7 Alasan Mengapa Perlu Memilih Siwak Bagi Membersihkan Gigi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Memgapa perlu memilih siwak sebagai pembersih gigi? Sebenarnya, banyak manfaat yang didapati dari pemakaian siwak berbanding ubat gigi konvensional.   

.

1.   Diredhai Allah SWT dengan bersiwak, seperti diungkapkan dalam hadis. Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siwak itu pembersih mulut dan diredhai Allah.” (HR. Ahmad)

2.  Bersiwak menggandakan pahala solat; Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Keutamaan solat dengan memakai siwak itu, setanding dengan 70 kali solat dengan tidak memakai siwak.” (HR. Ahmad)

3.  Salah satu manfaat yang utama, seperti yang pernah diterbitkan penelitian di Sweden dalam ‘Journal of Periodontology’ yang mendapati bahawa siwak mampu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan penyakit ‘periodontal’ (penyakit gusi).

4.  Siwak boleh mengeluarkan ‘fluorin’ yang sama ditemui dalam ludah. Fluor sendiri adalah bahan yang biasa digunakan dalam perubatan gigi kerana mempunyai fungsi yang baik untuk rangkaian gigi dan mulut.

5.  Penggunaan siwak dapat mengurangkan bau mulut dalam jangka waktu yang lebih lama berbanding penggunaan ubat gigi konvensional. Haruman yang dihasilkan lebih lama bertahan di rongga mulut.

6.  Siwak membersihkan kawasan ‘interdental’ (celah-celah gigi) dengan lebih berkesan, kerana bentuknya yang seperti serabut yang ‘multi-function’, sehingga lebih mudah menjangkau daerah tersebut, berbanding bulu berus gigi yang “tegak” dan “keras”.

7.  Siwak dapat merangsang ‘sekresi’ (pengeluaran liur). Air liur atau ‘saliva’, mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan gigi dan rongga mulut, antaranya boleh mengurangkan keadaan “mulut kering”, penyebab bau mulut.

.

Begitulah betapa besarnya hikmah dalam penggunaan siwak ini, namun kerana kurangnya kesedaran dan pengamalan umat Islam mengenai hal tersebut, maka tidak ramai yang beristiqomah menghidupkan sunnah ini. Walaupun berus dan ubat gigi sekarang ini telah mempunyai bahan tambahan seperti meggunakan siwak, tetapi masih belum ada ubat gigi dan berus gigi yang dapat menyaingi fadhilat dan hikmah bersiwak.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Bersugi (Bersiwak)  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

by; shafiqolbu

.

 

Advertisements

2 responses to this post.

  1. […] 2.      7 Alasan Mengapa Perlu Siwak Bersihkan Gigi  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  2. […] 3.      7 Alasan Mengapa Perlukan Siwak Bersih Gigi  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: