Puasa Ditinggalkan Wajib Qadha Segera

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ibadat wajib jika ditinggalkan sewajarnya segera diqadha  sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah. Dalam bab Puasa Ramadhan ini, puasa yang ditinggalkan wajib diqadha sebanyak hari yang ditinggalkan seperti mana yang ditetapkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…”

(Surah al-Baqarah, ayat 184).

Kewajipan mengqadha  puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.Mereka tidak diwajibkan mengqadha  puasa yang ditinggalkan, tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah SWT:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin…”  

(Surah Al-Baqarah, ayat 184).

.

.

Waktu Qadha

Puasa qadha  boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa seperti Aidilfitri, Aidiladha atau pada Hari Tasyrik. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru.

Jika qadha  puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan bermula 2 Syawal.

.

.

Sengaja Meninggalkan Puasa

Para ulama berpendapat bahawa orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur, wajib menyegerakan qadha  puasa itu. Mereka tidak boleh malah haram melakukan puasa sunat termasuk puasa enam Syawal enam, selagi mana ia belum mengqadha puasa yang sengaja ditinggalkannya.

Firman Allah:

2:183

“Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada mereka yang sebelum daripada kamu supaya kamu menjadi orang yang bertakwa.” 

(Surah Al-Baqarah,ayat 183).

.

.

Meninggalkan Puasa Kerana Keuzuran Syarak

Bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan dan diharuskan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas dan orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan), sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun masih mempunyai qadha .

Bagaimanapun, menurut ulama ganjaran yang bakal diterimanya tidaklah sama dengan ganjaran pahala mereka yang berpuasa enam selepas berpuasa penuh satu bulan Ramadhan.

Berbanding orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa keuzuran atau dengan sengaja, mereka dilarang sama sekali dan haram mengerjakan puasa enam pada Syawal kerana mereka diwajibkan menyegerakan qadha  itu.

.

.

Luput Keseluruhan Puasa Ramadhan

Bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadhan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak. Jika dia mengerjakan puasa qadha pada Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqadha  puasa enam itu dalam Zulkaedah.

Menurut para ulama, dia turut mendapat ganjaran seperti berpuasa selama satu tahun juga, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari;

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.”  (Riwayat Muslim)

.

.

Niat Qadha Serentak

Bagi orang yang terpaksa meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak, ia boleh melakukan qadha  puasa Ramadhan sekali gus (serentak) dengan puasa enam dalam bulan Syawal.

 

Caranya ialah orang itu hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qadha  dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qadha  dan sunat).

Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha  atau puasa nazar atau puasa kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau hari ‘Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qadha  dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatnya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Al-Fatwa Al-Kubra: 2/75).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Puasa Qadha  (Klik Di Sini)
  2. Menyesal Tinggal Puasa  (Klik Di Sini)
  3. Puasa Enam Bulan Syawal  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

 

4 responses to this post.

  1. Posted by ina on 19/11/2012 at 5:55 am

    assalam adakah sah niat puasa saya ini ….’sahaja aku puasa qadho esok hari kerana Allah Taala”

    Reply

  2. […]  Jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dilakukan atau bagi membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama […]

    Reply

  3. Assalam,saya mau tnya yg mna ka lgi afdal???qada puasa dulu lps tu puasa 6 @ puasa 6 qada sblm bulan syaban thun depan???saya keliru sbb ada 1 blog mngatakan haram qada puasa d bulan syawal…mohon jelaskan,terima kasih..:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: