Al-Fatihah Prof. Dato’ Dr.

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, 58 tahun, yang merupakan Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan (2010), tokoh akedemik dan pakar dalam kajian produk halal telah pulang ke rahmatullah pada  petang tadi akibat kanser pankreas.

.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Inna lillaahi wa innaa ilahi raaji’uun”

(Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.)

.

Allahyarham  Prof. Dato’ Dr. Yaakob yang juga merupakan salah seorang Ahli Muzakarah Fatwa Kebangsaan adalah mantan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah meninggal dunia  di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada kira-kira 3.45 petang.

.

Anak sulung Allahyarham, Nadiah berkata bapanya dikesan menghidap penyakit itu sejak awal tahun ini dan dimasukkan ke wad Onkologi HUKM Ahad lepas bagi menerima rawatan sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir petang tadi. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, pada kira-kira 6.45 petang.

.

Allahyarham, yang berasal dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu, meninggalkan seorang balu, Wan Jamilah Abdullah, 54, dan lapan anak serta seorang cucu.

.

Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man juga seorang yang sangat komited terhadap bidang sains dan dalam kemajuan Islam. Ini diakui oleh Nadiah: “Beliau seorang bapa yang sangat mengambil berat terhadap keluarganya, dan di tempat kerja beliau sangat bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hasil yang terbaik.”

.

.

Profile Datuk Dr Yaakob Che Man

.

Prof. Dato’ Dr. Yaakob mula berkhidmat dengan UPM sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi sebelum dipinjamkan sebagai pengasas IPPH. Sepanjang berkhidmat dengan IPPH, Allahyarham menjalankan pelbagai kajian bagi menghasilkan kaedah untuk mengesan kehadiran sumber haram seperti lemak dan daging babi serta kandungan alkohol dalam produk, termasuk makanan.

.

Allahyarham juga amat terkenal dengan penghasilan produk ‘HaFYS-Porcine DNA Test Kit’ yang dapat mengesan DNA babi dan pernah berjaya meraih pingat emas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) pada 2011 yang lalu.

.

Sebagai pengiktirafan kepada usaha itu, Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Saintis Halal Kebangsaan, Anugerah Harta Intelek Negara, Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan (2010), Anugerah Antarabangsa Khawarizmi daripada Pertubuhan Penyelidikan Iran serta beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

.

Sedih rasanya dengan pemergian seorang yang sukar dicari ganti. Takziah kepada keluarga  Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diberkati Allah SWT. Amin…

.

Al-Fatihah…

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: