Transit Planet Zuhrah, Rabu, 6 Jun 2012

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Subhanallah!!! Sekiranya antum ingin melihat saiz bumi ini berbanding matahari, Pastikan antum terutama peminat serta pengkaji astronomi tidak terlepas pengalaman menyaksikan peristiwa Transit Planet Zuhrah (Venus) buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti kerana ia hanya dapat dilihat dua kali seumur hidup.

.

“Peristiwa Dua Kali Abad Ini – Transit Planet Zuhrah 2012”

.

Peristiwa astronomi ini sangat penting dan ia jarang berlaku. Transit Planet Zuhrah ini berlaku secara berpasangan dalam tempoh lapan tahun, tetapi dwi peristiwa ini hanya berlaku dalam tempoh kurang daripada seratus tahun atau satu abad sekali.

.

Fenomena seumpama ini pernah berlaku pada 8 Jun 2004 dan pada 6 Jun 2012 merupakan detik sejarah yang terakhir untuk abad ini dan ianya tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun kelak. Peristiwa seumpama ini akan berlaku semula pada abad yang akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2117!!!

.

Fenomena astronomi ini bakal dapat disaksikan oleh sebahagian besar penduduk di dunia. Satelit Pencerapan Solar Dinamik (SDO) milik NASA akan melihat dari angkasa ketika Zuhrah melintasi permukaan Matahari pada 5 Jun 2012 ( 6 Jun 2012 di Hemisfera Utara). Di Malaysia boleh dilihat selepas matahari terbit pada awal pagi Rabu depan (6.6.2012).

.

Fenomena itu berlaku apabila Planet Zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.

.

Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit Planet Zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama.

.

.

Kembar Bumi

.

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.

.

Berikutan saiz Planet Zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’. Apabila dilihat Planet Zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.

.

Dr Baharrudin berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan Planet Zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian. Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.

.

Foto Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.

.

Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, Planet Zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bintik hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet Zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari.

.

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil ‘Transit Planet Zuhrah’ itu akan dapat dilihat selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi di Pulau Pinang dan berlanjutan sehingga 1 petang.

.

.

Cara Melihat

.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi. Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu titik berwarna hitam bulat merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

.

Fenomena ini juga boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari. Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara. Ia juga membolehkan orang ramai melihat Planet Zuhrah yang turut dikenali sebagai ‘kejora’ dalam keadaan gelap.

.

Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang. Fenomena lintasan Planet Zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:

16:12

“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.” (Surat An-Naĥl)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Assalamualaikum..saye berminat tgk blog awak…mmg menajubkan……=)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke blog shafiqolbu..

      Jazaakamullah Khair..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: