Apa Yang Dibolehkan Ketika Puasa ?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Berikut adalah perkara-perkara yang diharus melakukannya ketika dalam keadaan berpuasa:-

.

1. Mandi Untuk Menyejukkan Badan.

.

كان صلى الله عليه وعلى آله وسلم يصب الماء على رأسه وهو صائم من العطش أو من الحر

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyiramkan air ke atas kepala Baginda ketika sedang puasa, kerana kehausan atau terlalu panas.” (HR. Ahmad, Abu Daud dengan sanad bersambung dan sahih)

.

وكان ابْنُ عُمَرَ -رضى الله عنهما- بَلَّ ثَوْبًا ، فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ، وَهُوَ صَائِمٌ.

“Dikisahkan juga Ibn Umar radliallahu ‘anhuma pernah membasahi pakaiannya dan beliau letakkan di atas kepalanya ketika sedang puasa.” (Riwayat Al-Bukhari secara muallaq)

Membawa maksud yang sama dengan hadis ini adalah orang yang berenang atauberendam di air ketika puasa

.

.

2. Berkumur Dan Menghirup Air Ketika Wuduk.

.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan berkumur dan menghirup air ke dalam hidung ketika berwuduk, Baginda hanya melarang untuk menghirup terlalu kuat ketika puasa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وبَالِغ فِي الاِستِنشَاق إلا أَن تكُون صائماً

“Bersungguh-sungguhlah dalam menghirup air ke dalam hidung, kecuali jika kamu sedang berpuasa.” (HR. Pemilik kitab sunan dengan sanad sahih)

Hadis ini menunjukkan bahawa berkumur juga disyariatkan ketika berpuasa.

.

.

3. Memberus Gigi Di Siang Hari Ketika Puasa.

.

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahawa Nabi shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِى لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ

“Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka untuk menggosok gigi setiap kali berwuduk.” (HR. Al-Bukhari)

.

Imam Bukhari menyebutkan dalam shahihnya:

و كَانَ ابْنُ عُمَرَ يَسْتَاكُ أَوَّلَ النَّهَارِ وَآخِرَه

“Dulu Ibn Umar menggosok gigi di pagi hari mahupun petang hari.” (HR. Al-Bukhari secara muallaq)

.

Bolehkah menggunakan ubat gigi?

Syaikh Ibn Baz pernah ditanya tentang hukum menggunakan ubat gigi. Beliau menjawab: “Tidak ada masalah, selama dijaga agar tidak tertelan sedikitpun.” (Fatwa Syaikh Ibn Baz, 4/247)

.

.

4. Menggunakan Minyak Wangi Dan Minyak Rambut.

.

Bau harum merupakan satu hal yang disukai dalam islam, lebih-lebih ketika hari Jumaat, berdasarkan hadis berkaitan Jumaat:

.. وليمس من طيب أهله ويدهن

“… Hendaklah dia menggunakan minyak wangi isterinya dan memakai minyak rambut.”

.

Ibn Mas’ud radliallahu ‘anhu mengatakan:

إِذَا كَانَ صَوْمُ أَحَدِكُمْ فَلْيُصْبِحْ دَهِينًا مُتَرَجِّلاً

“Jika kamu berpuasa maka hendaklah masuk waktu subuh dalam keadaan meminyak dan menyikat rambut.” (Riwayat Al Bukhari tanpa sanad).

Ibn mas’ud juga mengatakan:

اصبحُوا مُدّهِنِين صِيامًا

“Ketika masuk waktu pagi, gunakanlah minyak rambut ketika kamu puasa.” (HR. At Thabrani dan perawinya perawi sahih)

.

.

5. Bercelak Dan Menggunakan Ubat Mata.

.

Al Bukhari menyatakan dalam shahihnya:

ولم ير أنس والحسن وإبراهيم بالكحل للصائم بأساً

Anas bin Malik, Hasan Al Bashri, dan Ibrahim berpendapat boleh menggunakan celak. (Shahih Bukhari, bab Bolehnya orang yang berpuasa mandi)

.

.

6. Suntikan dan Bius

.

Suntikan dihauskan dan tidak membawa batalnya puasa kecuali suntikan yang melibat dan memasukkan glukos.

Syaikhul Islam Ibn Taimiyah berpendapat bahawa hal itu tidak membatalkan puasa. (Majmu ‘Al Fatawa, 25/234). Kerana pada asalnya, suatu perbuatan itu tidak membatalkan puasa kecuali jika ada dalilnya. Dan tidak diketahui adanya dalil tentang menggunakan suntikan. Maka sesiapa melarang atau membencinya maka wajib mendatangkan dalil. Kerana haram dan makruh adalah hukum syariat yang tidak boleh ditetapkan kecuali berdasarkan dalil. Wallahu A’lam.

.

.

7. Menderma Darah

.

Dibolehkan mengambil darah untuk tujuan analisis atau penderma, jika tidak dikhuatiri membuat badan lemah. Jika penderma khuatir lemas maka sebaiknya tidak penderma siang hari, kecuali kerana darurat.

.

Dari Tsabit Al Bunani, dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, bahawa beliau ditanya:

أكنتم تَكرَهون الحِجَامة للصائم

“Apakah kamu dulu membenci bekam ketika puasa? Anas menjawab: Tidak, kecuali jika menyebabkan lemah.” (HR. Al-Bukhari)

.

Hukum dalam masalah ini sama dengan hukum berbekam. Dan terdapat riwayat yang sahih bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam. (HR. Al-Bukhari)

.

.

8. Berbekam.

.

Dahulu berbekam termasuk salah satu yang membatalkan puasa kemudian hukum tersebut dihapuskan, berdasarkan riwayat dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma,

أَنَّ النَبِـيّ صلى الله عليه وسلم احتَجَمَ وَهُو صَائِم

“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam ketika sedang berpuasa.” (HR. Al-Bukhari dan Abu Daud)

.

.

9. Merasai Makanan.

.

Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma berkata:

لَا بَأسَ أَن يَذُوق الخَلَّ أو الشَيءَ مَا لَـم يَدخُل حَلقَه وهو صائم

“Orang yang puasa boleh merasai cuka atau makanan lain selagi ia tidak memasuki ke kerongkongannya.” (HR. Al-Bukhari secara muallaq)

.

.

10. Mencium Dan Bercumbu Dengan Isteri.

.

Dari ‘Aisyah radliallahu’ anha, beliau mengatakan:

كان رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وهُو صَائِمٌ وَيُباشِر وَهُو صَائِمٌ ولَكِنَّه كَان أَملَكَكُم لأَرَبِه

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mencium dan bercumbu dengan isterinya ketika puasa, namun Baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

.

Dari Umar bin Khothab radliallahu ‘anhu, beliau berkata:

هَشَشتُ يَوْمًا فَقَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا فَقَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ

Suatu hari nafsuku bergolak maka aku-pun mencium (Zulaikha), padahal aku puasa, kemudian aku mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku berkata: Aku telah melakukan perbuatan yang berbahaya pada hari ini, aku mencium sedangkan aku puasa. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

أَرَأَيْتَ لَوْ تَمَضْمَضْتُ بِمَاءٍ وَأَنْتَ صَائِمٌ

“Apa pendapatmu kalau kamu berkumur dengan air padahal kamu puasa?” Aku jawab: Boleh. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Lalu kenapa mencium boleh membatalkan puasa?” (HR. Ahmad dan dishahihkan Syu’aib Al Arnauth)

.

Dalam hadis Umar di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengqiyaskan (analogi) antara bercumbu dengan berkumur. Kedua-duanya sama-sama terdedah dengan pembatal puasa. Ketika berkumur, ia sangat hampir dengan menelan air. Namun selagi dia tidak menelan air maka puasanya tidak batal. Sama halnya dengan bercumbu. Suami sangat hampir dengan keluarnya mani. Namun selagi mana tidak keluar mani maka tidaklah batal puasanya.

.

.

11. Tidak Mandi Wajib

.

Tidak batal puasa apabila masuk waktu subuh dalam keadaan junub iaitu belum sempat mandi wajib.

 

Dari ‘Aisyah dan Ummu Salamah radliallahu’ anhuma,

أَنَّ النَّبِـي صلى الله عليه وسلم كَانَ يُدرِكُه الفَجرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِن أَهلِه ثُـمَّ يَغتَسِل وَيَصُوم

“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk waktu subuh dalam keadaan junub (belum mandi) kerana berhubungan suami isteri, kemudian beliau mandi dan berpuasa.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: