$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.”

Habis sahaja belajar, majoriti dari anak muda di Malaysia pasti berhutang. Kerja tidak sampai 3 bulan, sudah tambah satu lagi jenis hutang dan selalunya hutang kereta. Apabila ingin berkahwin, maka bertambah lagi hutang pembiayaan / pinjaman peribadi untuk menampung kos mas kahwin, hantaran, kenduri kenderaan dan seterusnya.

Isu hutang pendidikan, sama ada hutang PTPTNhutang MARA, hutang yayasan negeri adalah isu yang banyak diperkatakan sekarang. Ada gerakan anak muda seperti #occupydataran yang sanggup tidur di Dataran Merdeka malah debat PTPTN antara Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli disiarkan secara langsung di ASTRO Awani.

Itu di Malaysia.

Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.

Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.

Bagaimana dia melakukannya?

Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil

Antaranya:

1. Menggunakan semua simpanan.

2. Tidak keluar dating & tengok wayang.

3. Bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan.

4. Tidak balik kampung untuk sambut raya (Krismas daa).

5. Tidak pergi parti bujang dan kenduri kahwin.

6. Meningkatkan kemahiran Do-It-Yourself (DIY) dalam pelbagai kerja rumah.

7. Tidak beli baju baru.

8. Tidak beli gajet baru.

9. Tidak simpan dalam KWSP versi Amerika (skim 401k)

10. Lambat bayar cukai (ya, dia kena penalti)

Dua, Cara Menambah Pendapatan

 

Antaranya:-

1. Menyewa bilik lebih di rumahnya.

2. Pedi-cabbing (lihat gambar).

3. Bisnes lanskap.

4. Jual kereta kedua.

5. Jual motorsikal miliknya.

6. Jual basikal juga miliknya.

7. Garaj sale.

 

Fuh. Berpeluh juga.

 

Dia melakukan strategi kombo iaitu:

Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai

Jika dia mampu melakukannya, kenapa kita tidak? Kalau nak kira dalam Ringgit Malaysia, dia menyelesaikan hutang lebih dari RM 270,000 dalam tempoh 7 bulan.

Ya, untuk berjaya mesti memilih jalan ekstrem, dalam hal ini sama ada menjadi sangat kedekut untuk ada duit bayar hutang atau jadi sangat hebat dalam bisnes sampai tak perlu jadi kedekut.

‘Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar.’

Ya, ia adalah pilihan kita. Jika kita mahu menyelesaikannya secepat mungkin kita pasti berjumpa jalan keluar. Hanya diri kita sendiri yang benar-benar ambil tahu urusan duit kita. Orang lain langsung tak pernah nak ambil peduli pun. Maka, sila berhenti berbelanja untuk ‘impress’ orang lain.

 

InsyaAllah.

 

Sumber: Pakdi.net

Suzardi M {Pakdi} merupakan seorang certified Islamic Financial Planner (IFP).

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: