Adab Memberi Salam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Sesungguhnya Islam itu syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai seorang muslim selain perlu menunaikan hak-hak Allah SWT, hak sesama saudara seagama juga perlu dititikberatkan. Terdapat 6 hak sesama muslim yang perlu kita laksanakan.

.

6 Hak Seorang Islam :

  1. Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam.
  2. Apabila dia mengajak (menjemput), hendaklah kamu menjawab (hadir).
  3. Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah.
  4. Jika dia bersin, maka jawabkanlah (doakan).
  5. Jika dia sakit, maka ziarahilah.
  6. Jika dia mati, maka iringilah.

.

.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;

 “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)

.

Dalam agama Islam ada cara tersendiri untuk cara memberi salam, ianya terkandung dalam 6 hak seseorang Muslim sebagaimana yang telah dinyatakan hadis di atas.

.

Melalui keenam-enam hak seorang Islam ini, maka jelaslah bahawa memberi salam dan menjawab salam adalah amat dititik-beratkan dan telah menjadi  hak kita sebagai orang Islam. Bergembiralah kerana kita juga ada cara yang tersendiri untuk memberi salam. Iaitu  ‘Assalamualaikum’ ( Selamat sejahtera ke atas kamu).

.

.

Hukum SUNAT Memberi Salam Apabila:

  1. Ketika berjumpa muslim.
  2. Ketika beredar daripada orang ramai.
  3. Ketika pulang ke rumah.
  4. Ketika masuk ke rumah yang kosong.
  5. Ketika masuk ke dalam masjid atau surau yang kosong.

.

.

Hukum MAKRUH Memberi dan Menjawab Salam Apabila:

  1. Berada dalam tandas.
  2. Sedang makan atau berperang.
  3. Sedang membaca Al-Quran.
  4. Sedang berzikir kepada Allah.
  5. Sedang membaca hadis nabi.
  6. Menjadi katib atau sedang memberi peringatan (mengajar).
  7. Sedang belajar sebarang ilmu.
  8. Sedang meminta-minta hajat.
  9. Sedang berseronok dengan ahli keluraga.

.

.

Cara Memberi Salam :

  1. Beri salam dengan cara terbaik. (Semakin panjang dan lengkap salam kita, semakin besar pahala kita.)
  2. Beri salam kepada yang lebih tua.
  3. Yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.
  4. Yang berjalan beri salam kepada yang duduk.
  5. Kumpulan yang sedikit beri salam kepada yang banyak.
  6. Beri salam kepada sesiapa sahaja. (Kenal atau tidak kenal)
  7. Kalau sama status, sama kedudukan, sama perbuatan, sesiapa yang beri salam itulah yang paling baik.

.

.

Dilarang:

  1. Orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin.
  2. Memberi salam menggunakan isyarat sahaja. Larangan ini kerana ianya menyerupai gaya Yahudi dan Nasrani. Kecuali jika terdapat keuzuran atau berada dalam jarak yang jauh.

.

.

Memberi Salam dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan lain-lain) :

.

Gunakan perkataan “salam” atau “assalam”

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا ۖ قَالَ سَلَامٌ 

 “Dan Sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, Dengan membawa berita Yang mengembirakan. lalu mereka memberi salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (Wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”. (Surah Hud : Ayat 69)

.

Bersamalah kita membudayakan memberi salam ini. Sesungguhnya memang tidak mudah untuk kita memulakannya jika tidak biasa, tetapi bermulalah dengan beransur, sedikit demi sedikit.  InsyAllah, akan sebati di dalam diri…   ‘Alah bisa, tegal biasa’.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam setiap amal perbuatan.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: