‘Selamat Hari Guru’ Cikgu!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru seluruh dunia dan semua guru di Malaysia khasnya yang tanpa jemu-jemu mengasuh, mendidik dan mencurah ilmu, bakti dan keringat. Walau siapa pun kita dari Raja hingga ke pembantu pejabat, peranan guru amat hebat. Jasa sumbangan guru dalam pendidikan modal insan negara amat besar dan sentiasa diingat.

.

Sempena Hari Guru ini, hayatilah nukilan sajak berikut :

.

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi.

 

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

 

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

 

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

 

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 

~oleh USMAN AWANG

16 Mei 1979

.

.

Terima kasih cikgu kerana mengajar kita menulis dan membaca. Terima kasih cikgu kerana mendidik berfikir menggunakan akal setara mizan dan pertimbangan dosa-pahala. Paling penting cikgu telah mengajar kita erti mengenang budi dan bersyukur atas segala nikmat yang diterima. Cikgu telah mengajar kita erti kehidupan yang sederhana dan membentuk diri kita dengan akhlak yang baik.

Tidak kurang juga kepada ustaz dan ustazah yang mengajar kita di kelas agama. Mengajar kita tulisan jawi, mengaji al-Quran, berzanji dan marhaban. Membimbing akhlak, tauhid, ibadah, munakahat, muamalah, jinayah dan tasauf. Mendidik kita menghormati ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan orang-orang tua. Tak terkira jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu semua.

.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza

(Semoga Allah SWT akan membalas cikgu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas cikgu dengan balasan yang terbaik.)

.

Secara peribadi ana ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru ana di sekolah rendah, menengah, dan tutor pensyarah di IPT. Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan yang melimpah ruah kepada mereka semua.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by encikcrecko on 16/05/2013 at 8:06 am

    salam, bro boleh copy x picture kat atas tue thanks>>>

    Reply

  2. […] guru adalah suatu tanggungjawab mulia. 16 Mei merupakan tarikh sinonim dengan Sambutan Hari Guru yang diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf khidmat dan jasa bakti para pendidik dari dahulu […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: