RUKYAH ~ Melihat Anak Bulan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kriteria Imkanur-Rukyah

.

Kaedah rukyah adalah melihat hilal ketika matahari terbenam pada 29 haribulan Hijriah dengan mata kasar atau dengan bantuan alat-alat seperti teleskop dan teodolit. Kaedah ini dipakai untuk tujuan penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di negara kita sebelum penggunaan kaedah rukyah dan hisab.

 .

Menurut kaedah hisab hakiki, bulan baru bermula apabila ijtimak berlaku sebelum waktu matahari terbenam tanpa mengambil kira sama ada hilal wujud atau tidak. Takwim Hijriah yang menggunakan konsep ini dinamakan Takwim Hijriah Hakiki. Jika kewujudan hilal selepas ijtimak dijadikan sebagai asas penentuan awal bulan, takwim ini dinamakan Takwim Hijriah Wujudul-hilal.

 .

Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah (keboleh-nampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.

 .

Jawatankuasa Kajisemula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara anggota MABIMS iaitu Malaysia dan Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu kriteria imkanur-rukyah baru kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterima-pakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.

 .

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada hari rukyah’ (29 Syaaban, 29 Ramadhan atau 29 Zulkaedah) sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

 

a. Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah (2°) di ufuk barat ketika matahari terbenam.

b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 3 darjah (3°).

c. Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

.

Kesan dari penyeragaman ini, sejak dari tahun 1992 hingga sekarang ummat Islam di negara kita menjalani ibadah puasa dan berhari raya serentak dengan Indonesia, Singapura dan Brunei.  Mulai 1995 pula pemakaian kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua bulan-bulan hijriah.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: