Gerhana Bulan Separa & Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari Minggu Depan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 .

Sebelum ini rakyat Malaysia dan penduduk di kebanyakan negara telah pun menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011 lepas. Pada minggu hadapan pula kita sekali lagi bakal dapat menyaksikan kejadian ‘Gerhana Bulan Separa’ (Partial Lunar Eclipse). Gerhana Bulan Separa seterusnya hanya akan berlaku semula pada April 2013.

.

Malahan sebagai bonus dari Allah SWT, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada Isnin, 4 Jun 2012 dan berpeluang untuk mencerap planet Marikh dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu, 6 Jun 2012.

.

Subhanallah!!! begitu agungnya ciptaan Allah SWT, sebagaimana Firman-Nya :

16:12

“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.”

(Surah An-Naĥl, ayat 12)

.

.

Fasa-Fasa Gerhana Bulan Separa

Pada 4 Jun 2012, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa apabila Bulan mulai terbit sehingga 9:18 p.m.  Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah di bawah:-

.

.

Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 pm (petang) waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat  memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.

Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada  jam 6:00 pm dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:04 pm.  Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:18 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 8:07 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 pm (malam) tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

.

.

Jadual : Data Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012

(sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH2012.html)

.

Fasa Keterangan Masa

 

P1 Bulan mula memasuki “Penumbra” 04:48 p.m.

U1 Bulan mula mengalami fasa gerhana separa 06:00 p.m.

Maksimum Bulan berada separa dalam “Umbra” 07:04 p.m.

U4 Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra” 08:07 p.m.

P4 Bulan keluar dari “Penumbra” 09:18 p.m.

.

Catatan:

Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap

Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

.

.

.

Fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.48 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.04 malam. Gerhana dijangka berakhir pada 9.18 malam. Gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara terutama ketika waktu Maghrib.

Tidak kira di mana anda berada di Malaysia, sekiranya langit berada dalam keadaan cerah selepas Matahari terbenam, lihat ke arah Tenggara di mana Bulan berada. Anda berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar. Justeru, umat Islam disunat menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Sunat Khusuf) dan paling afdalnya adalah secara berjemaah disertai dengan Khutbah Gerhana Bulan.

.

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan sepertimana sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan.” (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

.

.

Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Sunat Khusuf)

Pendapat mengenai Solat Sunat Gerhana yang dikuatkan oleh Asy-Syaukani, Shiddiq Hasan Khan, Al-Albani dan Ibnu Al-Utsaimin rahimahumullah. Dan Asy-Syaikh Ibnu Al-Utsaimin menyatakan, “Jika kita mengatakan hukum solat gerhana wajib, maka yang nampak wajibnya adalah wajib kifayah.”

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan ‘Solat Sunat Khusuf’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib. Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semulajadi serta menunaikan ‘Solat Sunat Khusuf’. Seksyen Falak JAKIM dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.

.

JAKIM turut meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat Gerhana tersebut berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini. Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana Maklumat mengenai Solat Sunat Gerhana boleh didapati di entri  ‘Solat Sunat Khusuf’.

.

.

Transit Planet Zuhrah

Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada hari Rabu ini bersamaan 6 Jun 2012, planet Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku dan transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang.

Fenomena ini boleh dilihat menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria. Planet Zuhrah akan kelihatan sebagai satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari.

.

Fenomena Gerhana dan Lintasan Planet Zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

13:2
“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).”
(Surah Ar-Rad, ayat 2)

.

Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan dua fenomena falak ini dan menunaikan ‘Solat Sunat Khusuf’ yang amat besar pengajarannya.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Sumber:

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Persatuan Falak Syari Malaysia

BERNAMA

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Khutbah Solat Sunat Gerhana Bulan  (Klik Di Sini)
  2. Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)  (Klik Di Sini)
  3. Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf  (Klik Di Sini)
  4. Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: