Doa Qunut Nazilah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 .

Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin terutama di negara-negara Arab dan Myanmar, Thailand dan Filipina.

Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”  (ibid)

.

Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.

Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)

.

Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)

Berikut adalah Doa Qunut Nazilah yang dibaca pada setiap kali solat fardhu. (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :

.

Doa Qunut Nazilah SQ 1

.

AL-Loo-hum-magh-fir la-na wa-li-mu’-mi-niy-na wal mu’-mi-naat, Wal mus-li-miy-na wal mus-li-maat, Wa al-lif bai-na qu-luu-bi-him, Wa ash-lih dzaa-ta bay-nahum, Wan-shur-hum ‘Alaa ‘Aduwwika wa‘aduwwihim. AL-Loo-hum-mal ‘a-nil ka-fa-ro-ta ah-lal ki-taa-bil la-dziy-na, Ya-sud-duu-na ‘an sa-biy-li-ka wa-yu-kadz-zi-buu-na ru-su-la-ka wa-yu-qoo-ti-luu-na au-li-yaa-a-ka. AL-Loo-hum-ma khoo-llif bai-na ka-li-ma-ti-him, Wa-zal-zil Aq-daa-ma-hum, Wa an-zil-bi-him ba’-sa-kal la-dziy la-ta-rud-du-hu ‘a-nil qau-mil muj-ri-miin. Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiym, AL-Loo-hum-ma in-naa-nas-ta’iinu-ka.

.

“Ya Allah! Ampunilah dosa kami, kaum muslimin dan muslimat (orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan), mukminin dan mukminat (orang-orang Islam lelaki dan perempuan). Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Ya Allah! Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang orang lain menuju ke jalan-Mu dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu.Ya Allah! Pecah-belahkan kesatuan mereka, hancur-leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon perlindungan dan keampunan-Mu.”

.

Doa Qunut Nazilah ini juga boleh dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:

Doa Qunut  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

10 responses to this post.

  1. […] kita melaksanakan tanggungjawab sebagai saudara seagama dengan membantu melakukan Doa Qunut Nazilah dalam setiap solat berdoa semoga saudara2 kita selamat di Palestin sana yang mengorbankan kehidupan […]

    Reply

  2. Posted by hambaALLAH on 21/11/2012 at 9:59 am

    salam…dalam ayat diatas tertutlis واصله ذات بينخم tp tak silap saya sepatutnya
    واصله ذات بينهم sbb yang ditulis dalam rumi pun dia cakap waaslih zaata bainahum…dan waaslih zaata bainahum baru sama dgn maknanya… WALLAHUALAM..perbetulkan andai sy salah…sbb sy takut andai tersalah tersebar nanti..ramai yg membacanya dgn mksud yang salah..

    Reply

  3. Posted by radzi on 21/11/2012 at 11:30 am

    Wa ashlih dzaata bainahum
    Perbaikilah segala urusan mereka

    Tapi based on gambar doa qunut nazilah atas tu bainikhim??
    mohon dibetulkan untuk elakkan kecelaruan

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Syukran kepada Radzi dan HambaAllah di atas teguran… telah ana perbetulkan

      Jazaakumullahu Khairan Kathiran…

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  4. syukron katsir untuk ilmunya

    Reply

  5. […] di sini pula, marilah beramai-ramai melakukan Solat Sunat Hajat dan Doa Qunut Nazilah seberapa segera yang boleh bagi menyelamatkan dan doakan kemusnahan, kehancuran penceroboh dan […]

    Reply

  6. salam. mohon berkongsi maksud doa qunut nazilah. terima kasih

    Reply

  7. Posted by rena on 18/08/2013 at 10:45 pm

    makasih ya kak ats do’anya..brmnfa’at bgt..

    Reply

  8. […] itu, sama-samalah kita melakukan Solat Hajat khas dan membaca doa Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan rakyat Palestin kepada Allah سبحانه وتعالى supaya bumi Gaza […]

    Reply

  9. Posted by nobody on 16/08/2014 at 7:46 am

    Tuan. saya ingin memberikan pendapat sedikit. Bagi mereka yang kurang arif membaca, akan mendapati watermark itu menggangu. Kalau ayat atau doa, saya pasti kita tak perlukan watermark tersebut kerana bila seseorang dapat membaca dengan baik, maka insyallah yang membuat pun akan mendapat sesuatu. Walaupun orang mencuri atau menciplak, tuan punya tetap akan mendapat sesuatu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: