Berdakwah Kepada Golongan Atheis

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Setiap kita mempunyai kewajipan untuk mengajak orang kepada Islam, kepada kebenaran. Kewajipan untuk memberikan amaran kepada orang agar beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

فَذَكِّرْ‌ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَ‌ىٰ ﴿٩

“Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat”

(Surah Al A’laa; 9)

فَذَكِّرْ‌ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ‌ ﴿٢١﴾ لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ‌ ﴿٢٢﴾ إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ‌ ﴿٢٣﴾ فَيُعَذِّبُهُ اللَّـهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ‌ ﴿٢٤﴾ إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ ﴿٢٥﴾ ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم ﴿٢٦

“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan., Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka, tetapi orang yang berpaling ingkar dan kafir, maka Allah akan menyeksanya dengan azab yang besar. Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka, kemudian Sesungguhnya kewajipan kamilah menghitung mereka.”

(Surah Al-Ghaashiyah; 21-26)

Terdapat suatu kisah yang difikirkan sangat sesuai ditujukan kepada golongan atheis yang anda temui.

Negara Rusia dikenali dengan fahaman atheisnya atau ideologi tidak mengakui dan mengiktiraf kewujudan Tuhan. Terjadi suatu dialog yang cukup menarik di sebuah kedai gunting rambut iaitu di antara tukang gunting dengan pelanggannya.

Melihat pelanggannya yang diam sahaja, si tukang gunting pun memulakan perbualan.

“Tuan, adakah Tuan percaya, di dunia ini ada Tuhan?”

“Oh, sudah tentu, saya percaya ada Tuhan di dunia ini.”

“Tuan, Jika saya tidak percaya di dunia ini ada Tuhan.”

“Mengapa?”

“Jika di dunia ini ada Tuhan, tidak sepatutnya ada orang yang sengsara, tidak akan ada orang yang melarat, menderita dan tidak mungkin ada orang yang miskin dan kesusahan”!

Tukang gunting itu menyampaikan hujahnya dengan penuh semangat. si pelanggan itu terdiam, berfikir dalam mencari jawapan dari hujah tukang cukur itu. D​​ia bingung memikirkan bagaimana menjawab hujah tukang gunting itu. 5 hingga 10 minit berlalu, dia tidak juga dapat mencari jawapannya. sehingga gunting rambutnya selesai, dia masih juga tidak mendapat jawapan yang tepat atas pendapat tukang gunting itu.

Pelanggan itu pun bingkas bangun, setelah meyelesaikan bayaran atas perkhidmatan tukang gunting tersebut, dia melangkah keluar dari kedai kecil tukang gunting itu. Sebaik dia membuka pintu kedai, secara tidak sengaja dia terpandang orang gila yang berpenampilan tidak senonoh. pakaiannya kotor, busuk, rambutnya panjang kusut-masai. Ternyata itulah jawapan yang Allah berikan kepadanya atas hujah tukang gunting tadi. Serta-merta dia pun mendapat jawapan yang sangat ia harapkan…

Si pelanggan itu pun bergegas kembali semula beremu tukang gunting itu.

“Tuan, saya fikir, bahawa tidak terdapat Tuhan dalam dunia ini, tapi tukang gunting rambut!!”

“Mengapa boleh jadi begitu, adakah Tuan terlupa, jika saya baru sahaja menggunting Tuan?”

“Tuan, jika di dunia ini terdapat tukang gunting, sepatutnya tiada orang gila di luar sana yang berambut panjang tidak kemas dan tak terurus!”

“Itu bukan salah saya tuan! Mengapa orang gila tu tidak datang ke kedai saya, cuba jika dia datang ke kedai saya? Saya akan gunting kemas rambut mereka!”

“Ha! Itulah jawapannya!”

“Jawapan apa?”

“Begini tuan, dalam dunia ini bukannya tiada Tuhan, tetapi manusia sahaja yang tidak mahu menghadap Allah, manusia tidak mahu meminta dengan ikhlas kepada Allah, cuba ketuk pintu Rahman dan RahimNya, pasti Allah membukanya dan apa yang diminta pasti dikabulkanNya, seperti orang gila, jika dia tidak mahu datang ke kedai Tuan, dia sentiasa kusut-masai. Jangan salahkan Tuhan jika di dunia ini ramai orang yang sengsara, salahkan manusia yang tidak mahu menghadap Allah. “

Jika anda sudah mencuba pelbagai cara, tetapi rakan anda masih tidak mahu beriman, biarkan dan tinggalkan saja. Jangan habiskan masa untuk berhujah dan berdebat dengan orang yang tidak mahu diberi amaran dan peringatan.

Masih terdapat ramai orang yang keliru dan kebingungan tetapi sebenarnya mempunyai kecenderungan hati yang lurus (hanif) dan mudah untuk diajak beriman kepada Allah SWT

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

One response to this post.

  1. Benar tiada tuhan yang disembah melainkan allah. tuhan yang maha agung dan sempurna sifatnya.Lihat lah dengan mata , rasalah dengan hati , dengarlah dengan telinga, tidak dapat digambarkan , diluahkan segala kesempurnannya .Menangis dan agungkanlah dia. Allah…. allah… allah… aku perpegang pada janji ku pada mu.Sedaya upaya aku menundukan diri pada mu , bimbinglah aku . Ampunilah aku. Hanya pada mu aku akan kembali.terimalah aku dengan rahmat mu.amin.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: