Bulan Rejab Datang Lagi!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…

.

Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. kita tetap berdosa.

.

Bulan Rejab bakal menyusul selepas Maghrib malam ini. Bila dah masuk Bulan Rejab maka masa akan berlalu begitu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Oleh itu, ayuh kita istqamah beramal sepanjang Bulan Rejab ini dengan beristighfar, bertaubat dan berdoa kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala dengan harapan agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan dan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.

.

Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:

.

Allah Subhanallah Wa Ta’ala telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan bulan Zulhijjah.

.

Rasulullah  SAW juga bersabda: 

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Sesiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

.

Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.

.

Nota: Sesiapa yang belum qadha puasa tu cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:

  1. Zikir Rejab  (Klik Di Sini) 
  2. Puasa Rejab  (Klik Di Sini) 
  3. Kelebihan Bulan Rejab  (Klik Di Sini) 
  4. Amalan Sepanjang Bulan Rejab  (Klik Di Sini) 

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. nice entry.keep it up:D

    Reply

  2. Posted by raka sabar ardiansyah on 28/05/2012 at 3:24 pm

    asalamualaikum, sy mw tanya jika ad hadist yg berbunyi bahwasanya jikalau ssorang berpuasa 2 hari di awalan bulan rajab seakan-akan puasa selama 2 tahun, apakah itu hadist yg shahih?. Dan mw tanya apa hukum dan dalilnya bernyanyi dan mendengarkan musik diluar lantunan islami?

    Reply

    • Waalaikumussalam..
      Ia bukanlah hadith yang shahih.. tujuannya hanyalah menggalakkan orang berjinak, beramal dan menyayangi ibadah.. segala niat yang baik.. asalkan tidak terpesong daripada akidah, sudah pasti dibalasi pahala oleh Allah SWT..
      Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya samaada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak ikklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat. Islam meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya. Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntutan dan keredaan Allah SWT dan Rasulullah SAW maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.” (Bukhari Muslim)

      Harus dan dibolehkan menyanyi atau mendengarkan walau apa jenis muziknya pun tetapi janganlah sampai teringgal perkara2 yang fardhu dan wajib ditunaikan. Rasulullah SAW sendiri tidak berkeras dan melarang menghayati muzik dan bergembira ketika zamannya.

      Dari Aisyah radhiyallahu’anha: “Pada hari raya, ketika itu aku sedang bernyanyi dengan memukul rebana bersama temanku, ketika itu ada Rasulullah berhampiranku, ketika itu muncul ayahku dan terus berkata, ‘Hentikan! Patutkah dendangan syaitan ada di rumah Rasulullah?’, Kemudian Rasulullah bersabda, ‘Biarkan mereka Abu Bakar sesungguhnya, ini adalah hari rayadan mereka sedang bergembira’.” (Muttafaqun ‘alaihi)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: