Hotel Kompleks Baitul Hilal Patuhi Syariah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Menginap di hotel yang mematuhi syariah dan mengisi masa lapang dengan mencerap cakerawala adalah tarikan unik yang ditawarkan oleh sebuah hotel yang terletak di bekas tapak yang pernah popular sebagai tempat melihat anak bulan, Baitul Hilal di Kilometer 12.8 (Batu 8), Jalan Pantai Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan yang mula beroperasi sejak bulan Januari 2012 lalu.

Kompleks Baitul Hilal telah dinaik taraf sebagai pusat kaji bintang yang moden dan terunggul di rantau ini. Keseluruhan projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM30 juta yang dijalankan secara usaha sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Pembangunan semula Kompleks Baitul Hilal itu telah dimulakan sejak Disember 2009 dan siap pada November 2011. Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, kompleks ini menjadi pusat astronomi yang terbaik bukan saja di Malaysia malah di rantau ini.

.

.

Hotel Butik

.

Bangunan hotel butik bertaraf tiga bintang yang diberi nama ‘Klana Beach Resort’ adalah sebahagian daripada Kompleks Baitul Hilal dan merupakan hotel pertama di negeri ini yang menawarkan konsep pematuhan syariah dalam operasinya.

.

Tenang Dengan Sya’riat

.

Sebaik sahaja memasuki hotel ini, atmosfera ketenangan mula dirasai dengan alunan lagu-lagu nasyid dan bacaan al-Quran cukup menenangkan. Berbeza dengan hotel-hotel konvensional, kakitangan hotel ini turut mengenakan pakaian yang menutup aurat. Malah, setiap kakitangan hotel tidak lekang dengan senyuman mesra dan sedia menjawab setiap pertanyaan yang dilontarkan pelanggan.

Sebagai pusat penginapan yang mematuhi syariah, maka tidak ada alkohol dihidangkan di premis tersebut dengan semua jenis masakan dan minuman adalah halal.

.

.

Kolam Khas

.

Bukan itu sahaja, hotel turut mengasingkan kolam renang untuk lelaki dan wanita selain sebuah kolam khas untuk kanak-kanak.

.

.

Penginapan

Pihak hotel menawarkan pakej mencerap cakerawala kepada para penginap sebagai satu tarikan yang berlainan berbanding dengan hotel lain di pantai peranginan popular itu.

Klana Beach Resort mempunyai 82 bilik yang dibahagikan kepada 43 bilik superior, 39 bilik deluxe dan tiga unit apartmen dengan harga promosi yang ditawarkan bermula daripada RM180 hingga RM450.

Pada usia sebulan beroperasi, hotel dengan segala kemudahan yang ditawarkan, telah Berjaya menarik kedatangan 2,076 tetamu termasuk pelancong asing dari Jerman, Australia, Arab Saudi, Iraq, Sudan, Pakistan, China dan Singapura. Pelbagai pihak menganggap kadar bayaran yang ditawarkan adalah berpatutan bagi kawasan peranginan tersebut.

.

.

Hiasan

.

Salah satu tarikannya adalah jam matahari yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut di mana menunjukkan masa berdasarkan perjalanan matahari.

Sentuhan reka bentuk Islamik seperti kubah masjid selari dengan rekaan lampu-lampu hiasan yang menampilkan planet-planet yang terdapat di angkasa. Setiap dinding di hotel ini juga mempunyai bingkai gambar bintang-bintang yang membolehkan pengunjung melihat keajaiban angkasa lepas. Ironi, terasa seperti anda mendiami hotel di angkasa.

.

.

Kemudahan

.

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti televisyen plasma, seterika, peti keselamatan persendirian, pancuran air panas dan sejuk serta Wi-Fi percuma.

Kemudahan lain yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik pameran. Terdapat dua dewan yang mampu memuatkan 200 orang dan 150 orang, selain sebuah bilik mesyuarat VIP serta 82 petak meletak kereta.

Bagi memeriahkan lagi hotel ini, disediakan kemudahan kedai cenderamata, bilik permainan kanak-kanak dan kolam renang yang mula digunakan pada awal Mac lalu. Sebuah kafe yang mampu menampung 150 pelanggan juga beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.

.

.

Panorama Indah

.

Menambah tarikan, kompleks yang terletak di lokasi amat strategik dan menarik iaitu di antara dua buah pantai, Pantai Teluk Kemang dan Pantai Seri Purnama. Kanak-kanak bersama keluarga mereka sudah tentu dapat bermandi-manda di kedua-dua pantai. Laluan ‘pejalan kaki pesiar’ sepanjang 300 meter di gigi pesisir pantai berhadapan hotel menjanjikan penghuni menikmati panorama indah, terutamanya pemandangan menarik semasa matahari terbenam.

.

.

.

Balai Cerap

.

Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang merupakan mercu tanda sebagai pusat kaji bintang kebanggaan umat Islam yang terbaik di rantau ini. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.

Balai cerap yang terdapat berhampiran hotel memberikan sudut pandang berbeza kepada kompleks ini. Jangan terkejut kerana kemudahan teleskop yang terdapat di sini adalah sepanjang 609 milimeter, yang merupakan teropong jauh terbesar di Malaysia dan di antara Asia Tenggara. Malah, teleskop digunakan adalah daripada jenis teleskop pemantul Cassegrain yang merupakan antara tercanggih di dunia.

.

Kedudukan kubah yang boleh bergerak sendiri pada 360 darjah mengikut arah jam atau lawan jam, dan bumbungnya yang boleh dibuka mengikut kedudukan teleskop jelas membuktikan kecanggihan teknologi yang digunakan.

.

.

Melihat Bulan dan Bintang

.

Tetamu pasti teruja untuk mencerap dan meneropong jauh bintang-bintang, planet, langit dan cakerawala.yang terdapat di angkasa. Sekiranya cuaca cerah, pengunjung pasti boleh melihat planet Zuhrah, Utarid, Neptune, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh yang berjuta-juta kilometer jauhnya dari bumi.

Ilmu pengetahuan anda mengenai dunia astronomi turut bercambah kerana Kompleks Baitul Hilal mempunyai galeri astronomi yang menceritakan kehebatan cendekiawan falak Islam seperti Al Khawarizmi, Al Biruni, Al Zarqali, Al Khawarizmi dan Al Battani.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Artikel Berkaitan:

.

2 responses to this post.

  1. Posted by aziah khairudin on 18/09/2012 at 2:15 pm

    minta no telefon baitul hilal dan fakskan jenis bilik dan harga serta kemudahan yang lain. Fakskan ke no. 06-4368490

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: