqarah ayat 19, As Suyuthi mengatakan bahawa petir (Ar Ra’du) adalah malaikat yang ditugaskan mengatur awan. Ada juga yang berpendapat bahawa petir adalah suara malaikat. Manakala kilat (barq) adalah kilatan cahaya dari cemeti malaikat tersebut untuk mengiringi mendung. (Tafsir Jalalain dengan Hasyiyah ash Showi 1/31, ed).

.

Dibaca doa-doa berikut 3 kali:

.

.

‘Subhanalladzi yusabbihur Ro’du bihamdihi wal malaikatu min khiifatih’

.

Dari ‘Ikrimah mengatakan bahwasanya Ibnu’ Abbas radhiyallahu ‘anhuma tatkala mendengar suara petir, beliau mengucapkan,

سُبْحَانَ الَّذِي سَبَّحَتْ لَهُ

‘Subhanalladzi sabbahat lahu’ (Maha suci Allah yang petir bertasbih kepada-Nya). Lalu beliau mengatakan, “Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternakan membentak haiwannya.”  (Adabul Mufrod no. 722, dihasankan oleh Syaikh Al Albani)

.

.

.

3.  Doa Ketika Hujan

.

1.  Mensyukuri Nikmat Turunnya Hujan

.

Apabila Allah SWT memberi nikmat dengan diturunkannya hujan, dianjurkan bagi seorang muslim untuk membaca doa berikut;

.

.

Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam ketika melihat hujan turun, Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan ‘Allahumma shoyyiban nafi’an’. (HR. Bukhari, Ahmad, dan An Nasai).

.

.

2.  Doa Setelah Turunnya Hujan

.

.

Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Solat Subuh bersama kami di Hudaibiyah setelah hujan turun pada malam harinya. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِى مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ. فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا. فَذَلِكَ كَافِرٌ بِى مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ »

“Pada pagi ini, di antara hambaKu ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Siapa yang mengatakan ‘Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’ (Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah), maka dialah yang beriman kepadaku dan kufur terhadap bintang-bintang. Sedangkan yang mengatakan ‘Muthirna binnau kadza wa kadza’ (Kami diberi hujan kerana sebab bintang ini dan ini), maka dialah yang kufur kepadaku dan beriman pada bintang-bintang.” (HR. Muslim no. 240)

.

.

3.  Doa Memindahkan Hujan

.

Ketika turun hujan lebat sehingga ditakutkan membahayakan manusia, dianjurkan untuk berdoa;

.

.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

1.  Doa Ketika Kilat Dan Petir  (Klik Di Sini)

2.  Doa Ketika Angin Kencang / Ribut  (Klik Di Sini)

3.  Doa-Doa Tatkala Hujan  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

.

Advertisements

5 responses to this post.

  1. salam. saya nak minta izin untuk copy sebagai panduan.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan mensejahterakan ummah, hadiahkan bacaan al-Fatihah dan doakan ana agar sentiasa beroleh keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  2. Posted by yanti on 09/01/2013 at 9:04 am

    Ijinn sharing di facebook ya…

    Reply

  3. nak share ye

    Reply

  4. […] sebelum ini telah ada Doa-Doa Meteorologi (di sini), kini bagi antum yang sedang mencari ayat-ayat untuk meminta hujan, berikut ini […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: