Apakah Itu Gelatin?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

A. Kenali Gelatin

.  

Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pembuatan gelatin bermula dari usaha menambah-nilai sisa tulang yang biasanya tidak diguna dan dibuang di rumah pemotongan haiwan. Gelatin merupakan suatu jenis protein yang dihasilkan dari rangkaian kolagen kulit, tulang atau ligamen (tulang rawan) haiwan.

.

Kini penggunaan gelatin begitu meluas di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik.  Kegunaan gelatin dalam industri makanan bertujuan untuk mengatasi permasalahan yang timbul khususnya dalam mempelbagaikan produk dan kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan juga teknikal. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

.

.

B.    Dua Jenis Gelatin

Terdapat dua jenis gelatin yang boleh dikategorikan dalam 2 prinsip asas, berdasarkan sifat bahan asas pembuatan gelatin iaitu cara alkali dan asid;

.

1.     Gelatin ‘Type A’

Didapati dengan cara pengasidan, iaitu untuk menghasilkan gelatin jenis A (Acid). Jenis A ini kebanyakannya diperolehi daripada kulit babi, tapi ada juga beberapa kilang yang menggunakan bahan berasaskan tulang. Kulit dari babi muda tidak memerlukan penggunaan alkali yang intensif kerana rangkaian belum terikat kuat. Ia cukup direndam dalam asid lemah (cair) (HCl) selama sehari untuk dineutralkan dan setelah itu dicuci berulang kali sehingga asid dan garamnya hilang.

.

.

2.     Gelatin ‘Type B’

Cara kedua pula dilakukan untuk menghasilkan gelatin jenis B (Base), yang mana sumbernya dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau. Mula-mula bahan tersebut diproses dengan merendamkannya beberapa minggu atau bulan dalam kalsium hidroksida; maka dengan ini ikatan rangkaian kolagen akan mengembang, terasing dan terurai. Setelah itu bahan dineutralkan dengan asid sehingga hilang alkalinya, kemudian dicuci bagi menghilangkan garam yang terbentuk. Setelah itu barulah dilakukan proses pengekstraskan dan proses yang lain. Gelatin jenis ini disebut juga sebagai ‘beef bovine’ atau ‘bovine’.

.

.

C.    Sembelihan Syarak

.

Persoalannya ialah dalam penghasilan gelatin, sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin.

.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi masyarakat Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

.

.

D.    Manfaat gelatin

.

Gelatin sangat diperlukan dalam kepelbagaian bahan produk makanan, kerana nilai zatnya yang tinggi, terutama dengan tingginya kadar protein khususnya asid amino dan rendahnya kadar lemak. Gelatin kering mengandung kira-kira 84 – 86% protein, 8 – 12% air dan 2 – 4% mineral. Dari 10 asid amino essensial yang diperlukan tubuh, gelatin mengandungi 9 asid amino essensial, asid amino essensial yang hampir tidak terkandung dalam gelatin iaitu triptofan.

.

Penggunaan gelatin sangat meluas kerana gelatin bersifat serba boleh, iaitu boleh berfungsi sebagai bahan pengisi, pengemulsi (emulsifier), pengikat, pengendap dan mempertingkatkan zat. Sifatnya juga fleksibel iaitu dapat membentuk lapisan tipis yang elastik, membentuk filem yang transparan, kukuh dan kuat, kemudian sifat penting lain iaitu daya pencernaannya yang tinggi.

.

.

E.    Jenis-Jenis Produk Yang Menggunakannya

.

Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Gelatin juga banyak digunakan oleh industri farmaseutikal, kosmetik, fotografi, jeli, gula-gula lembut, kek, Puding, susu yogurt, filem fotografi, pelapis kertas, dakwat inkjet, mancis api, gabus, pelapis kayu untuk interior, getah plastik, simen, kosmetik adalah contoh-contoh produk industri yang menggunakan gelatin.

.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

.

1)  Produk makanan secara am: berfungsi sebagai zat pengental, penggumpal, membuat produk menjadi elastik, pengemulsi, penstabil, pembentuk buih, pengikat air, penyalut nipis dan memperkayakan zat.

2)     Produk daging proses: berfungsi untuk meningkatkan daya ikat air, konsistensi dan kestabilan produk sosej, kornet dan ham.

3)   Produk susu proses: berfungsi untuk memperbaiki tekstur, konsistensi dan kestabilan produk dan mengelakkan sineresis pada yoghurt, ais krim, dadih, keju cottage dan butter.

4)     Produk bakery: berfungsi untuk menjaga kelembapan produk, sebagai perekat bahan pengisi pada produk roti, kek dan pai

5)     Produk minuman: berfungsi sebagai penjernih sari buah (juice), sirap, bir dan wine.

6)     Produk buah-buahan: berfungsi sebagai pelapis (melapisi pori-pori buah sehingga terhindar dari kekeringan dan kerosakan oleh mikrob) untuk menjaga kesegaran dan awetan buah.

7)    Produk gula-gula dan produk sejenisnya: berfungsi untuk menetapkan konsistensi produk, menetapkan daya gigit dan kekerasan serta tekstur produk, menetapkan kelembutan dan daya melekat di mulut seperti gula-gula getah (Chewing gum).

8)    Produk makanan bersos: Bagi menghasilkan kekentalan yang lebih tinggi pengeluar kicap dan sos menggunakan gelatine,

9)    Produk farmaseutikal: Di bidang farmasi, gelatin digunakan sebagai pembentukan dan pengerasan serta kekentalan tekstur sarung kapsul dan ubat-ubatan.

.

.

Di pasaran dunia, terdapat sebanyak 70 peratus gelatin diperbuat dari kulit babi. Di Malaysia, gelatin yang sudah mendapat sertifikasi halal dari JAKIM hanya yang dibekalkan oleh Syarikat HalalGel dan Hagecaps sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak.

.

Dengan itu masyarakat Islam wajib berwaspada dalam memilih dan membeli produk-produk makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: