Tanda Makanan Bersumber Babi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Sekiranya anda membeli barangan, jadikanlah kemestian melihat dan membaca segala maklumat yang terdapat pada luaran bungkusan, botol atau kotak barangan yang dibeli.

.

Pilihlah produk yang disahkan halal oleh pihak yang berautoriti seperti JAKIM, Jabatan Berkuasa Agama Negeri dan sebagainya. Umat Islam hendaklah menjauhi produk haram dan subhah yang sering menyelinap ke dalam barangan kepenggunaan.

.

Firman Allah SWT:

23:51

“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”  (Surah al-Mukminun 23; Ayat 51)

.

Banyak syarikat-syarikat pengeluar yang liat memohon sijil logo sah halal untuk panduan umat Islam tetapi mereka begitu perihatin terhadap masyarakat agama lain.

.

.

Perhatikan ‘Bulatan Merah’ di dalam simbol merah persegi yang dilabelkan pada bungkusan produk coklat seperti Bounty bar Chocolate, Marikh dan Sneaker. Ia dipaparkan secara khusus di belakang sebelah kanan bawah. Begitu juga produk-produk syarikat berlainan yang menggunakan simbol berbeza tetapi tujuannya adalah sama.

.

.

Mereka meletakkan simbol ini sebagai tanda amaran kepada golongan vegetarian bahawa makanan tersebut mempunyai kandungan bahan-bahan bukan vegetarian, tetapi hakikat sebenarnya adalah simbol-simbol ini bermaksud bahawa produk-produk itu mengandungi gelatin yang berasal dari SUMBER BABI!!

.

Di Malaysia, terutamanya pada Tahun Baru Cina amat terkenal dengan sajian tradisi ‘Yee sang’. Banyak hotel, restoran dan rumah2 masyarakat Cina menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera, konon  untuk memupuk ‘tuah’ bagi tahun berikutnya.  Tetapi sebaliknya ia membawa malang bagi umat Islam yang memakannya kerana minyak yang digunakan untuk mencelur sayuran supaya nampak segar dan campuran minyak bersumberkan babi turut digunakan sewaktu mengaul dan melambung ‘Yee sang’.

Walaupun ada segelintir menggunakan minyak zaitun terutama di kalangan Cina Muslim tetapi sesetengah daripada pengusaha makanan, hotel dan restoran menyalahgunakan ‘simbol vegan’ (seperti gambar utama di atas) dan kebanyakannya tidak menafi menggunakan campuran lemak/minyak binatang tersebut dalam pruduk  ‘Yee sang’ mereka.

.

Firman Allah SWT:

39:9

“…Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”  (Surah az-Zumar 39; Ayat 9)

.

Rasulullah SAW pernah menasihati Saad dengan sabdanya; ‘Hai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doanya. Demi Muhammad di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seseorang hamba memasukkan yang haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah SWT amalnya selama empat puluh hari. Mana-mana hamba yang darah dagingnya tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih layak baginya. (Riwayat At Tabarani – Matan Arbain)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:

1.  Apakah Itu Gelatin?  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

2 responses to this post.

  1. Posted by ILOVEALLAH on 06/11/2012 at 9:52 pm

    Assalamu’alaikum Tuan.. Saya ingin tanya lagi ya. Maafkan saya kerana soalan saya ini bukan termasuk dalam tajuk di atas. Masalahnya begini tuan, saya berniaga restoran halal di luar negara (kemboja) selama hampir 10 tahun. Dan hari ni ada seorang client saya yg hanya budak terpijak najis tahit anjing kedalam kedai saya. Lalu dia pergi basuh di bilik air kedai saya. Soalannya apakah saya harus buat tuan? Yang saya pernah dengar kalau kita terkena najis kena basuh 7kali yang pertamanya dengan tanah. Tetapi kalau dengan lantai rumah/kedai kita bagaiman juga? Mohon penjelasan ya 🙂 jazakallah.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Maaf ana terlepas pandang soalan ini dan lewat membalasnya …..

      Najis anjing termasuk ke dalam najis berat (Mughallazah). Jika memang jelas terdapatnya najis tersebut, maka perlulah dibuang najis itu terlebih dahulu. Seterusnya jirus tempat yang kena najis itu dengan air tanah kemudian dibasuh pula dengan 6 kali basuhan air mutlak (bersih).

      Ini adalah langkah selamat bagi mengelakkan pijakan najis tersebut terbawa ke tempat solat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: