Khutbah Gerhana Bulan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Khutbah Gerhana : “Peringatan Allah Melalui Peristiwa Gerhana Bulan”

.

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan dengan diri saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.

.

.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,

Pada hari ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah Fussilat ayat 37:

41:37

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.

 .

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.

.

.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,

Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan agar hamba-Nya tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah.

.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.”  (Riwayat al-Bukhari).

 .

Gerhana bulan merupakan peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya. Kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan  dihimpunkan dan ketika itu berlakunya kiamat.

Firman Allah SWT  dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9:

Maksud: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan”.

.

Oleh itu sebagai umat Islam mimbar menyeru marilah sama sama kita tinggalkan segala perbuatan maksiat sekiranya kita telah terlanjur dan jauhi maksiat sekiranya belum terjebak. Ahmad dan Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila berleluasa maksiat di kalangan umatku, nescaya Allah limpahkan azab di sisinya. Aku bertanya: Ya Rasulullah, sekiranya di kalangan mereka itu terdapatnya orang-orang soleh? Rasulullah SAW menjawab: Benar! Ummu Salamah bertanya: Kenapa orang yang soleh juga ditimpakan azab? Rasulullah SAW menjawab: Mereka ditimpakan azab bersama manusia yang lain kemudian mendapat keampunan Allah dan mendapat keredhaan-Nya”.

.

.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,

Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana  supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

.

Ummul mukminin Saiyidatina Aishah  Radhiallahu ‘Anha  berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: “Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: “Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis”.

.

Mengakhiri khutbah, mimbar  mengharapkan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan cuaca yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii  alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman antaranya:

Pertama: Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam;

Kedua: Memperingati tentang nikmat syurga dan azab neraka;

Ketiga:Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT;

Keempat:Menghitung,mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa; dan

Kelima: Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaan  dan keingkaran mentaati perintah.

.

.

.

.

(KHUTBAH KEDUA)

.

Maksud:Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya, dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur”.

 .

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan dengan diri saya dan juga sekalian yang hadir supaya kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi akan segala larangan-Nya . Semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam al-Quran ayat 46 surah ar-Rum bahawa disediakan kepada umat manusia di bumi Allah ini akan cuaca yang cukup selesa, aliran angin yang membawa berita dengan limpahan rezeki, kapal-kapal dengan muatan barang dagangan bergerak merentasi lautan menyuburkan lagi rezeki kurniaan Allah SWT untuk dinikmati bersama. Semoga dengan pelbagai habuan yang diperolehi itu, melahirkan rasa syukur kita kehadrat Allah SWT.

Allah SWT berfirman :

30:46
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.”  (Surah ar-Rum, Ayat 46)

 .

.

 Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Pada hari ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan  dan taubat kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memulihkan cuaca gerhana bulan yang kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai jemaah sekalian, Semoga selepas perhimpunan ini bermulanya aliran angin yang membawa hujan dan aliran air yang mencukupi keperluan, cuaca dan peralihan musim yang lebih baik untuk dinikmati bersama. Firman Allah SWT dalam surah Saad ayat 36:

38:36

Maksudnya: “Maka Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya”.

.

Mafhumnya: Ya Allah ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia”.

.

.

.

 .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Peringatan Allah Melalui Peristiwa Gerhana Bulan”

(4 Jun 2012 / 14 Rejab 1433H)


.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: