Menyesal Tinggal Puasa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Umat Islam diwajibkan berpuasa dan tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja.

.

Soalan:

.

KEHIDUPAN saya sebelum ini agak hanyut dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap agama. Saya ingin mendapatkan penjelasan ustaz mengenai beberapa perkara tentang hukum puasa yang pernah saya abaikan sebelum ini.

1. Bagaimana saya perlu menggantikan semua puasa yang pernah saya abaikan sebelum ini?

2. Berapa banyakkah fidyah yang perlu saya bayar dan boleh ustaz jelaskan bagaimana nilai fidyah dikira (daripada cupak kepada nilai duit).

3. Adakah fidyah itu perlu saya lakukan setelah saya habis menggantikan puasa saya?

Nazlan, Ampang

.

Jawapan:

.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta’ala yang telah memberi hidayah-Nya kepada saudara. Semoga Allah mengekalkan nikmat hidayah ini untuk saudara dan juga sekelian umat Islam.

Berkenaan dengan puasa yang diabaikan sebelum ini, dapatlah dikategorikan pengabaian dan peninggalan puasa kepada dua bahagian;

Pertama, puasa yang diabaikan dan ditinggalkan secara sengaja. Puasa jenis ini tidak boleh diganti sama sekali. Akan tetapi apa yang boleh dilakukan oleh saudara untuk menebusnya adalah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang benar dan jujur. Taubat nasuha mengandungi empat elemen utama iaitu, pertama; menyesal terhadap dosa besar yang dilakukan. Kedua; berazam untuk tidak mengulangi dosa besar itu. Ketiga; memperbanyakkan amalan-amalan saleh. Keempat; jika dosa besar itu berkaitan dengan manusia, maka hendaklah dipulangkan, atau dimohon maaf, atau ditebus.

.

Bahagian kedua, puasa yang diabaikan dan ditinggalkan secara tidak sengaja dan mempunyai sebab. Pengabaian dan peninggalan puasa jenis ini boleh diganti. Terdapat dua kategori pengabaian puasa yang boleh diganti;

.

Kategori pertama; puasa yang ditinggalkan dan perlu diganti dengan puasa juga.

Kategori orang yang perlu menggantikan puasa mereka dengan puasa ganti di bulan lain ialah orang sakit yang boleh sembuh dan orang yang mengembara. Firman Allah Ta’ala (al-Baqarah 2:184) yang bermaksud: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”

Kategori kedua; puasa yang ditinggalkan dan perlu diganti dengan fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Kategori orang yang perlu menggantikan puasa mereka dengan fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin ialah orang lelaki tua yang tidak mampu berpuasa, wanita tua yang tidak mampu berpuasa, orang sakit yang tidak boleh sembuh, wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan anak. Firman Allah Ta’ala (al-Baqarah 2:184) yang bermaksud: “Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

.

Terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas yang menerangkan kategori ini seperti berikut: Riwayat pertama bermaksud: Daripada ‘Ata’ bahawa dia mendengar Ibnu ‘Abbas membaca,”Dan wajib atas orang-orang yang diberatkan puasa (kerana tua dan sebagainya maka mereka tidak mampu berpuasa, {membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin,”. Ibnu ‘Abbas berkata ‘Ayat ini tidak mansukh. “Mereka ialah orang tua lelaki dan wanita yang tidak mampu berpuasa maka mereka memberi makan bagi setiap hari seorang miskin,”(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Bab Qaulih Ta’ala ‘Ayyaman Ma’dudat…’, No. 4145).

.

Riwayat kedua bermaksud: Daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata, “Dibenarkan untuk orang tua lelaki dan wanita tua yang kedua-duanya mampu berpuasa, untuk berbuka jika mereka ingin, dan memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari itu,”. Kemudian perkara itu dimansuhkan dengan ayat ini; “{Maka sesiapa yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu}. Akan tetapi, perkara ini kekal untuk lelaki tua dan wanita tua jika mereka tidak mampu berpuasa, juga untuk wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak jika kedua-duanya khuatir maka mereka berdua berbuka dan memberi makan satu orang miskin bagi setiap hari,”. (Hadis riwayat al-Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, Bab al-Hamil wa al-Murdi’ iza Khafata, No. 7464).

.

Justeru, puasa yang ditinggalkan dengan sengaja hendaklah dikesali dan dilakukan taubat nasuha. Manakala puasa yang ditinggalkan secara tidak sengaja hendaklah diganti sama ada dengan berpuasa atau dengan memberi makan kepada orang miskin mengikut keterangan di atas.

.

Berdasarkan kepada keterangan di atas, fidyah atau memberi makan kepada orang miskin adalah untuk orang tua yang tidak mampu berpuasa sama ada lelaki atau perempuan, orang sakit yang tidak dapat sembuh, wanita hamil dan wanita yang menyusukan anaknya. Kadar fidyah pula adalah dua cupak atau setengah gantang makanan asasi seperti beras, gandum, kurma dan sebagainya, iaitu bersamaan dengan satu setengah kilogram. Boleh juga dibuat satu set makanan lalu diberikan kepada orang miskin pada kadar seorang miskin untuk satu hari yang ditinggalkan. Akhir sekali, tiada dalil yang menunjukkan fidyah itu perlu digandakan berdasarkan kepada kelewatan menggantikannya. Dalam erti kata lain, satu hari hanya perlu diganti dengan berpuasa satu hari atau dengan memberi makan kepada seorang miskin.

Semoga Allah Ta’ala mengampuni kelemahan kita dan menerima amalan saleh yang kita lakukan.

.

Sumber:

Soal Jawab Agama

Dr. Fadlan Mohd. Othman

Utusan.com.my@agama

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted by; shafiqolbu

.

.

2 responses to this post.

  1. Posted by wan zulaiha on 04/09/2012 at 2:52 pm

    As Salam Ustaz…saya ada sedikit kemusykilan tentang puasa yg ditinggalkan dgn sengaja tidak perlu diganti hanya perlu dibayar fidyah shj.Kebanyakkan yg sy tanya semuanya menjawab perlu digantikan puasa dan membayar fidyah (maknanya kedua-duanya sekali).mohon penjelasan

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sesetengah ulama’ memang berpendapat orang yang mengabaikan dan meninggalkan puasa dengan sengaja tidak layak menggantikan puasa keran telah mempermainkan ibadah yang dinilai terus oleh Allah SWT…

      Sabda Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam, “Allah berfirman, ‘Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa tersebut adalah untuk-Ku dan Aku lah yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai…..” (HR. Bukhari dan Muslim)

      Walau bagaimanapun adalah lebih selamat dan afdal seseorang itu menebusnya dengan terus melakukan Taubat Nasuha dengan;

      1. Menyesal teramat sangat terhadap dosa meninggalkan puasa wajib tersebut.
      2. Berazam untuk tidak mengulangi dosa besar itu.
      3. Memperbanyakkan amalan-amalan saleh.

      Disamping itu wajib menyegerakan diqadha kesemua puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyahnya sekali.

      Firman Allah SWT: “…maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin. Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Baqarah;Ayat 184)

      Baca juga post berikut;
      https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/06/puasa-ditinggalkan-wajib-qadha-segera/

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: