Wang Kertas Dan Syiling Terbaru Malaysia

 بِـسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

.

Bank Negara Malaysia (BNM)  telah mengeluarkan dan memperkenalkan siri mata wang baharu edisi 2012 dengan penampilan corak dan rekabentuk baru yang bakal diedarkan pada 16 Julai 2012 ini.

.

Seperti biasa Wang Kertas Ringgit Malaysia RM100, RM10, RM5 dan RM1 akan dikeluarkan.. dan kali ini akan berlaku kemunculan semula not RM20 yang terbaru. Manakala wang RM50 telah dikeluarkan lebih awal sejak beberapa tahun lalu…

.

.

Wang Kertas RM20 Malaysia Yang Baru ~ 2012
.
.
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baharu ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran..
.
.
Sesiapa yang belum lagi melihat wang kertas baru tersebut amatilah ciri-ciri terbaharu pada permukaan depan dan belakangnya seperti dipaparkan berikut: –
.
.
.

Wang Kertas Ringgit Malaysia 2012

.

Wang kertas terbaru yang bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi warisan tradisional, berilhamkan seni dan kraf tangan, budaya dan keajaiban khazanah alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

.

Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro. Ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

,

Wang Kertas Baru Malaysia – RM1

 

 .
.
.

Wang Kertas Baru Malaysia – RM5

.
.
.

Wang Kertas Baru Malaysia – RM10

.
.
.

Wang Kertas Baru Malaysia – RM20

.
.
.

Wang Kertas Baru Malaysia – RM100

 .
.
.

Wang Kertas RM50 Malaysia

– (Wang RM50 ini telah dikeluarkan lebih awal)

.

.

.

Wang Syiling Malaysia 2012

.

Kumpulan duit syiling telah pun dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula digunakan pada awal tahun ini dengan ciri-ciri dan anjakan besar menerusi penghasilan rekabentuk baru, berketak dan saiz yang lebih kecil serta ringan, di samping mesra pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Wang syiling baru yang menarik ini didatangkan dalam nilai 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

.

Berikut gambar Duit Syiling Malaysia Baharu yang telah dikeluarkan pada Januari lalu.

Wang Syiling Malaysia Yang Baru 2012

.

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: