Selamat Hari Merdeka Ke 55 ~ 2012

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Salam Kemerdekaan yang ke 55 buat semua warga Malaysia.. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu  mengekalkan keharmonian dan keamanan, kukuhkan lagi perpaduan..

Pelajari dan fahami sejarah kerana melalui sejarahlah kita akan benar-benar menghargai negara kita..menghargai kemerdekaan negara kita… Jelmakan kembali semangat perjuangan datuk nenek dan para pemimpin terdahulu.. jihad kita untuk agama bangsa dan tanah air..

.

Bukan sekadar sambutan kemerdekaan tetapi mengisi kemerdekaan itu jauh lebih penting!!! Hargailah keamanan dan kemakmuran yang telah kita kecapi.. bersatulah kita dengan semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran bijaksana dan minda kelas pertama untuk masa hadapan yang lebih cemerlang dan terbilang.. Jangan gadaikan maruah negara semata-mata munurut keinginan hawa nafsu bagai tikus membaiki labu…

.

Malaysia tanahair kita.. Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berasa bangga dengan kemajuan, kekayaan, kesejahteraan, keharmonian dan amalan budaya budi perkerti yang tinggi yang telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekali gus mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kesejahteraan kepada negara dan rakyat Malaysia selamanya… AMIN!!!

 

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: