بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Di pagi Jumaat yang mulia ini dihadiah dan dikongsikan Doa Melembutkan Hati. Sama ada hati sendiri, suami, isteri, anak atau sesiapa sahaja.
.
.
Yang penting ialah yakin dengan Allah SWT dan faham bahawa ayat tidak punya apa-apa yang memakbulkan itu Allah jua…
Kongsikan dan sebarkan sebab dengan ilmu yang disebarkan itu anda mungkin dimasukkan ke syurga. Amin.
‘
Sumber:
~ Facebook Dr. Hj. Tengku Asmadi ~
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
.
Posted by puteri on 06/10/2012 at 5:08 pm
assalamualaikum ustaz.
sy nak tya, bagaimana nk amalkan doa melembutkan hati suami jika suami saya duduk jauh dari saya…maksud sy kami duduk berasingan kerana faktor kerja..
harap sgt ustaz dapat membantu kerana kami sedang dilanda krisis dan suami sy nk ceraikan saya..harap ustaz dapat membantu..
Posted by Shafi-Q on 14/10/2012 at 11:51 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Puteri amalkanlah Yasin 7 Mubin dengan diniatkan tujuannya dalam pembacaan…di samping diamalkan;
Doa Kasih Sayang
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبِّي فِى حُبِّهِ وَحُبَّهُ فِى حُبِّي وَاجْمَعْ حُبَّنَا فِى حُبِّكَ وَعَلى مَحَبَّتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Ya Allah! Jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintai-Mu dan di atas kecintaan-Mu; Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!”
Doa di atas boleh diamalkan pada setiap selepas solat fardhu atau solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Ayat-ayat Doa Pengasih Untuk Suami /Isteri
1) Surah Yusuf ayat 4
2) Surah Thahaa ayat 39
3) Surah ar-Rum ayat 21
4) Surah al-Imran ayat 31 & 200
5) Amalkan membaca 7 kali pagi dan 7 kali petang, Surah at-Taubah ayat 129
6) Dibaca 3 kali selepas solat fardhu, Surah al-Hasyr.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by puteri on 16/10/2012 at 4:06 pm
syukran ya ustaz sudi membantu…
sy nk tya, surah thahaa ayt 39 tu, bermula dari jim kecil@dr awal ayat?
sbb sy ada terbaca, ada yg bgtau dr jim kecil, ada jgk yg dibaca dr awal..
Posted by Shafi-Q on 17/10/2012 at 2:17 pm
Ayat tersebut dibaca bermula dari jim kecil;
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي ﴿٣٩
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
Posted by puteri on 18/10/2012 at 6:10 am
syukran ustaz.beri sy tunjuk ajar..Alhamdulillah sjk jpa blog syafiqolbu, byk yg sy dapat pelajari dan telah sy amalkan..syukur sy diberi petunjuk& hidayah dr Allah…sy doakan saudara ustaz akan diberkati & dan diberi kebahgiaan dunia dan akhirat…amin..
Posted by bantu saya on 22/10/2012 at 1:12 pm
Assalamualaikum ustaz… saya mempunyai masalah dengan sahabat baik saya. Sebelum ni kami rapat dan mesra macam biasa. Tapi, sejak 2 bulan ni, dia berubah dan ingin menjauhkan diri dari saya dan apabila ditanya, dia pun tak tau apa sebabnya.. dia tidak membenarkan saya berjumpa dgn nya lagi.. macam mana saya nak buat? kalau ingin dibuat air minum.. susah nak bg dia minum.. Demi Allah, saya sygkan persahabtan kami ustaz..
Posted by Shafi-Q on 30/10/2012 at 10:21 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Hafiz, setiap perkara yang berlaku samada permasalahan atau kesenangan dalam kehidupan kita adalah dalam ketentuan Allah SWT. Berhubung dengan persoalan saudara dengan sahabat baik..suka diingatkan sesuatu yang terjadi mesti bersebab. Cuba renungkan kembali dan bermuhasabah diri secara jujur mungkin ada perkara-perkara yang Hafiz lakukan telah menyinggung perasaan sahabat tersebut.
Di samping itu berdoalah kepada Allah melalui Solat Taubat, Hajat dan Istikharah agar diberi petunjuk dan jalan penyelesain. Kita sering kurang mengenali siapa orang yang rapat dengan kit selama ini.. sehinggalah kita kehilangannya dan ambil ia suatu hikmah yang besar…
Seperti kisah seorang tua Yahudi yang buta dengan Rasulullah SAW berikut:
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyambung perlakuan Baginda yang selalu memberi makan kepada seorang tua Yahudi yang buta. Bila Saidina Abu Bakar beri makan kepada orang tua Yahudi yang buta itu, lalu dia berkata; “Kamu bukan orang yang selalu menyuap aku makan kerana yang selalu suap biasanya menghancurkan makanan itu dahulu sebelum menyuapkannya ke dalam mulutku.”
Lalu Saidina Abu Bakar pun menangis lalu berkata memang benar.. dan berkata bahawa yang selalu menyuapkan orang tua yang buta itu ialah Baginda Rasulullah SAW. Lalu orang tua itu pun terus menangis teresak2 juga dan terus mengucap dua kalimah syahadah.. Orang tua itu selalu berkata pada Rasul bahawa kini ada orang bawa agama baru, namanya Muhammad, jangan ikut dia.. walaupun begitu Rasul tetap membisu dan tetap memberinya makan..
Allahu Akhbar.. betapa besarnya sunnah, pengajaran dan moral cerita yang boleh kita ambil dari kisah ini!
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Insaf on 31/10/2012 at 12:35 pm
Salam ustaz,
saya nak minta pertolongan ustaz. Sekarang ni saya dilanda krisis rumah tangga. Tapi ini semua berpunca dari saya sendiri. Saya byk berbuat dosa dgn Allah dan isteri saya. Saya telah menduakan isteri saya. Namun Alhamdulillah Allah dah beri kesedaran kepada saya. Tapi sudah terlambat untuk saya kerana saya sedar setelah isteri saya mengetahui benda ni. Sekarang ni isteri saya asyik berulang kali meminta utk dilepaskan tapi saya tak sanggup berbuat begitu kerana saya masih sayangkan isteri dan anak saya. Macam mana saya nk buat ustaz?… macam mana saya nak menangi semula hati isteri saya… Memang kesalahan saya buat ni salah yg besar kerana saya menduakan isteri dgn berkawan dgn isteri org… Namun saya telah betul2 insaf dan mahu memberi sepenuh perhatian kepada isteri saya dan keluarga saya. Demi Allah saya masih sygkan isteri saya dan keluarga saya. Saya harap ustaz dapat membantu…
Posted by Shafi-Q on 07/11/2012 at 1:43 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah… Dengan kesedaran yang ada itu, Sdr. sewajarnya mengadu kepada Allah Ta’ala..jagalah hubungan denganNya, dengan memperbanyakkan qiamullail, bertaubat dan menjaga kewajipannya terutama solat 5 waktu dan sebagai ketua keluarga sebenar..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by siti zulaikha on 02/11/2012 at 9:10 pm
asskulam uztaz sye minta tolong suami saye suka lari umah tak balik sampai sebulan kadang lebih dari sebulan suka merajuk harap ustaz boleh tolong sye
Posted by Shafi-Q on 10/11/2012 at 8:37 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Siti dapatkan bantuan daripada orang yang disegani suami bagi menasihatkannya..
Posted by fara on 04/11/2012 at 11:55 pm
Assalamualaikum ustaz..
sy nk ty mcm mna sy nk atasi maslah mk mertua sy ni..makmertua sy ni,suke cari kesalahan sy..ada je yg x kene,suke perli2 sy..bila sy buat salah ckit dah x berckap ngan sy,sy tpun x nk angkat..ape perlu sy buat untuk die lembutkan ati die tu..kalau blh sy nk die layan sy mcm mna die layan menantu lelaki die..
Posted by Shafi-Q on 11/11/2012 at 12:12 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Fara sentiasa amalkanlah doa di atas dan mengadulah pada Allah SWT melalui solat malam, di samping belajarlah menyayangi mertua melebihi ibu sendiri dan jangan peduli dan letakkan harapan dilayan seperti menantu lelaki..agar tak kecewa dan merana diri…. InsyaAllah suatu hari nanti, akan terbuka mata hati mertua atas kesabaran Farah itu.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by aisyah on 13/11/2012 at 10:17 am
Assalamualaikum…saya ada sedikit pertanyaan..adakah doa ini boleh diamalkan oleh orang yang belum mendirikan rumah tangga?maksud saya jika kita jatuh hati pada seseorang dan niat kita ikhlas untuk bersama dengannya…dia juga ada bagi respon yang baik tetapi tidak ada menunjukkan tanda2 untuk serius.adakah doa ini boleh digunakan untuk membuka pintu hatinya dan bagaimanakah caranya?
terima kasih
Posted by Shafi-Q on 14/11/2012 at 11:01 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Doa ini boleh digunakan kepada seluruh makhluk…dan adalah lebih berkesan jika Aisyah lakukan juga Solat Hajat dan Istikharah di 1/3 akhir malam.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by mawar on 20/11/2012 at 6:47 am
Assalamualaikum Ustaz, saya selalu mengikuti blog Ustaz dan saya amat berterima kasih pd Ustaz sbb byk memberi ilmu pd semua insan2 yg cetek ilmu ugama serperti saya, Alhamdulilah doa2 yg Ustaz tulis kdg2 sy blh baca kdg2 takut salah baca sbb saya x berapa mahir lagi membaca dlm bahasa arab sedang dlm proses pembelajaran..saya nak minta tlg ustaz tlg tulis dalam bahasa roman blh tak supaya saya senang nk hafal sbb saya lebih selesa membaca dlm bahasa arab dari bahasa msia tapi x pandai nak mengeja sgt.. Terima kasih ustaz..
Posted by angah on 02/01/2013 at 8:35 pm
assalamualaikum ustaz,,,bagaimana cara nak buat doa diatas itu andai insan itu jauh dari kita,,ada saya baca caranya pejamkan mata bayangkan wajah insan itu dan tiup ditengkuknya,,maksud tiup ditengkuknya itu adakah dalam bayangan tersebut atau bagaimana caranya??saya sedikit keliru,,terima kasih,,,
Posted by Shafi-Q on 10/01/2013 at 3:07 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Lakukanlah secara makrifat iaitu dengan membayangkan orangnya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by ridzscha nischa on 06/01/2013 at 1:43 am
nk tnye ni ustaz…sy ini ada kekasih tp hati telalu degil utk brubh… bagaimana sy nk lembutkan hati nya ye…
Posted by Shafi-Q on 10/01/2013 at 3:28 pm
Lakukan solat Hajat dan belikan buku-buku agama disamping mengajaknya ke majlis2 ilmu…
Posted by nurul on 11/01/2013 at 11:18 am
salam ustaz..
semoga ustaz sihat hendaknya. sy nk tnya, sy dah bertunag dan mengalami krisis, tunang sy ada org lain di belakang sy, bila sy nk cuba mintak penjelasan dia seolah melarikan diri dan marah2 sy. bagaimana sy hendak wat untyk melembutkan hati dia supaya keadaan blik semula ke asal?
Posted by Shafi-Q on 13/01/2013 at 2:41 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Mohon jalan penyelesaian terbaik kepada Allah SWT melalui Solat Hajat dan Istikharah. Minta juga doa restu dan ibu bapa Nurul melakukan solat yang sama.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by JN on 31/01/2013 at 2:09 pm
Assalamualaikum ustaz. Saya nak bertanya. Bagi surah al harsh tersebut, ada yang menyuruh kita meletakkan nama seseorang selepas ayat ” Lau An zal naa haa zal qur a na (nama orang tersebut) a’ laa ja ba lin …….. dan dibaca seterusnya hingga akhir ayat. Apabila saya meneliti maksud ayat tersebut dengan meletakkan nama orang di pertengahan ayat itu, saya takut sekiranya ayat yang saya baca itu terpesong. Boleh ustaz beritahu saya, boleh ke kalau kita nak letak nama orang diantara ayat tersebut? saya sedang cuba melembutkan hati kawan saya yang sedang marah dengan saya.
Lagi satu, boleh ke kalau saya berdoa seperti ini; ” Ya Allah, lembutkanlah hati (nama seseorang disusuli dgan niat – supaya kami dapat berbaik semula) sebagaimana engkau melembutkan bagi Daud akan besi”. Terima kasih!
Posted by Shafi-Q on 01/02/2013 at 1:22 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Perkara tersebut hanya khafiatnya (cara mengamalkan) sahaja, boleh dilakukan dengan niat untuk berdoa kerana Allah Ta’ala dan doa terakhir itu amat baik jika diamalkan..
والله أعلم
Wallahu A’lam
Posted by JN on 01/02/2013 at 11:25 pm
terima kasih. lagi satu kan ustaz, kawan saya tu jauh. kalau saya cuba nak bygkan wajah dia tu agak susah sikit sbb saya tak reti nak membayangkan sesuatu. jadi kalau saya cuma baca doa yang ustaz beri selepas solat fardhu sahaja, adakah ia memadai? dan jika hampir setiap waktu saya berdoa agar dia dilembutkan hati cthnya sblm tdur, pada waktu lapang, adakah ia melampaui batas?
Posted by azam on 23/02/2013 at 3:25 am
Asalamualaikum Ya Ustaz,,bleh x surah taha ini digunakan untuk melembutkan hati majikan??harap balas ya uztaz..
Posted by Shafi-Q on 26/02/2013 at 6:42 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Insya-Allah, Akhi Azam boleh usahakan dengan penuh keyakinan..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Perindu on 30/03/2013 at 1:01 am
Assalamualaikum ustaz,
Saya tgah cari doa rindu dan pembuka hati utk sseorang. Kami berdua dh berpisah sbb nk belajar, tp kdua2 kami masih pegang jnji utk brkahwin. tiap2 mlam mst saya rindukan dia. Jd saya harap ustaz dpat bantu saya dgn doa rindu dn pembuka hati, in sha Allah. Terima kasih.
Posted by Shafi-Q on 14/04/2013 at 12:32 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Berikan fokus utama pada pelajaran..di samping itu bacalah doa di atas, banyakkanlah membaca Al-Quran, tahajjud dan qiamullail
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Dee Yusof on 02/04/2013 at 1:24 pm
Salam Ustaz, saya ada seorang anak lelaki berusia 20 tahun. Berbanding adiknya, dia sangatlah liat untuk sembahyang 5 waktu. Dia pernah sembahyang dulu tetapi sejak kebelakangan ini menjadi terlalu malas dalam segala hal termasuk kebersihan diri, kecuali makan – memang dia tak pernah lupa. Saya bimbang dengan keadaan dia sekarang. Apa jalan terbaik untuk membuatkan dia terbuka hati untuk solat? Terima kasih
Posted by Shafi-Q on 14/04/2013 at 12:57 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Ana bukanlah seorang yang selayaknya dalam bab ini, Ukhti Dee bolehlah dapatkan dari mereka yang berkenaan… walau bagaimanapun cadangan ana:
1. Jangan sesekali bandingkan dia dengan adiknya
2. Nasihat dengan berhemah sewaktu anak dalam keadaan tenang
3. Lakukan solat berjemaah atau sama2 pergi ke masjid/surau
4. Pasangkan CD ceramah agama yang berkaitan
5. Usah dilupa doa ibu itu mustajab…rajin2kanlah berdoa, bertahajjud dan qiamullail…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by puteri islam on 06/04/2013 at 10:53 am
Salam ustaz saya ingin meminta pertolongan untuk majikan saya, yakni agar dia menjaga dan menunaikan solat 5 waktu kerana saya merasa tertekan apabila dia
bukan drpda kalangan orang2 yg menunaikan solat ia menjadi masalah kepada sya
kerana di tempat kerja tiada tmpt solat dan dia juga kerap melayari laman lucah.
Terima kasih ustaz.
Posted by Shafi-Q on 09/04/2013 at 1:51 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Perdengarkanlah ceramah2 agama dan bacaan buku yang berkaitan…boleh juga hadiahkanya dengan bahan tersebut.
Solat boleh dilakukan dimana saja, asalkan ada cukup ruang untuk bersujud dan menghadap kiblat…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by mira on 02/05/2013 at 3:56 pm
Assalamualaikum ustaz…saya ingin bertanya bagaimana saya hendak melembutkn hati sahabat saya yg sudah lama berkwan…tiba2 hatinya tawar dan ingin memutuskn persahabatan itu dengan saya??sedangkn kmi sudah pun berbincang untk mendirikan rumah tangga…hubungan kami tidak pernah ada masalah…contohnye pergaduhan…kami saling memahami antara satu sama lain…apakah doa yg harus saya amalkan untuk melembutkn hatinya semula untk kembali seperti dulu??t.kasih…
Posted by mira on 02/05/2013 at 5:58 pm
Assalamualaikum ustaz…saya ingin mengetahui apakah keadaan yg saya alami ini adalah satu dugaan sementara dari Allah..kerana saya sudah 11 tahun berkawan dan tidak pernah ada apa2 masaalah dlm hubungan kmi…kmi saling memahami antara satu sma lain dan tidak pernah bergaduh…tetapi baru2 ini dia secara tiba2 memutuskn perhubungan kami dan mengatakn hatinye sdah tawar…tdk seperti dahulu…sedangkan dia tidak ada hubungan dgn wanita lain..dia juga mengatakn yg sya tidak ada salah apa2… Tetpi dia tidak tahu knp hatinye tdk merasa cinta kpd saya seperti dahulu…hal ini juga berlaku secara tiba2 kerana sebelum perkara ini terjadi saya masih berbaik seperti biasa dgnnya dan kmi juga sudah berbncg utk menamatkn zaman bujang kami…jadi apakah yg harus saya lakukn untk melembutkan hatinye kerana demi Allah saya sgt menyayanginya…dan inginkn hubungan kembali seperti dulu…apakah zikir atau doa yg harus saya baca untuk lembutkan hatinya…dan apa yg perlu saya lakukan? T.kasih..
Posted by ira on 03/05/2013 at 1:27 pm
Assalamualaikum ustaz…saya mempunyai sedikt masalah dengan teman lelaki saya…kami baru berpisah kerana teman lelaki sya telah dibuat sesuatu oleh seseorg yg ingin hubungan kmi terlerai…saya ingin tahu bagaimana cara utk saya kembali bersama die seperti dahulu…apakah yg harus sya lakukan?dan apakah surah atau zikir yg harus sya amal supaya hatinya lembut kembali dan apakah zikir atau surah yg boleh melindungi hubungan saya dengannye dripada gangguan org yg ingin menghancurkan hubungan kmi?saya berharap agar hubungan kmi kembali seperti dulu kerana selama berkawan kami memang tidak mempunyai masalah malah saling memahami antara satu sama lain
Posted by fiq on 26/05/2013 at 8:58 pm
salam ustz macm mane nk lembutkn hati seseorang yang dah tinggalkan kite. supaye die terime kite kembali?? harap ustz dpat membantu..
Posted by Shafi-Q on 03/06/2013 at 1:17 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amalkanlah membaca Yasin 7 mubin dan doa di atas dalam Qiamullail..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by aryani on 20/06/2013 at 8:17 pm
Salam..ustaz,
mohon pendapat dari ustaz bagaimana cara saya nak lembutkan hati kawan lelaki saya supaya kami dapat mengeratkan kembali hubungan kami.kami ada selisih faham beberapa bulan yang lepas dan sehingga sekarang hubungan kami semakin jauh.saya berharap hubungan kami dapat berbaik kembali dan kekal hubungan ini hingga ke akhir hayat kami.apa yang perlu saya amalkan untuk membuka dan melembutkan kembali hati kawan saya supaya menerima saya kembali.kerjasama dari pihak ustaz amat diharapkan.terima kasih.
Posted by azam on 27/06/2013 at 5:08 pm
Assalammulaikum Ustaz, isteri telah menghilangkan diri sejak seminggu yang lepas. Walau saya cuba untuk menghubunginya dia tetapi tetap tidak dapat. saya amat merindui isteri saya, mohon nasihat ustaz dalam hal ini.
Posted by Shafi-Q on 01/07/2013 at 10:28 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bangunlah bertahajjud mengadu pada Allah SWT disamping memuhasabah diri, berusaha mencari dan laporkan kepada polis…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by ummi hannan on 02/07/2013 at 1:22 pm
salam ustaz mohon dihalalkan utk saya copy ye..dan utk sy share dgn sahabat yang lain..
Posted by siti on 13/07/2013 at 10:37 pm
Salam , ustaz . Bolekah saya guna kan doa ini untuk melembutkan hati ibu saya untuk dia menerima jodoh pilihan hati saya. Saya sudah istikarah dan sudah dpt petunjuk . Tetapi ibu saya masih tidak menerima jodoh pilihan hati saya. Rancangan kami untuk berkahwin tahun hadapan. Mohon didoakan juga ya ustaz.
Posted by Shafi-Q on 15/07/2013 at 7:06 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
InsyaAllah, Boleh…
“Ya Allah! Dikau kuatkanlah jodoh mereka berdua, andai ianya membawa kebaikan kepada agama dan keluarganya.”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by siti on 17/07/2013 at 4:08 am
Amin . Terima kasih ustaz .
Posted by zaharani on 14/07/2013 at 6:48 pm
Assalamualakum ustaz. Suami saya terpikat dgn perempuan lain di tempat kerjanya. Sudah hampir 2 thn saya memendam rasa dan akibat tidak tertahan dengan keadaan itu baru baru ini saya telah menegur sikapnya itu. Sejak itu suami saya menjadi seorang yg pemarah. Saya telah meminta maaf dari suami saya tapi keadaannya tidak pulih seperti biasa. Apakah yang patut saya lakukan untuk menyejukkan hati suami saya itu. Mohon bantuan dari ustaz……
Posted by Shafi-Q on 19/07/2013 at 1:07 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Berisyiqamahlah berqiamullail dan mohonlah pada Allah SWT di samping terus ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by zaza mulian on 12/08/2013 at 7:10 pm
Assalamualaikum ustaz,
Saya merupakan seorang usteri kedua dan telah berumahtangga hampir 2 tahun lebih. Byk dugaan yg terpaksa saya hafapi sepanjang tempoh tersebut adakalanya saya hilang pertimbangsn dan mohon agar suami melepaskan says sekiesnya beliau x dpt berlaku adil pd saya. Akhirnya suami melafazkan ayat ini ‘kalau susah2 sgt kita bawsk haluan masing2″. Kini hampir lebih 2 bulan suami tidak pulang ke rumah. Telefon pun sekali sekala shj padahal umah kami tidak jauh antara 1 sama lain. Saya nasih saysngkan suami saya ustaz dan berharap ustaz boleh memberikan pandangan ustaz.
Terima kasih ustaz.
Posted by fidah on 17/08/2013 at 7:05 am
Assalamu alaikum ustaz ,saya nak tanya ibu saudara saya saorang janda kematian suaminya ,dia tidak mempunyai anak ,dia duduk saorang diri dirumahnya ,sudah puas saya nasehat supaya duduk dirumah saya,tapi dia berdegil tak mahu keluar dari rumahnya,saya bimbangkan kesehatannya ,adakah cara2 yang dapat melembutkan hatinya ?ataupun doa2 yang dapat saya pohonkan supaya dapat melembutkan hatinya
Posted by Shafi-Q on 06/09/2013 at 12:11 am
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Selain diamalkan doa di atas..Ukhti Fidah boleh lakukan solat hajat dan Yassin 7 mubin…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by damia on 02/07/2014 at 3:08 pm
Salam, apakaj itu 7 mubin
Posted by Shafi-Q on 03/07/2014 at 11:30 pm
Lihat di sini:
https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/27/khasiat-dan-fadhilat-yasin-7-mubin/
Posted by Ilusi Sepi on 29/08/2013 at 3:57 pm
assalammualaikum ustaz.saya berkawan dengan seorang jejaka..alhamdulillah perhubungan kami direstui ahli keluarga kedua pihak..cuma tunggu masa untuk diijab kabulkan..tetapi sejak kebelakangan ini dia seperti berubah hati..bila berjumpa membisu seribu kata..panggilan saya bertalu talu dia tak jawap..sms saya dia tak jawap..saya tak tahu apa kesalahan yang telah saya lakukan sehingga dia berubah secara drastik begini..apa yang perlu saya lakukan ustaz..jujur dan ikhlas saya sayangkan perhubungan kami ini
Posted by Shafi-Q on 31/08/2013 at 11:14 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Usah terlalu mendesak dan menekannya…gunakan kaedah diplomasi berbincang secara baik dan cuba ketahui permasalahannya.. berkemungkinan disebabkan masalah kewangan atau kerjaya…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by perindu syurga on 26/02/2014 at 11:31 am
salam ustaz.. saya ingin bertaya kepada ustaz mengenai masalah saya ini yang sering di tinggalkan oleh suami boleh dikatakan setiap hari.. hanya pada waktu malam malam sahaja suami saya akan balik ke rumah untuk tidur.masa dia banyak di habiskan dengan kerja-kerja tabligh. memang kerja dia buat itu bangus tetapi masa dia bersama isteri tiada. apabila perkara ini berlaku saya selalu makan hati dan sering bertengkak. apabila saya bercakap mengenai masa saya dengan dia.dia selalu cakap hidup ini sementra sahaja yang kekal adalah akhirat. jadi kita kana buat amalan banyak-banyak untuk kesenangan di Sana.saya nak mintak pendapat ustaz macam mana saya nk menyelesaikan masalh saya ini dan ada tak doa yang khusus untuk saya baca supa suami saya lembut hati dan berlaku adil antara kerja tabligh dengan isteri.
Posted by nurul on 16/07/2014 at 6:33 pm
Assalamualaikum..
Sy nak bertanya..sy nak amalkan doa ini kpd ibu sy kerana dia tidak dapat menerima tunang sy sebagai jodoh sy..biarpun sebelum ini dia menerima dan menyukai tunang sy ini..bolehkah sy bacakan doa ini pada makanan yg akan diberikan kepada ibu sy..ataupun ustaz ada cara lain yg boleh diamalkan..terima kasih atas bantuan ustaz..
Posted by Shafi-Q on 25/07/2014 at 2:50 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Insya’Allah, boleh sebagai suatu usaha ikhtiar di samping solat hajat.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Nur Arshad bin nazri on 24/09/2016 at 9:25 am
assalammualaikum wbt ustaz..sye ingin meminta nasihat dri ustaz..mcm mne nk tenangkn hati tunang sye ustaz..sejak dua menjak ni kami selalu bertengkar dan xde kesefahaman..bnda ni jadi apabila sye terlepas cakap…dengan beliau..selepas beliau kerap call sye time keje time sye busy…ap yg harus sye buat ye ustaz..sye dh buntu skrng ni ustaz