10 Amalan Yang Terbalik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Dalam kehidupan masyarakat masa kini, kadang-kadang kita dapati amalan kita terbalik dan bertentangan dari apa yang sepatutnya dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Seharusnya kita bermuhasabah atau menilai dan menimbang semula tentang amalan dan cara hidup seharian kita.

.

Mari perhatikan 10 paparan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

.

1. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah atau hiburan, tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi. Hujan atau atin tetap diharungi kerana hendak cepat sampai dan menepati masanya. Tapi kalau ke rumah Allah (masjid), hari tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, keseronokan dan rezeki Allah SWT diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

.

2.  Jika bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat untuk mengelakkan rasa riak, seharusnya banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

.

3.  Ketika menghadiri majlis ketua jabatan atau pemimpin egara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah SWT baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

.

4.  Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

.

5.  Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun kosnya tinggi. Tapi kalau anak tak boleh membaca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar ke kelas Quran atau Fardhu Ain. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM50.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Guru Ngaji Quran nak bayar RM5.00 sebulan 25 kali hadir belajar pun liat dan amat berkira. Bukankah tidak berhati perut dan terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat membaca Al Quran atau bersolat daripada tidak lulus periksa.

.

6.  Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

.

7.  Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa malu dan segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan (Ingat! jangan minta lebih…makan apa yang dihidangkan saja), sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya memperolehi berkat dan tuan rumah berasa gembira dan tidak membazir.

.

8.  Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Makkah dan apabila balik dari Makkah tak buat kenduri pun. Anjuranberkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

.

9.  Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

.

10. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

.

.

Begitulah hakikat sebenarnya yang telah menjadi kebiasaan masyarakat, kita kenalah berlapang dada untuk menerimanya dan marilah kita berubah kepada kebenaran agar hidup kita mengikut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang dipinda mengikut selera. Allah SWT yang mencipta kita maka turutilah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan peraturan hidup yang menentukan-Nya.

.

Firman Allah SWT:

3:132
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.” (Surah Ali Imran 3; Ayat, 132)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: