Persoalan Alatan Canggih Al-Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Soalan:

Musykil sikit tentang bacaan al-Quran saya yang merangkak-rangkak, hari-hari saya

bersungguh ingin membaca dengan betul. Namun sekarang terdapat banyak alat-alat canggih, saya dengar dari situ dan saya ikut cara mereka baca. Bagaimana pandangan ustaz dan dari hadis-hadis Nabi SAW tentang penggunaan alat-alat ini.

Sekian, terima kasih

Salam Ramadan Al Mubarak

Pak Ngah

.

Jawapan:

.

Saya amat terharu dengan kesungguhan Pak Ngah membaca al-Quran walaupun merangkak-rangkak. Teringat saya kepada hadis Nabi SAW di mana baginda bersabda, “Orang yang mahir membaca al-Quran setaraf dengan malaikat yang mulia lagi taat (al-Safarah al-Kiram al-Bararah). Adapun orang yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dan bersusah payah membacanya, dia akan dapat dua pahala.” (Hadis Sahih riwayat al-Imam Muslim, Kitab, Bab, No. 798). Nasihat saya kepada Pak Ngah agar meneruskan usaha mulia ini sehingga akhirnya berdiri setaraf dengan martabat para malaikat.

.

Adapun berkenaan dengan alat-alat canggih yang dijual di pasaran, yang memperdengarkan bacaan al-Quran al-Karim, saya nasihatkan Pak Ngah seperti berikut: Pertama, pastikan alat-alat itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Jika diluluskan, maka tiada masalah untuk Pak Ngah menggunanya untuk membantu memperelokkan bacaan al-Quran. Menggunakan alat-alat moden ini termasuk dalam urusan dunia, di mana Rasulullah telah bersabda, “Kamu semua lebih mengetahui tentang urusan duniamu.” (Hadis sahih riwayat al-Imam Muslim, Kitab al-Fada’il, No. 2363).

Dengarlah bacaan daripada alat-alat itu, kemudian ikutlah membaca. Kedua, walaupun alat-alat itu mendapat kelulusan KDN, Pak Ngah tetap perlu cuba sedaya-upaya untuk memperbetulkan bacaan al-Quran dengan memperdengarkan bacaan Pak Ngah kepada seorang Ustaz yang berkemahiran dalam ilmu tajwid. Ini kerana, alat-alat itu hanya dapat memperdengarkan bacaan dan tidak dapat mengenal pasti kesilapan bacaan kita. Buatlah perkara yang kedua ini walaupun seminggu sekali.

.

Sumber:

Soal Jawab Agama

Dr. Fadlan Mohd. Othman

Utusan.com.my@agama

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Salam,

    Saya nak tanya berkenaan dgn MP3 ayat2 suci AlQuran dah PDF yg kita save dalam handfon/Ipod/Ipad ect. Bolehkan alat2 electronic ini di bawa masuk ke dlm toilet? Kalau AlQuran atau tafsir komfem tak bole langkah contahnya, bagaimana harus kita handle alat2 electronic yg mengandungi digital Alquran ini terutama file PDF?

    Terima kasih.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak salah membawa alatan electronic ke dalam toilet kerana ayat2 suci tersebut hanya berbentuk software bukannya Al-Quran zahir. Namun begitu hendaklah di power off kan terlebih dahulu sebelum memasuki toilet. Dalam situasi biasa ia janganlah diletakkan di lantai yang berkemungkinan boleh terlangkah.

      Reply

  2. Posted by fendy on 06/08/2012 at 3:55 pm

    Slm… Adakan sah solat jika kita hanya membaca al-fatihah sahaja, tidak membaca doa iftitah dan surah selepas kita baca al-fatihah. Mohon penjelasan ustaz.

    Reply

  3. Posted by fendy on 06/08/2012 at 4:00 pm

    Slm, brkenaan peralatan canggih ini, sy ada download quran explorer.. Yg ni ada kelulusan kdn ke tak ustaz?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: