UTM Cipta Perisian Kesan Status Halal Dan Ijazah Palsu

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 

Dr. Muhammad Zaly menunjukkan perisian pengimbas kod bar yang boleh mengesan sesuatu produk itu halal atau tidak.

.

Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor Darul Takzim berjaya membangunkan perisian baharu yang mampu mengesan ketulenan ijazah graduan.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, teknologi yang diberi nama ‘Imbas Pembaca’ itu merupakan sebuah sistem pengesan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil milik individu tersebut sah atau sebaliknya.

Perisian itu turut dan bakal digunakan pada graduan majlis konvokesyen universiti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti.

Perisian ‘Imbas Pembaca’ itu boleh dimuat turun secara percuma tidak lama lagi menerusi satu laman web yang sedang dibangunkan, berfungsi mengimbas kod bar pada setiap sijil ijazah.

Tambahnya, ‘Imbas Pembaca’ bukan sahaja boleh digunakan di universiti malah berguna kepada majikan untuk memastikan bakal tenaga kerja mereka menggunakan sijil sah atau palsu.

“Ciptaan ini memang menjimatkan masa kerana sebelum ini majikan perlu menghubungi pihak universiti untuk dapatkan pengesahan tetapi tidak lagi dengan adanya perisian baharu ini,” ujarnya.

.

.

Pengesan Status Produk Halal

Dalam pada itu, Dr. Muhammad Zaly Shah turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya iaitu aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan status halal produk.

Menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, tak halal atau meragukan tetapi boleh menyalurkan maklumat berkaitan produk halal tersebut.

Kaedah pengesanan dibuat dengan mennggunakan kod bar atau kod ‘Quick Respone’ (QR) pada sijil pengesahan setiap produk dengan merujuk pengkalan data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau bungkusan produk itu, ia akan membawa kepada tiga paparan warna;

  • Hijau = Rekod sijil halalnya sah.
  • Kuning = Sijil halal telah luput tarikh.
  • Merah =  Sijil halal telah ditarik balik kerana tidak patuh syariah.

Dr. Muhammad Zaly Shah menjangkakan pada awal tahun hadapan perisian tersebut akan dapat digunakan sepenuhnya dan secara meluas oleh para pengusaha dan pengguna Muslim.

 

Sumber: Kosmo.com.my

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted By; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: