Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dalam ‘Kitab Mujarabat’ dinyatakan bahawa doa Akasyah ini pada asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari arasy. Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq r.a telah berkata;

“Pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinah AL Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s. dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah SAW sambil berkata,

“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya apa yang aku bawa ini, Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi kecuali kepada Dikau.” Kata Malaikat Jibril lagi, “Sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia dan segala isinya.”.”

.

.

Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah

.

1)     Dapat Menghafal Al Quran

‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran.

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari Allah SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”

Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, “Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran dengan berkah doa Akasyah ini.”

 

Sesiapa yang ingin menghafalkan Al-Quran, maka tulisan doa ini dengan ambar dan minyak kasturi serta minyak za’faran ditukis dalam mangkuk putih yang diisi dengan air, kemudian airnya diminum selama tujuh hari, InsyaAllah akan lekas dapat diingat.

.

.

2)   Dimudahkan Rezeki

Sesiapa yang membaca doa ini setiap hari, sebulan sekali, setahun sekali atau seumur hidup sekali, maka Allah SWT merintahkan tujuh puluh ribu malaikat dari langit membawa kebajikan, serta dimudahkan rezekinya dan memperoleh rahmat.

.

.

3)    Memperolehi Kekuatan Luar Biasa

Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. pernah berkata, “Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini.”

.

.

4)   Diampuni Allah SWT Segala Dosa.

Membaca dengan benar-benar ikhlas hati kerana Allah SWT secara istiqomah, InsyaAllah diberi ampunan dan dihapuskan segala dosa.

Sesiapa yang membaca doa ini sehari sekali atau seumur hidup sekali jika tidak dapat membaca, maka tulisannya saja diletakkan di dalam rumah, Allah akan memberikan ampunan atas dosa-dosanya.

.

.

5)   Mendapat Ganjaran Pahala

Pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan pahala yang besar.

Hasan Basri r.a. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Bahawasanya seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti pahala orang yang membaca Doa Akasyah ini.”

Sayyidina Umar Bin Khatab berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai Umar bacalah doa ini, kerana membaca doa ini akan memperoleh pahala yang sangat besar, tujuh puluh ribu malaikat berbuat kebajikan kerana membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut, tujuh puluh dan mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada orang yang mahu membaca doa ini, Allah memberi rahmat kepadanya.”

.

.

6)   Ditinggikan Darjat

Dalam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut, nescaya Allah SWT mengangkat darajatnya di dunia dan akhirat. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama… banyaknya malaikat berada disekelilingnya yang semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah. Orang yang berada di padang mahsyar merasa kagum dan tercengang hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh.

.

.

7)    Mimpi Berjumpa Nabi

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpi, maka mandilah sebersih2nya pada malam Jumaat dengan memakai wangian kemudian melakukan solat dua rakaat kemudian setelah selesai solat membaca doa ini lima kali dengan penuh ihklas, maka InsyaAllah memperoleh anugrah berjumpa dengan Rasulullah dalam mimpi.

.

.

8)   Diiringi Malaikat

Syeikh Sya’ban r.a. berkata, Aku mendengar dari sabda Rasulullah SAW. “Sesiapa yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka akan sentiasa mendapat anugerah dari Allah SWT tujuh puluh ribu malaikat yang menghantar jenazahnya ke qubur yang setiap satu Malaikat alam nur / cahaya.” Malaikat berkata: “Jangan engkau takut, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan anugerah kepada engkau nanti hari kiamat dan membuka pintu syurga untukmu.” Allah SWT pun berfirman: “Wahai Fulan sesungguhnya Daku malu menyiksa engkau kerana telah mengamalkan membaca doa ini.”

.

.

9)   Wajah Berseri Di Hari Kiamat

Sesiapa membaca doa ini setiap hari tiga kali, nanti pada hari kiamat wajahnya akan seperti bulan purnama tarikh 14 dan masuk syurga tanpa kira-kira kerana berkat doa ini.

.

.

.

Lain-Lain Khasiat Dan Kelebihan Doa Akasyah

.

Banyak sekali kebaikan dalam ‘Doa Akasyah’ ini, berikutteradapat beberapa faedah lagi yang boleh kita ikhtiarkan:

1.  Jika ada anak, isteri, pembantu atau yang lain, lari dari rumah dan lama tidak pulang maka lakukanlah solat dua rakaat dengan hati yang ikhlas tiga kerana Allah, sesudah membaca Al-Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali, sesudah salam membaca doa ini, InsyaAllah orang yang diingati tersebut akan cepat pulang.

2.  Sesiapa yang tidak mahu kekurangan rezeki bacalah doa ini, InsyaAllah, tidak kekurangan rezeki.

3. Sesiapa mempunyai tanggungan hutang dan ingin lekas dapat membayarnya dengan membaca doa ini, InsyaAllah lekas dapat membayarnya.

4.  Sesiapa yang membaca doa ini, pada setiap malam, Allah SWT akan selalu melindunginya dari bahaya kebakaran.

5.  Jika akan bermusafir atau pergi berlayar, maka bacalah doa ini sewaktu akan pergi dan belayar, InsyaAllah akan selama dari mara-bahaya.

6.  Jika ada orang yang sakit gila kerana godaan syaitan atau sakit panas dan di bacakan doa alasah ini InsyaAllah lekas sembuh.

7.  Doa ini apabila diamalkan setiap hari dan malam hari dengan hati ikhlas, maka ia tidak akan sakit kecuali sakit yang menyebabkan ia meninggal dunia.

.

.

Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari.

Petikan dari Buku bertajuk;

“Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Artikel Berkaitan:

Doa Akasyah Dan Terjemahannya  (Klik Di Sini)

.

by; shafiqolbu

.

15 responses to this post.

  1. salam…
    boleh di beri contoh doa akasyah…
    di atas cuma penerangan berkaitan doa ini..
    selamat berkongsi ilmu…syukran jazilan ya shafi…

    Reply

  2. Posted by Hamba Allah on 07/09/2012 at 11:01 pm

    Salam…
    Bole ke klu diamalkan dlm bahasa rumi??

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Asalkan difahami apa yang dimohon….bolehh aje…

      Reply

  3. Posted by noor on 09/11/2012 at 12:04 pm

    mohon izin untuk diamalkan

    Reply

  4. Posted by malmsteen on 24/12/2012 at 5:11 am

    mohon izin untuk diamalkan

    Reply

  5. Posted by hamba allah on 25/02/2013 at 6:08 pm

    .All Blog PostsMy BlogAdd.DO’A AKASYAH
    Posted by only dust in the wind on October 17, 2009 at 11:30
    View Blog
    .INILAH SYARAH DO’A ‘AKASYAH

    BISMILLAH-ARRAHMAN-ARRAHEEM
    DENGAN NAMA ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
    (1) Cetera daripada Nabi S.A.W. bahawasanya katanya Nabi adalah : Aku pada suatu hari, aku dudok didalam masjid maka turun Jibrail A.S. berkata ia : Ya Muhammad bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berkirim salam kepada Tuan hamba dan menentukan akan Tuan hamba dengan beberapa tahyat dan keramah dan sesunggohnya telah mengurniai ia akan Tuan hamba satu hadiah yang tiada pernah diberi hadiah itu bagi seorang jua pun, dahulu daripada Tuan hamba dan tiada kemudian daripada Tuan hamba.

    Dan berkata Nabi S.A.W.: Apa hadiah itu wahai saudara ku Jibrail?

    (2) Maka sahut Jibrail A.S.: Tiada mengetahui akan pahala do’a ini melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala jua. Hai Muhammad, jikalau adalah pohon kayu dibuatnya akan kalam dan air laut akan dakwat, dan segala orang-orang yang dahulu dan segala orang-orang yang kemudian akan tukang menyurat, nescaya malah tiada kuasa segala mereka itu menyurat akan pahala do’a ini. Maka seolah-olah ia, Hai Muhammad, barangsiapa membaca do’a ini maka seolah-olah ia membaca do’a sekelian.

    Dan barangsiapa membaca do’a ini dengan ikhlas hatinya atas Muhammad, bahawa ia berkehendak melihat kepada Tuan hamba, Hai Muhammad, didalam tidurnya, nescaya diri Allah Ta’ala akan yang demikian itu.

    (3) Dan apabila membaca do’a itu orang yang sakit, nescaya disembuhkan Allah Ta’ala sakitnya.

    (4) Dan barangsiapa membaca do’a ini kerana menolakkan kesukaran mahal makanan dan lapar, nescaya di tolakkan Allah Ta’ala daripadanya akan yang demikian itu dan apabila membaca do’a ini orang yang dahaga, nescaya ia dipuaskan Allah Ta’ala dengan idzin Allah Ta’ala.

    (5) Dan apabila membaca do’a ini orang yang berhutang, nescaya dilepaskan Allah Ta’ala hutangnya.

    (6) Dan barangsiapa menyurat do’a ini pada bajan tembikar dengan kesturi atau zafran, tujoh hari diminumnya pagi-pagi sebelum makan sesuatu, nescaya di anugerahkan Allah Ta’ala cerdik yang sempurna dan faham dengan segeranya.

    (7) Dan jika diminum daripadanya orang yang sakit itu, sembuh ia dengan idzin Allah Ta’ala.

    (8) Dan jika disurat atas kapan orang yang mati, diterangkan Allah Ta’ala kubornya dan diturunkan Allah Ta’ala kedalam kubornya seratus ribu (100,000) daripada malaikat menyukakan didalam kubornya hingga hari kiamat.

    (9) Dan barangsiapa hilang harta belian atau sahyanya lari, maka sembahyang ia empat rakaat dan dibaca pada tiap-tiap rakaat Fateha – 1 kali dan QulhuwallahuAhad – 100 kali, dan kemudian daripada selesai sembahyang, baca do’a ini dengan iktikad yang sahih, nescaya di peliharakan Allah Ta’ala daripada segala bahaya dan kebinasaan.

    (10) Dan barangsiapa menanggong do’a ini sertanya dan bacanya pada seumor hidup sekali, nescaya meminta ampun baginya oleh segala malaikat.

    (11) Sabda Nabi S.A.W.: Barangsiapa tiada percaya akan do’a ini dan tiada memuliakan akan dia, maka bahawasanya aku jauh daripadanya pada hari kiamat.

    (12) Dan barangsiapa kikir ia akan do’a ini dan menegahkan ia daripada orang yang Islam, nescaya disiksa Allah akan dia pada hari kiamat.

    (13) Dan barangsiapa membaca do’a ini, nescaya disampaikan Allah Ta’ala segala hajatnya dan tiada disukai bagi seorang syak padanya.

    (14) Dan kata Sayyidina Abu Bakar Sidiq R.A. bahawasanya : Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada aku : Baca do’a ini jangan engkau tinggalkan. Sentiasa baca oleh mu sebab do’a ini dikurnia Allah Ta’ala hafiz Qur’an dan kitab.

    (15) Dan kata Sayyidina Umar bin Al-Khattab R.A.: Dengan berkat do’a ini zahirlah ugama Islam.

    (16) Dan kata Sayyidina Utsman bin Affan R.A.: Dengan berkat do’a ini aku menghimpun Qur’an.

    (17) Dan kata Sayyidina Ali R.A.: Barangsiapa menanggung do’a ini, nescaya mukanya pada hari Kiamat bercahaya seperti bulan yang purnama dan di kirakan akan dia dengan kira-kira yang sedikit dan di masukkan Allah Ta’ala akan dia kedalam syurga.

    (18) Dan sabda Nabi S.A.W. : Tiada satu yang lebih baik daripada do’a ini.

    (19) Kata Sufian Tsauri R.A.: Barangsiapa menanggung do’a ini sertanya itu dibacanya sekali jua, nescaya turun baginya 100,000 malaikat pada tangan tiap-tiap seorang daripada mereka itu, satu tabuk daripada ia kata segala mereka itu : Hai Hamba Allah, janganlah engkau takut kerana sekelian kami menyukakan akan engkau hingga hari Kiamat.

    (20) Dan kata Jibrail A.S.: Disuratkan Allah Ta’ala akan pahalanya pada perbendaharaan Arasy dahulu daripada dijadikan dunia ini 500 tahun. Dan inilah hadiah daripada Allah Ta’ala azza wajalla kepada Tuan hamba, Ya Muhammad, dan kepada ummat Tuan hamba. Dan barangsiapa membaca do’a ini dengan iktikad yang sahih pada awal bulan Ramadan atau pada tengahnya atau pada akhirnya maka bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala jadikan 70,000 malaikat daripada segala malaikat dan tiap-tiap seorang malaikat itu 20 mulut serta tiap-tiap satu mulut 20 lidahnya mengucap tasbih itu akan Allah Ta’ala dengan beberapa bahasa tiada menyerupai akan yang lainnya bagi orang yang baca do’a ini. Dan tatakala bangun ia daripada kubornya, disurohkan Allah Ta’ala baginya delapan puloh malaikat dudok mereka itu sertanya, tiap-tiap satu malaikat itu satu bendera daripada Nur sertanya. Dan adalah mukanya terlebih hijau daripada zamrud dan tangan kedua terlebih sirat daripada yakut dan pelipisnya seperti pelipis bidadari.

    Dan adalah baginya didalam syurga beberapa mahligai, tiap-tiap mahligai ini empat pintunya. Pada tiap-tiap pintu itu 70,000 anak bidadari itu meminta do’a ia bagi yang baca do’a ini. Dan adalah belakang anak bidadari itu 70,000 malaikat, pada tangan tiap-tiap satu itu kadah mengandungi 4 macam daripada minuman yang di tuang dengan mandil daripada Nur dan metari atasnya dengan kesturi tersurat atasnya. Inilah hadiah daripada Allah Ta’ala kepada fulan anak fulan yang baca do’a ini itu, pada awal bulan Ramadan itu, pada tengahnya itu, pada akhirnya itu, pada malam Jumaat. Maka bahawasanya pahalanya itu tiada mengetahui akan dia melainkan Allah Ta’ala jua.

    (21) Ya Muhammad barangsiapa membaca do’a ini nescaya ta’jub daripadanya segala malaikat dan segala makhluk daripada cahaya mukanya tatakala bangun ia daripada kubornya dan berkata segala mereka itu : Hai Malaikat!, ini maka serulah oleh yang menyeru daripada Hadrat Allah Ta’ala bahawasanya, inilah seorang hamba ku daripada umat Nabi Muhammad S.A.W. yang baca do’a pada seumor hidupnya sekali jua dengan ikhlas hati. Dan barangsiapa membaca do’a ini atau menanggong sertanya didudukkan takhta dan berjalan segala malaikat berkeliling sampai kepada Arasy. Maka mendengar daripada Hadrat Allah Ta’ala bahawasanya turunkan oleh kamu sekeliannya.

    (22) Dan sabda Nabi S.A.W.: Demi kemuliaan Allah dan kebesarannya, oleh baginda yang demikian itu terlebih dan sabda Nabi pula : Barangsiapa membaca do’a ini pada seumor hidupnya sekali diberi Allah Ta’ala baginya pahala seperti pahala segala Auliak dan segala Asfiyak dan segala zahid daripada laki-laki dan perempuan. Dan diberi Allah Ta’ala akan barang yang dipintak daripada segala pekerjaan dunia dan akhirat dan sampaikan Allah Ta’ala segala hajatnya dengan kelebihan Allah Ta’ala.

    (23) Dan barangsiapa syak ia akan do’a ini, maka bahawasanya jadi kafir ia dan berlindung kamu dengan Allah Ta’ala daripada yang demikian itu.

    (24) Dan sesunggohnya telah mengajar Allah Ta’ala akan do’a ini Sayyidina Akasyah didalam dirinya. Bermula do’a ini banyak manfaatnya pada dunia dan akhirat dengan berkat do’a ini, insya’ Allah Ta’ala. Dan telah sempurna syarah ini dan yaitu inilah do’a yang Mubarak Antahyul Kalam.

    *********************

    Reply

    • Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza.

      Reply

    • Posted by hamba allah on 01/03/2013 at 10:10 am

      Reply

  6. Posted by mag idris on 22/07/2013 at 2:10 am

    apa hukum nya saya bertaubat dan kembali melakukan nya dan bertaubat lagi

    Reply

  7. Posted by is on 12/08/2013 at 11:36 am

    mohon izin untuk mengamalkan

    Reply

  8. Posted by kurnia on 19/08/2013 at 4:16 pm

    ass,mau tanya apakah remaja umur 16 tahun ke atas bisa mengamalkan doa ini??/Mhn jawabannya

    Reply

  9. Posted by Yusof on 02/10/2013 at 10:31 am

    Tuan Yang Budiman,

    Saya mohon izin untuk mencetak dan mengamalnya.
    Terima kasih.

    Wassalam.

    Reply

  10. Posted by Muhammad Dendy Zainudin on 29/10/2014 at 2:32 am

    Assalamu’alaikum,..
    Mhn ijin untuk mencetak dan mengamalkannya…

    Barakalloh…Amin

    Wassalamu’alaikum Wr.Wb

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: