Selamat Datang Syaaban

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

.

Rejab bakal berlalu, manakala Maghrib nanti Syaaban 1434 H pula menjelma. Moga diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan. Rasulullah SAW menyarankan umatnya banyakkan berdoa terutama bila tiba tiga bulan ini;

للَّهُمَّ بَارِكْ لَــنَا فـِىْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

 “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 

(HR Ahmad dan At Tabrani, daripada Anas)

.

Antara keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan memperbanyakkan amal ibadah dan kebajikan seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW yang patut dicontohi, dimana ianya merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

.

Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda lebih banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain.

Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain?

Baginda SAW bersabda: “Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Allah, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”. (HR An-Nasaie r.a.)

.

Maka marilah rebut peluang dan kelebihan yang ada di bulan Syaaban dengan kita sama-sama berpuasa pada awal Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kerana antara hikmahnya adalah;

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir Syaaban, maka Allah kurniakan pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

.

Kelebihan yang Allah SWT berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi hamba yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah mencari keredaan Allah SWT.

.

Walaupun sesetengah amalan dianggap sukar kerana menguji ketahanan emosi, mental dan fizikal; ganjaran jika mampu melakukannya sangat besar. Allah yang Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi:

  1. Mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka.
  2. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka.
  3. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan.

.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.”

.

Jadikanlah bulan ini sebagai permulaan untuk mendidik, melatih dan mentarbiah peribadi agar lebih cekal, kental, bersabar dan istiqamah dalam menempuh sebarang ujian, cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui apabila menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

.

Wassalam

Shafiqolbu

30 Rejab 1433H.

Advertisements

One response to this post.

  1. […] Selamat Datang Syaaban  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: