بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Imej ketika berlakunya kejadian Gerhana Matahari Anulus
.
Satu ‘Gerhana Matahari Anulus’ atau ‘Gerhana Matahari Cincin’ dijangka berlaku pada hari Ahad ini, 20 Mei 2012 ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur), akan menyebabkan 94% permukaan matahari dilindungi oleh bulan dengan magnitud 0.9439.
.
Gerhana
.
‘Gerhana Matahari’ berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari dari pencerap yang berada di bumi.
.
.
‘Gerhana Matahari Analus’ atau ‘Gerhana Cincin’ pula terjadi apabila fasa kemuncak gerhana berlaku. Iaitu Matahari dan Bulan berada tepat selaras, sehingga ketika Bulan berada di depan Matahari, tidak seluruh cakera Matahari akan tertutup oleh cakera Bulan dan akan kelihatan diameter bulan adalah lebih ketara kecil daripada diameter cakera matahari, lalu menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari dan menyebabkan cahaya matahari selebihnya kelihatan seperti membentuk cincin terang (anulus). Cincin bercahaya disekeliling bayangan bulan ini juga dikenali sebagai ‘corona’.
.
.
Kawasan Terlibat
Fasa Anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun, bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada. Manakala Bandar Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque adalah di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh 5 minit dan 46.3 saat dan akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.
Dalam pada itu satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebelah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.
.
.
Borneo
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, sebahagian daripada gerhana matahari itu TIDAK KELIHATAN dari Semenanjung Malaysia dan hanya boleh disaksikan di Malaysia Timur. Pada awal pagi Ahad, 21 Mei 2012 nanti, iaitu mulai pukul 4.31 pagi bagi penduduk di Sandakan, Sabah dan 6.30 pagi di Bandaraya Kucing, Sarawak. Rakyat Brunei dan sebahagian Indonesia juga berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijadualkan berlaku ketika matahari sedang terbit pada hari tersebut.
.
Foto di atas, keadaan yang hampir menyerupai dengan apa yang bakal
dilihat dari kawasan Malaysia Timur.
.
.
Gerhana Berakhir
Gerhana Matahari Separa di Malaysia Timur berakhir berbeza-beza sedikit berdasarkan lokasinya. Secara ringkasnya, jika antum berada di bandar-bandar berikut waktu tamatnya adalah:
.
Kuching: Gerhana TAMAT lebih kurang 16 minit SELEPAS terbit matahari.
Bintulu: Gerhana TAMAT lebih kurang 30 minit SELEPAS terbit matahari
Miri: Gerhana TAMAT lebih kurang 37 minit SELEPAS terbit matahari
Kota Kinabalu : Gerhana TAMAT lebih kurang 50 minit SELEPAS terbit matahari
Sandakan: Gerhana TAMAT lebih kurang 1 jam SELEPAS terbit matahari.
.
.
Mengamati Gerhana Matahari
JANGAN sekali-kali PANDANG ke arah MATAHARI TANPA PENAPIS yang sesuai.
Melihat secara terus ke fotosfer matahari (bahagian cincin terang dari Matahari) walaupun hanya dalam masa beberapa saat boleh menyebabkan kerosakan kekal retina mata kerana radiasi tinggi yang tak terlihat yang dipancarkan dari fotosfer. Kerosakan yang ditimbulkan boleh menyebabkan kebutaan. Mengamati perkembangan gerhana Matahari memerlukan pelindung mata khusus atau dengan menggunakan kaedah melihat secara tidak langsung.
.
.
Solat Sunat Gerhana Matahari
Bagi umat Islam yang melihat atau mengetahui gerhana matahari tersebut digalakkan dan sunnah untuk melakukan Solat Sunat Gerhana Matahari / Solat Sunat Kusuf (Klik Di Sini) ketika berlakunya gerhana.
.
Sumber: Angkasa Malaysia, Falak Online dan e-Solat
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
- Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari) (Klik Di Sini)
- Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) (Klik Di Sini)
- Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf (Klik Di Sini)
- Khutbah Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) (Klik Di Sini)
- Gerhana Penuh Dan Solat Khusuf (Klik Di Sini)
- Gerhana Bulan Penuh 16.6.2011 (Klik Di Sini)
- Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 (Klik Di Sini)
- kuinoks ~ Bayangan Lesap (Klik Di Sini)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
.